Followers

29 September 2010

Kedua-duanya kudung kaki tapi masih senyum dan bergurau …

Petang - beli majalah Al-Islam keluaran Oktober. Terasa sayu hati apabila baca kisah budak-budak Palestin.

Kisah ini diceritakan oleh Pengerusi Eksekutif Aman Palestin, Abdullah Zaik yang pergi ke sana awal ramadhan lalu.

“Kami melihat 2 orang pesakit Palestin yang datang mendapatkan rawatan di tempat kami. Kedua-duanya kudung kaki akibat terkena serangan bom. Pun begitu mereka masih mampu mengukir senyuman tanpa menunjukkan kepedihan dan keperitan. Mereka tabah. Masih boleh bergurau senda dan mengacau rakan-rakan, seolah-olah tiada apa yang berlaku!”

“Di sana, kami perhatikan rakyat Palestin tidak pernah putus asa. Dikatakan, mereka hanya dibenarkan keluar memancing hanya sejauh 3 kilometer dari pantai. Puas kami fikir, ikan apalah sangat yang ada di sepanjang 3 km itu. Airnya juga cetek!”

“Sekalipun mereka hidup serba kekurangan tapi tidak sampai terdesak untuk melakukan jenayah, mencuri bagai. Pernah satu ketika, seorang wartawan Inggeris sengaja meninggalkan wang di atas meja makan di sebuah restoran yang mempunyai ramai pelanggan. Seorang lagi rakannya sedia merakam aksi yang mungkin berlaku ke atas wang tersebut. Mereka ingin melihat sejauh manakah terdesaknya rakyat Palestin. Ternyata kerja mereka sia-sia kerana beberapa jam menunggu tapi tiada seorangpun yang mengambil wang tersebut apalagi mencurinya. Itulah kehebatan…”

>>>>>>>> 



Begitulah negara orang. Kehidupan harian yang perit yang entah bila akan berkesudahan.

Setiap hari telinga mendengar dentuman …
Tangisan dan esakan …
Kepungan dan penjajahan durjana …
Sekatan bekalan dan sempadan …
Tiadanya nilai kemanusiaan …

Kediaman yang teruk …
Serpihan-serpihan dari runtuhnya bangunan …
dikumpul, dibangunkan semula …
Tikanya runtuh lagi …

kita dan negara kita?

26 September 2010

Aku menangis kerana tidak dapat lakukan solat lagi …


Masa rehat - Aku capai sebuah buku karya Imam Al-Ghazali, Penenang Jiwa terjemahan dari kitab Mukashafah Al-Qulub.

Baca-baca, tertarik dengan satu petikan. Abu Ali Ad Daqaqi berkata:

Aku datang menjenguk lelaki soleh sedang sakit. Dia dikerumuni murid-muridnya. Dia memang seorang guru yang warak. Ketika itu dia kelihatan menangis padahal umurnya sudahpun lanjut. Maka aku tanya dia:

“Wahai syeikh, apakah engkau menangis kerana dunia ini?”

Syeikh itu menjawab, “Bukan. Aku menangis kerana aku tidak dapat melakukan solat lagi… kerana ini hari terakhir bagiku. Padahal aku sujud dalam keadaan lalai. Aku angkat kepalaku pun dalam keadaan lalai. Jangan-jangan aku mati dalam keadaan lalai juga.


Kemudian dengan nafas terputus-putus dia membacakan syair:

Kufikirkan hari perhimpunan dan kiamat.
Juga tertanamnya pipiku di bawah pusara.
Sendirian, tanpa teman, setelah mulia dan jaya.
Tubuhku tergadai dengan tanah liat.
Kurenungkan panjang dan lebarnya hisab.
Juga hinanya makamku waktu diberi kitab.
Namun harapanku kepada Engkau.
Wahai Tuhanku.
Wahai Penciptaku.
Engkau ampuni kesalahanku.

>>>>>>>>

Aku merenung diri sekejap. Berfikir …

Memang kita selalu solat. Cuma adakalanya kita terlambat dan adakalanya kita melambatkan waktu sedikit apabila kita dikekangi masa dengan sesuatu perkara. Itulah hakikatnya.

Keadaan ini mungkin kerana kita tidak rasa terlalu terdesak dan risau kerana melambatkan solat. Kita tidak terfikir apa akan terjadi seandainya kita tidak sempat dan bisa mengerjakan solat lagi. Kita tidak terfikir akan kesempatan yang diberi olehNya untuk menikmati solat merupakan masa yang amat tinggi nilainya.

Ya Allah aku masih terlalu jauh dariMu … dekatkan diri dan hatiku padaMu …


20 September 2010

Pejamkan mata. Biarkan hati berbicara ...



Buka yahoo! messenger  (lama aku tak buka… ). Terus bersapa. Berbual dan bergurau dengan seorang sahabat.  Usik-usik. Kemudian diajunya aku ngan persoalan tanpa henti ... 

cintasufi: "maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu”. Pernah dengar tak?
Sahabat: kata-kata itu sungguh indah ..
cintasufi: iyakan. Sungguh indah jika hati kita hadir padaNya.

>>>>>>>> 

cintasufi:  saya teringat ada satu bait kata dalam filem Indonesia,  “Cinta.. ia tak sama dengan perasaan ingin memiliki"
Sahabat: rashid, apa guna bercinta jika tak ingin memiliki?
cintasufi: iya. kadangkala ada orang hanya ingin memiliki ... sedangkan cinta … kadangkala juga terpaksa memberi ..

Sahabat: kenapa mesti kita saja yang kena berkorban rashid? kenapa tak orang lain?
cintasufi: kerna kita seadanya. Ia hadir pada hati dan diri .. bukan kita pinta.. apatah lagi nak tolaknya.

Sahabat: rashid, adakah kita tak berhak untuk rasa gembira?
cintasufi: memberi kadangkala lebih buatkan kita rasa gembira tapi hati kita selalu ingin memenangikan?

Sahabat: gembira ke rashid jika lihat orang yang rashid sayang dengan orang lain?
cintasufi: tentu menangis ..

Sahabat: kita tak berhak sesekali fikirkan tentang diri kita sendiri?
cintasufi: kita berhak ..

Sahabat:  sekali dalam seumur hidup, biar orang lain pula yang berkorban. Tak boleh ke rashid?
cintasufi: hmm hmm ..

Sahabat: Bagaimana jika diri ini terlalu inginkan seseorang  ..?
cintasufi: Pejam mata.. biarkan hati berbicara.. kemudian kita terimanya. Sama ada kita nak berlari dan kejarnya atau kita terus melangkah tenang dengan senyuman. Sekali sekala kita menjeling padanya..

Sahabat: sukarnya..
cintasufi: iya memang sukar. Ini kerana kita ada perasaan. Perasaan rindu. Cinta teramat. Kadang tu kita menangis kerana dia. Kala sepipun kita menangis... kala rindu lagi kita menangis…

Sahabat:  rashid selalu katakan apa yang saya tak terucap. Cinta tu kadangkala datang sekali saja seumur hidup. kan rashid?
cintasufi: InsyaAllah cinta itu pasti akan hadir. Masa dan tikanya. Ia tiada noktah ..

18 September 2010

Pernah dengar orang gila bercakap? jom kita dengar …


Malam semalam aku singgah satu kedai makan. Ramai juga orang tengah makan masa tu. Semasa duk tengah makan, aku terdengar suara seorang lelaki di belakang aku sedang bercakap sesuatu. Aku ingatkan dia duk cakap dengan aku … so aku pusing belakang sikit. Nak juga aku borak. Maklumlah aku inikan mesra alam.

Tapi sebelum sempat aku buka mulut, aku tengok dirinya semacam je. Rupanya orang tu orang gila. haha!! Nasib baik aku tak layan borak dengannya. adoiiii…ishh kalau tak…

Sambil makan nasi paprik, aku pasang telinga. Cuba dengar apa yang dicakapkan oleh orang gila tu. Bukan apa. Saja jeeee...  rasa ingin tau …

Berikut antara isi percakapan orang gila tersebut yang aku masih ingat. Dia bercakap slow dan steady je. Mukanya serius. Macam orang tua-tua lama - ‘non stop’.  Senyum aku mendengarnya. Nak gelakpun ada.

 Gambar ini sekadar hiasan ..

Jom kita dengar ..

“Sape tak hisap rokok abis sebungkus malam ni aku nak kutip tampar” (mukanya serius je)
“Hoi budak ni… nanti mati pula le rakyat aku ni” (ada seorang budak kecil berlari di depannya)

“ishh..  buah durian aku tak boleh sebutir habuk”
“Main dengan motor loni sakit kepala aku.. aku nak buat motor dengan kayu”
“Dikir barat malam ni.. main wau pun malam ni” (ketawa aku, adake main wau malam-malam?)

“Sorang sorang duk sengih budak tu” (sambil tunjuk pada seorang pakcik tua)
“Nyanye (kasihan) rakyat loni.. mahal make kedai ni”
“Malas gi Kota Bharu malam ni.. air milopun lambat” (dia asyik duk minta air milo je dari tuan kedai tapi tak dilayan)

“Minum belaka.. makan belaka.. esok lapar belaka”
“Aku dulu keturunan raja. tuuuuu gambar tuuu (Ditunjuknya gambar kopi janda. hehe)
“Jangan duk belaga le jantan betina malam ni”
“Zainal Abidin nak lipat seluar.. orang asli..” (lalu dilipatnya kaki seluar. Mungkin dia peminat Zainal Abidin, penyanyi tu. hehe.

“Adik aku ni.. aku nak sekolah dia nak sekolah”
“Mari le nak badi gagah dengan aku..”

>>>>>>>>

Aku senyum. Aku tengok tuan kedai dan beberapa orang yang sedang makanpun duk senyum juga. Kemudian apabila tuan kedai bangun untuk pasang tv.. orang gila tu terus bersuara kuat.

“Pise (pisang) blue jangan duk pasang .. pise blue jangan duk pasang..” 

'uisss dah mula mencarut le tu'. Aku terus bangun. Bayar dan beredar.

Dalam hati … “Nak buat camana. Lelaki tu memang betul-betul gila. Orang gila macam ni tak le bahaya sangat. Bagi aku orang gila yang bahaya ialah orang gila yang tak gila tapi boleh menjadi gila yang betul-betul gila…”

16 September 2010

Moga kertas pertuduhan terbaik kes Datuk Sosilawati Lawiya dapat disediakan...

Tak sangka ..  gambar suspek dari blog Mazidul Akmal

Rasanya semua rakyat Malaysia mengikuti kes pembunuhan jutawan kosmetik Nouvelle Visages (NV), Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki lain yang bersamanya.

Makin hari makin banyak penemuan bahan bukti terbaru oleh pihak polis. Penemuan bahan bukti ini menyerlahkan betapa tragisnya kejadian.

Akhirnya kes ini dianggap selesai oleh pihak polis. Dakwaan ke atas suspek pembunuh akan dilakukan. Mungkin pada minggu depan. Kita tunggu dan lihat.
.
Hari ini aku sempat jengah kat beberapa laman berita online. Tertarik dengan petikan dari MyMetro.


“Semua mangsa dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki lain dikatakan pada mulanya dipukul dengan kayu kriket dan senjata tumpul lain dengan tujuan melemahkan mereka sebelum tangan diikat menggunakan dawai.

Difahamkan semua mangsa yang dalam keadaan lemah itu dikatakan dibunuh seorang demi seorang dan tugas kejam terbabit diserahkan kepada seorang daripada lapan lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kes kehilangan empat mangsa itu.

Tubuh mereka dilumur dengan tahi lembu sebelum semua mangsa dibakar bagi menghilangkan bukti kes pembunuhan kejam terbabit.

>>>>>>>>>> 

Teramat tragis. Aku masih sukar bayangkan di mana upacara bakar mangsa adalah menggunakan kaedah tradisional hindu. Mayat dibakar bersama najis lembu (cow dung) dan minyak petrol. Siap berlapik dengan zink…  

Nampaknya dunia kini ramai penghuninya dari mereka yang kosong hati dan jiwa...  dan bila manusia berhati binatang maka tindakannya akan lebih teruk dari binatang…

Masih tergiang ditelinga akan suara ... “kau nak bawa aku ke mana ni?. Kau nak bawa aku ke mana ni?”

p/s – Tahniah kepada Polis Malaysia dan semua wartawan / blogger yang menyiarkan kes. Takziah untuk keluarga mangsa. Moga semua roh mangsa dicucuri rahmat.

07 September 2010

Dari hati ... maafkan saya ...




Dari hati ..

Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang ini, saya ingin ambil ruang memohon kemaafan dari teman-teman semua seandainya ada silap dan salah yang telah saya lakukan tika bersama …  

Maafkan segala bait kata dan usik-usikan saya yang mungkin ada menyentuh hati, mengusik perasaan …

Doa saya.. moga hembusan bayu yang dingin dan lembut sentiasa mendamaikan hati teman-teman semua.

Terimalah kad raya dari saya untuk teman-teman blogger tersayang. Opsss!! dan juga untuk yang bukan blogger tapi sentiasa bersama …

p/s – terima kasih …  

06 September 2010

Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu



-->
Malam 27 ramadhan. Perasaan rindu dan sendu …




-->
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

03 September 2010

Sering terdengar suara perempuan mengaji al-Quran ...


Malam - Aku terima sms dari Nur, gadis yang pernah aku sembang dengannya kat hospital, disember 2009 yang lalu. Aku dah anggapnya macam adik sendiri. Aku juga pernah keluarkan satu entri khas untuknya bertajuk Di balik kesayuan matanya …   

Sebenarnya agak lama juga kami tidak berhubung. Tak sedar masa beredar...



“Abang, apa khabar? Sibukke… Nur nak tanya sesuatu kat abang. Boleh tak abang?”

“Abang baik. iya.. nur nak tanya apa .. tanyalah nur ..”

“Abang, kenapa nur sering terdengar suara orang perempuan mengaji al-Quran di tengah-tengah malam? Suara itu nur dengar semasa nak tidur…  dan bila terbangun tidur di tengah-tengah malampun nur masih dengar…”

“Dengar suara orang mengaji al-Quran.. baguslah tu nur. Mungkin ada orang yang bangun lewat malam mengaji al-Quran…”

“Abang..  suara tu nur dengar jelas. Nur ingatkan dalam mimpi. Tidak rupanya. Ia tengah malam bang… terlalu sunyi. Nur jengah kat tingkat bawah. Suara itu datang dari satu bilik. Sana suara tu makin jelas … kemudian ia senyap…”

“Nur.. Nur mesti fikirkan yang baik-baik.. Suara mengaji al-Quran itu adalah suara yang baik...” aku cuba tenangkan perasaannya.

“Abang, adakah nur ini terlalu jahat dan jauh dariNya bang sehingga nur diperdengarkan dengan suara orang mengaji al-Quran?”

“Tak nur… sebenarnya Allah sayangkan nur… “

p/s- sebenarnya aku serba salah… kerna tak tau nak kaitkan dan tenangkan perasaanya…


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search