Followers

31 October 2010

The red warriors


Wira Merah tetap di hati.

Sejarah tercipta. Dendam terbalas. Tahniah kepada pasukan Kelantan kerana berjaya kalahkan Negeri Sembilan 2-1. Tahniah kerana berjaya menjulang anugerah berprestij bola sepak negara, Piala Malaysia buat kali pertama.

TAHNIAH!!! kepada pasukan Kelantan.

Apapun Negeri Sembilan rasanya telah bermain dengan baik dan hebat sekali. Cuma Kelantan lebih hebat!!!!!!!! hehe

Jam 8.00 pagi tadi – pergi ke sekolah sekejap. Dalam perjalanan, berselisih dengan deretan kereta dan bas. Kebanyakannya memasang dan mengibarkan bendera Kelantan.  Bunyi hon kedengaran. Mungkin baru pulang dari menonton bola sepak malam tadi.

Hujan turun tak berhenti. Di tepi jalan besar, kelihatan kanak-kanak riang ria mengibar bendera Kelantan. Mereka bersorak beramai-ramai sambil kibarkan bendera Kelantan kepada kereta dan lori yang melintas di depan mereka. Macam hari raya je.  Riuh ..

Aku memandu lagi. Jumpa lagi ..


Dalam kepala aku, rakyat kelantan memang patriotik (dan fanatik?). Bangga …

>>>>>>>>
Sampai je di sekolah, nampak pelajar asrama sedang bermain bola sepak. Wah!! ramai pakai baju merah.



“hoiiii pasukan kelantan mana main pakai kaki ayam. Buat malu je…” aku melaungkan suara.

“Ni apa ni.. kain pelikat kat palang pintu gol ni. Adoiii ”  aku kuatkan lagi suara. nak tergelakpun ada.

“Cikguuuuuu jom main sama …” laung pelajar.

“Tak nak main. Hari ini hari dalam sejarah. Cuti umum. Cikgu kena cuti. Kena berehat!!!” hehe

30 October 2010

Bila hati mati ...


Bila hati mati …

… golongan muda tua hanyut gejala zina
… belum nikah dah hidup sebumbung
… emak ditumbuk diheret dihina
… mentua teruk dibelasah menantu
… pijak perut isteri sarat mengandung
… pelajar menjerut leher sendiri dengan selendang
… bapa dan anak berpakat perkosa ahli keluarga
… guru agama umpan RM10 rogol anak murid
… bapa paksa anak tiri tonton video lucah
… mayat berlipat dalam beg pakaian
… hantar sms lafaz cerai talak
… curi syabu hilangkan bukti
… pertahan kuasa politik demi wang
… terima rasuah gadaikan negara
… mula tak kisah dengan rezeki haram



Bila hati mati …
… hilang kelazatan dan nikmatnya beribadat
… hilangnya sinar pada wajah
… hilangnya rasa cinta dalam hati
… dengki khianat menghias diri

Tertarik dengan kata-kata ustaz Mohd Zawawi:

“Hati yang mati itu sama seperti jasad yang tidak bernyawa. Jika dipukul, ditepuk dan dicubit berkali-kalipun, ia tidak akan mendatangkan kesan …”


27 October 2010

Tips kuatkan ingatan yang menjadi amalan para hafiz


3 situasi sel otak kita -  tidur, pengsan dan mati?


Dr. HM Tuah Iskandar mengatakan otak kita mempunyai 10 hingga 15 billion sel neuron. Sebahagian sel kita kebanyakannya berada dalam 3 situasi iaitu tidur, pengsan dan mati. Mungkin daripada 10 hingga 15 billion itu setengah saja daripadanya yang hidup manakala yang lain-lain sedang tidur, pengsan dan mati.

Nak tau apakah sel kita banyak yang hidup atau banyak yang tidur, pengsan atau mati, tengok apa pekerjaan yang kita buat sehari-harian. Kalau kerja kita banyak berfikir dan membuat keputusan, maka itu tanda sel kita banyak yang hidup. Sebaliknya kalau kita jenis tak berfikir, malas nak berfikir, itu tandanya sel kita sedang tidur, pengsan dan mati.

Wah!! Tak boleh nak gambarkan camana rupanya sel yang sedang tidur, pengsan dan mati itu? Sedang tidur .. lena seperti kita tengah tidur malam-malam kot. Bila-bila masa  je boleh tersedar.  Pengsan?



Tips kuatkan ingatan yang menjadi amalan para hafiz.

Antaranya perbanyakkan makan makanan minda seperti makan kurma, kismis dan badam. Kalau boleh makan dalam bilangan yang ganjil setiap hari. Di samping itu, segala sifat tak elok perlu dijauhkan seperti hasad dengki, khianat, dusta, takbur, lagha, mengumpat, memfitnah, sibuk dengan aib orang, makan harta riba, makan hasil judi, rasuah dan makan makanan yang tak pasti halal-haramnya.

Berhenti mengumpat? siapa-siapa yang suka mengumpat tuu.. sila angkat tangan!!! hehe..  oooo tak mau angkat tangan ek? takper takper …

Ada setengah orang tu rasanya susah nak elak dari mengumpat. Sedar atau tak sedar je. Sedap apa mengumpat. Macam makan pizza time tengah lapar. ahakss!! Pekenanya pula dengan milo ais. chaiyok chaiyok!!!!

Satu lagi, para hafiz tak makan makanan yang dah dilalui semut. Kenapa ya? Ikut pendapat mereka, semut mengeluarkan sejenis enzim di mana-mana tempat yang dilalui. Enzim ini cukup kuat dan cukup ditakuti oleh sel otak manusia. Kita bagaimana ya? Rasanya ramai antara kita pakai tibai sajalah. Sayangkan .. alasan kita, alaa setakat  2.. 3 ekor semut tu pejam mata sajalah.

Masalahnya ada juga walau dah tau selori semut telah  menghurungi makananpun kita masih nak tibainya...  alasan elak membazir .. adoii .. mungkinkah  itu sebab ramai antara kita sekarang ini mudah lupa?

24 October 2010

Cinta mampu hilangkan kesakitan?

Petang semalam terbaca satu dapatan kajian yang telah disiarkan oleh salah sebuah akhbar tempatan. Laporan itu mengatakan tentang bagaimana rasa cinta boleh membantu mengurangkan kesakitan daripada penyakit yang dihadapi. Dapatan ini merupakan hasil kajian penyelidik di Universiti Stanford California. Mereka menyelidik mengenai perasaan cinta yang berkemungkinan boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit.

Satu eksperimen khas membabitkan 15 orang pelajar yang mengaku sedang merasai ‘cinta mendalam’ dijalankan dengan menggunakan blok suhu dan gambar kekasih masing-masing untuk mengukur tahap kesakitan peserta. Blok suhu itu ditetapkan pada tahap yang menyebabkan peserta mengalami kesakitan sederhana, kesakitan tinggi dan tiada kesakitan.

Hasil kajian sungguh mengujakan sekali. Ia menunjukkan bagaimana perasaan cinta membantu menghilangkan kesakitan apabila bahagian otak yang boleh mengurangkan kesakitan menjadi aktif semasa peserta melihat gambar kekasih mereka.


bila tengok gambar tersenyum macam ini .. pasti hilang kesakitan ..

Terdetik hati aku akan betapa hebatnya perasaan cinta anugerahi Illahi ini. Ia bukan saja dapat memberikan kekuatan dan motivasi di kala kesedihan dan rasa diri tak bermaya, malah dapat mengurangkan kesakitan yang dialami.

Aku agak setuju dengan kajian ini. Ini kerana selalu juga kita dengar dan baca, bila diri mencintai (dicintai?), langkah kaki akan semakin gagah dan berani. Itu sebab ada yang sanggup ke Lombok dan sedia menanggung apa saja kekurangan dan kesakitan.

Tapi pastikanlah perasaan cinta itu cinta yang suci, indah, berbalas dan diredhai. Bukan apa, dibimbangi jika cinta sekadar cinta nafsu dan suka-suka maka kesakitan akan bertambah parah lukanya.

Nampaknya kepada mereka yang sakit yang masih single itu, di samping makan ubat bolehlah tengok gambar kekasih hati (tengok gambar yang duk tengah senyum … bukan yang serius masam semacam je. Nanti bertambah sakitnya)

Kepada yang ada suami @ isteri, genggaman tangan dan pelukan dikatakan ubat yang amat kuat penawarnya. Apatah lagi senyuman dan kucupan mesra.. opss!!

Sakit kepala akan hilang …
Demam akan kurang …
Perasaan risau akan tenang …

21 October 2010

Bermula dari buku lali kaki, betis, lutut, pinggang, dada, dagu ...


Semasa ronda-ronda masuk kampung, terserempak pula sekumpulan kanak-kanak sedang bermain ‘lompat tali’. 

Tak sangka masih ada lagi rupanya permainan ‘lompat tali’ ini. Aku ingatkan kanak-kanak sekarang ini dah lupa dan tak tau lagi bermain ‘lompat tali’. Maklumlah zaman ict ..  

Aku agak ralik dan senyum je melihat gaya mereka bermain. 
Betul-betul aku tak sangka peraturan bermain ‘lompat tali’ yang mereka mainkan itu masih sama seperti mana zaman kanak-kanak aku dulu ..   bermula dari buku lali kaki, betis, lutut, pinggang, dada, dagu, telinga, kepala  .. membawalah ke atas kepala ..





p/s - hati terhibur melihat gaya dan komunikasi antara mereka semasa bermain ..

20 October 2010

Kami cucuk paling lembut sekali kalau kami rawat cikgu

Pagi tadi – semasa mengajar kelas 5 Sains - sempat aku borak-borak dengan pelajar – 32 orang kesemuanya.

“Cuba angkat tangan siapa yang cita-citanya nak jadi seorang doktor?”

Hampir separuh angkat tangan…

“Wow!! bagusnya. Ramai nak jadi doktor .. Mana tau suatu hari nanti bila cikgu pergi hospital.. salah seorang dari kamu yang rawat cikgu.. ‘cucuk’ cikgu. Tapi cucuk kat bahu saja tau.  hehe..”

Semua pelajar gelak ..

“Tapi cikgu takut le. Nanti kamu ‘cucuk’ kuat…”

“ishh cikgu.. mana ada. Kami cucuk paling lembut sekali kalau kami rawat cikgu.” ujar salah seorang pelajar perempuan sambil senyum.

“oh ya ada tak yang nak jadi Dr. Veterinar.. Dr haiwan?”

“Ada cikgu. Tuuu Adawiyah..”

“Adawiyah sorang je. Biar betul ni.. Betulke adawiyah nak jadi Dr. haiwan?” Aku terus ajukan soalan pada Adawiyah, seorang pelajar yang agak pendiam. Macam tak percaya pula tengok gayanya.

“Iya cikgu. Saya memang dah lama bercita-cita nak jadi Dr haiwan..”  katanya penuh yakin. Senyum ..

“owhh bagus tu. Tak ramai yang minat nak jadi Dr. haiwan. Dr. haiwan kena mesra haiwan tau. Kena selalu bercakap dengan haiwan.. dengan kucing.. dengan ayam... usik-usik pegang pegang tikus.. cucuk tikus.. main-main dengan ular.. hhehe”

“hai kucing. Buat apa tuuu? dah makan ke belum? oooo belum makan ek. Nak makan apa? tak nak makan?”

“kucing kenapa diam je ni? sedih je nampak. Tak sihat? alaaaaa kasihannya.. nanti Dr Adawiyah bagi ubat okey.. cucuk.. tak sakit.. geli je.. ”

Semua pelajar gelak ..  aku lagi kuat gelak ..

 p/s - saja je gurau-gurau dengan pelajar ..

17 October 2010

Burung itu terbang tinggi-tinggi dan jauh lagi …


Seawal pagi – menjadi kebiasaan aku ke beranda rumah tingkat atas. Menghirup udara pagi sambil melihat pepohonan dan dedaunan menghijau, juga mencari dengar bunyi kicauan manja suara burung. Sungguh mendamaikan sekali. Nyaman terasa di hati.

Sungguh tenang mata melihat sekumpulan burung terbang bebas …

Melihat burung terbang melayang… teringat nukilan spontan aku semasa di peringkat awal aku berblog. Tentang .. “Kisah burung terbang tinggi-tinggi dan jauh …”

Kisah ini mendekatkan aku dengan beberapa teman blogger.  Sungguh indah rasanya masa bersama ketika itu. Berbual mesra, bergurau, usikan dan rajukan.

Putaran masa …  kini ..  burung itu terbang tinggi-tinggi dah jauh lagi …  makin jauh .. 

Hati aku berbisik kecil, kesibukan masa dan dunia tersendiri mula menjarakkan ruang …  

p/s - 3 hari aku berada di Batu Buruk Beach Resort, Kuala Terengganu (14-16 Oktober)  - jalan-jalan mencari ketenangan ...

09 October 2010

UKM kau hadir lagi ...



Malam tadi aku mimpi lagi. Mimpi yang begitu indah..  sayang betul aku akan mimpi ini. Rasa nak bagi mimpi ini menjadi kenyataan semula. Sungguh aku tak tipu.. bila tersedar je aku cuba pejam mata lagi. Pejam mata agar mimpi ini kembali bersambung. Aduhai kekanak-kanakan pula rasanya bila berbuat begitu.

Mimpi apa iya?

Sebenarnya aku mimpi UKM lagi. Mimpi bertemu teman-teman lama. Teman-teman sekuliah masa belajar kat UKM dulu. Ramai kenalan lama muncul dalam mimpi. Muka-muka mereka masih aku ingati walaupun ada namanya aku dah lupa.

Dalam mimpi, mereka masih sama. Suka bergurau dan happy …  sungguh ceria ..

Cuma bezanya mimpi kali ini aku mendaftar sebagai seorang pelajar. Pelajar baru...  hehe

p/s – Aku rindu UKM lagi. Rindu pada teman-teman sekuliah …


04 October 2010

Awas! cemburu boleh sebabkan mata buta



Tadi baca bahagian Jurnal Metro, dilaporkan baru-baru ini dalam satu kajian oleh pakar psikologi di Universiti Delaware, Amerika Syarikat mendapati cemburu boleh menyebabkan masalah penglihatan. Kumpulan pengkaji tersebut menyimpulkan  pandangan wanita yang memiliki api cemburu mudah terganggu disebabkan kecelaruan minda sekaligus sukar untuk focus kepada apa yang sedang dilihat mahupun dicari.

ermm padanlah orang perempuan selalu lupa.  Mereka kuat cemburu rupanya. hehe. opsss!!!

Dr. Lihanna Borhan, Pensyarah Jabatan psikologi, UIAM dipetik berkata:

“Kajian ini ada benarnya. Pernah berlaku di Barat, seorang lelaki yang baru bergelar bapa mendakwa dia buta selepas melihat isterinya menyusukan bayinya yang baru lahir. Dia mempunyai masalah penglihatan yang teruk. Selepas sesi kaunseling, pakar psikologi mendapati lelaki itu terlalu cemburu dengan anaknya yang sedang disusukan oleh isterinya...”

“Namun selepas lelaki itu dapat mengikis perasaan cemburunya, penglihatannya kembali beransur pulih…”

Alamak biar betul ni? begitu sekali kesannya bila diri dikuasai perasaan cemburu yang melampau. Sampaikan matapun boleh menjadi buta. Tapi bagi akulah, kes lelaki atas tu rasanya bukan saja dah melampau tapi terlampau-lampau gilerrrr cemburunya. Ada juga rupanya manusia sebegitu ya. Aduhai kasihan baby tu.

Aku tertanya-tanya, jika benarlah cemburu boleh sebabkan mata menjadi buta, maka benarlah selama ini, ungkapan yang sering digunakan iaitu  “cemburu buta”. Cemburu boleh menyebabkan buta!!

Oleh itu, kepada rakan-rakan pembaca.. AWAS!!! JANGAN CEMBURU BUTA OKEY! bahaya ni… cemburu celik okey je. hehe

01 October 2010

Bersoal jawab dengan makhluk yang amat mengerikan

Malam jumaat – jam 12.15. Macam biasa, sebelum tidur baca buku jap.



Dari Imam al-Ghazali;

“Siapakah engkau?” Soal seorang lelaki apabila dilihatnya satu makhluk yang amat mengerikan dan menakutkan sekali.

“Akulah amalmu yang buruk” Makhluk itu menjawab dengan garangnya.

“Apakah caranya agar aku dapat selamat dari engkau?” tanya lelaki itu dalam ketakutan.

“Dengan membaca selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w”  kata makhluk itu lagi.

>>>>>>>>

Terus teringat satu lagu yang pernah bertamu di hati satu ketika. Masa pertama kali berblog. Suka sangat …  sedihpun ada bila mendengarnya. Rasa sungguh syahdu dan menusuk di jiwa.




We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
O Allah we?ve shamed ourselves
We?ve strayed from Al-Mu'allim,
Surely we?ve wronged ourselves
What will we say in front of him?
O Mu'allim...

Chorus
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah?s creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina
(O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One, O intercessor of the worlds)

He prayed while others slept
While others ate he?d fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu'allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
O Mu'allim..

Chorus
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Ya Rasuli ya Muhammad
(O My Messenger O Muhammad)
Ya Bashiri ya Muhammad
(O bearer of good news O Muhammad)
Ya Nadhiri ya Muhammad
(O warner O Muhammad)
'Ishqu Qalbi ya Muhammad
(The love of my heart O Muhammad)
Nuru 'Ayni ya Muhammad
(Light of my eye O Muhammad)
He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled


Chorus
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah?s creation is Muhammad)
Ya Mustafa Ya Imamal Mursalina
(O Chosen One O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One O intercessor of the worlds)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search