Kes cerai semakin meningkat saban tahun … angkanya begitu merisaukan sekali.
Kajian Jakim tahun 2007, sebanyak 32.2% perkahwinan bagi tempoh 5 tahun pertama mengalami perceraian, 27.7% berlaku untuk tempoh 6 hingga 10 tahun pertama perkahwinan. Pada tahun 2009, dalam 135,136 perkahwinan yang didaftarkan, sebanyak 27,116 kes perceraian direkodkan dalam tempoh tersebut!
Prof Madya, Dr. Muhd Suhaimi Osman, Pengarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UITM, berkata:
“Perkenalan suami isteri walaupun telah berlaku sejak sekian lama, ia sebenarnya tidak menjamin kesejahteraan rumah tangga yang bakal dibina. Kedua-dua pasangan perlu bersedia untuk menghadapi pelbagai keadaan setelah bergelar suami isteri yang sah. Setelah tinggal sebumbung, pelbagai perkara tidak menjadi rahsia lagi. Di sinilah keadaan akan menguji sejauh mana persefahaman yang akan wujud antara kedua-dua suami isteri itu.”
Tiba-tiba aku teringat. Dua minggu lepas, aku didekati seorang kawan. Suaranya agak lemah.
“Syid, saya tak tau, kenapa isteri saya sekarang dah tak sukakan saya lagi. Dah 4 bulan kami tak tinggal bersama…”
“hmm hmm .. Camana boleh jadi macam tu? Tentu ada sebabnya..”
“Saya tak dapat pasti. Bulan puasa lalu, pernah ada panggilan kat handphone orang rumah. Masa tu jam 4 pagi. Saya angkat .. saya dengar suara lelaki, “Sayang, belum bangun lagi. Tak bersahur ke?” Saya tak sempat bercakap, orang rumah bangun dari tidur, terus dia marah saya kerana angkat handphonenya...”
“Saya mula naik angin. Saya tanyanya .. tapi dia tak mau jawab. Saya marah sangat masa tu.”
“Ada sentuh dia .. pukul dia ke?”
“Tak. Saya tak pernah pukul dia. Sepanjang kami kahwin, tak pernah saya tampar dia sentuh dia ..”
“k ..”
“Bermula dari situlah hubungan kami renggang. Sehingga kini dia tak mau jumpa saya lagi. Dia asyik tanya saya, bila nak selesaikan semuanya. Dia kata dia dah tawar hati dengan saya. Keluarganya pun dah tak dapat buat apa-apa … ”
“Syid, orang rumah saya tu terlalu keras hati. Hitam katanya hitamlah. Putih katanya putihlah …”
“Keluarga sayapun dah tak kisah kalau saya lepaskannya. Tapi saya masih fikir .. fikirkan tentang anak. Anak baru berusia 6 bulan …”
“Maaf, ada tak selepas peristiwa itu… ada buatkan sesuatu yang buatkan orang rumah makin jauh diri. Jauh hati?”
“Iya syid. Saya mengaku. Saya pernah terkeluar kata .. ‘okey bagi saya RM25,000 kalau betul-betul nak saya lepaskan awak’. Masa tu saya hilang sabar. Saya amat marah kerana dia asyik tanya saya bila saya nak lepaskan dia … sayapun tak tau macamana saya boleh kata begitu padanya..”
“hmm hmm …”