Followers

31 January 2011

Jatuh cinta bisa buatkan wanita menjadi bodoh?

Maaf kerana mengungkapkan ayat sedemikian. Maaf kerana ingin bicarakan sesuatu di sini. Moga pembaca khususnya kaum wanita di luar sana merenunginya.

Sebenarnya apa yang aku ingin maksudkan di sini ialah wanita yang jatuh cinta dan terlalu mempercayai cintanya adalah kadangkala boleh buatkan ia menjadi bodoh.

Aku tidak maksudkan untuk semua wanita. Tidak sama sekali aku salahkan wanita yang mempunyai perasaan sedemikian. Aku tau cinta wanita biasanya suci … ia mengalir ikhlas …

Cuma aku rasa perlu untuk bersama sejenak dengan wanita agar berfikir dengan baik bila perasaan cinta hadir. Fikir dan renungilah peristiwa dan kisah bersiri yang banyak berkisar berkenaan wanita hari ini. Bacalah …  terlalu banyak buktinya. Terlalu banyak kisah wanita hari ini yang selalu dibohongi, dihina, disakiti, diperlakukan bagaikan tiada harga diri, dipukul, dipijak, digigiti,  disimbahi … dicabul, dirogol, dibunuh dan dibakar sesuka hati.



Rasanya terlalu banyak yang sudah kita baca dan lihat. Baca dan lihat bagaimana hati seorang wanita disakiti kerana terlalu mempercayai akan cintanya.

Aku akui wanita memang insan yang hebat. Hebat kerana terlalu setia pada cintanya. Baginya hanya satu. Tiada dua. Apatah lagi tiga. Cinta baginya terlalu suci dan indah. Tiada yang indah selain cintanya. Dipertahankan habis-habisan walau ia jelas salah. Dihadapinya biar apapun cabaran dan hinaan serta kesakitan yang dialaminya.  

Cuma aku mohon… luangkanlah sedikit masa untuk berfikir bila cinta itu hadir …  dan ‘bila cinta tak lagi untukku …’

Wanita hari ini …

Wanita hari ini perlu sedar dirinya terlalu berharga untuk dihina disakiti
Wanita hari ini perlu sedar jangan biarkan hati mudah hanyut terbuai
Wanita hari ini perlu bijak menolak bisikan cinta berhawakan nafsu

Wanita hari ini perlu sedar kesetiaannya bila bercinta ada batasnya
Wanita hari ini perlu sedar usah biarkan diri terpenjara dikongkongi
Wanita hari ini perlu sedar hadir dirinya perlu dirasai dan dihormati

28 January 2011

Gara-gara isteri kuat seks.. seorang suami minta tolong..

Baca berita metro tadi

BERLIN: Bosan kerana sering diminta memuaskan nafsu isteri, seorang lelaki terdesak meminta tolong kepada polis supaya melindunginya daripada wanita terbabit, kata pegawai keselamatan semalam.

Jurucakap polis berkata, lelaki keturunan Turki - tetapi bermastautin di Jerman - itu pergi ke sebuah balai polis di barat daya Jerman pada Selasa untuk mengadu masalahnya. Kata jurucakap itu, lelaki terbabit bosan kerana terpaksa tidur di sofa rumah mereka sejak empat tahun lalu bagi menghindari isterinya.

“Semuanya gara-gara si isteri yang selalu menuntut mengadakan hubungan seks,” katanya.

“Lelaki terbabit meminta polis melindunginya untuk sementara kerana dia perlukan tidur yang cukup,”



Moral of the story  

Kepada orang lelaki, jom renung-renungkanlah. Biasanya kita selalu baca dan dengar, orang lelakilah yang sentiasa tak puas. Sentiasa tak cukup. Tak cukup dengan yang satu.  Kalau boleh nak tambah 2.. 3 ..

Kalau dah jadi begini, siapa susah? Sampai tak cukup tidur. Siapa pula yang nak dipersalahkan? Mana nak letaknya diri dan egoisme yang selalu ada pada diri? Kalau dah tau kedudukan diri, fikir-fikirkanlah. Itu belum disentuh soal kewangan lagi tu. Duit gaji tak sampai ribupun ada hati nak kahwin lagi, lagi dan lagi ..

Kelmarin, aku sempat berbual dengan seorang rakan. Dia ada seorang adik lelaki. Adiknya ada minta pendapat dengannya nak kahwin satu lagi. Tak taulah apa masalahnya. Dia dah ada 2 anak … Dengar khabarnya adiknya nak tambah satu lagi kerana kewangannya agak kukuh sekarang ini. Dia ada 20 ekar getah. Kan harga getah tengah melambung sekarang ini. Bagaimana pula iya kes macam ini?

uisss apa aku merepek-repek pada hari jumaat ini? adoiii ..

p/s – sebenarnya aku amat marah kepada lelaki yang tak mampu segi kewangan (tak campur segi lain lagi tu) tapi ada hati nak tambah lagi satu.

Ikutkan hati rasa nak tembak dengan senapang M16 je  ..

26 January 2011

Warna yang melakar kainnya itu warna merah.. darah..

Hari ini …

Shah Alam: Bagaikan dirasuk, seorang ibu muda menikam bertubi-tubi dengan pisau bayi perempuan yang baru dilahirkannya sebelum dibiarkannya di dalam tandas rumahnya ..

Terengganu: Seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu dipercayai akibat pergaulan bebas terutama di kalangan wanita Islam. Kadar tertinggi dicatatkan pada Mei tahun lalu dengan 72 kelahiran, diikuti 60 kelahiran pada September. Berdasarkan perkiraan kasar, pasangan terbabit dipercayai melakukan seks terkutuk itu sembilan bulan sebelum kelahiran, iaitu sekitar akhir Ogos dan September atau lebih tepat lagi pada sambutan Kemerdekaan Negara dan tahun baru!!

Aku baca dan amatinya. Sedih kerana yang menjadi mangsa adalah anak-anak yang tidak berdosa. Anak-anak kecil yang umpama kain putih. Suci dan bersih. Namun warna yang telah melakar kainnya itu adalah warna yang kotor. Warna merah. Darah ...

Lebih menyedihkan kerana majoriti bayi yang dilahirkan itu tidak diketahui bapa sebenarnya. Namun yang jelas, majoriti ibu bayi itu adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam!!


Aku merenung seketika. Merenung gejala sosial negara yang semakin menyedihkan. Semakin parah tidak terkawal....

Lantas terdetik hati, adakah semuanya ini berpunca dari mereka yang bergelar lelaki? Lelaki yang tidak bertanggungjawab maka wanita dan bayi menjadi mangsanya. Lelakilah puncanya gejala kemaksiatan semakin tidak terkawal dan parah. Lelakilah penyebabnya wanita hari ini semakin buta mata dan hatinya untuk melihat kebenaran dan mempertahankan kesucian …

Hati kecil aku ini seakan mengiyakannya…

“…kerana semakin ramai lelaki yang tidak berusaha untuk meletakkan wanita disisinya dengan baik. Penuh kasih sayang, keikhlasan dan terhormat …”

23 January 2011

Rahsia Raja Poligami yang buatkan hati wanita cair

Bila sebut je perkataan poligami, pelbagai reaksi boleh kita tengok dan dengar. Bagi orang perempuan sudah tentu akan pandang semacam je. Sinis .. muncung mencuka ..
Bagi orang lelaki pula? biasa-biasa je. Tak ambil kisah sangat. Tak layan. Iyake ni?

opsss sebenarnya aku bukannya nak bicara soal poligami. Cuma agak tertarik bila baca ruangan rencana Berita Harian pagi tadi. Tajuk besarnya, “Di sebalik Kaya Isteri’.

Di Swaziland, benua Afrika, rajanya telah berkahwin 14 orang isteri sekaligus. Semua yang dikahwinnya adalah anak dara. Semuanya datang menyerah diri untuk dikahwininya!! Begitu sekali daya tarikan .. tapi dia raja. Bolehlah kot .. tambahan lagi dia bukan orang Islam. Hentam saja ..

Di Kenya pula, seorang lagi Raja Poligami, Ancentus Akuku. Hobinya mengumpul isteri. Semasa berumur 22 tahun dah beristeri 5. Beliau dikatakan meninggalkan 100 balu biarpun sudah berkahwin lebih 130 kali. Beliau pemecah rekod sejarah benua Afrika!!

Siapakah Akuku? Apa yang menarik yang ada pada dirinya sehingga ramai wanita mendapati dirinya sukar ditolak. Bila bertemu saja terus jatuh hati. Bila pandang dirinya terus hati jadi cair ..

Aku senyum bila baca statement yang keluar dari mulut Akuku bila ditanya tentang kehebatan berpoligami. Beliau berkata:

“Saya kacak, bijak memilih pakaian dan tahu memikat hati wanita dengan kata-kata manis. Tiada wanita dapat menolak godaan saya …”

Jom kita tengok gambar beliau. Amacam kacakkan?


 Aku duk perhatikan cara pemakaiannya ..




Kepada kawan-kawan perempuan kat luar sana tu. Jangan pandang lama-lama .. nanti jatuh hati juga. ahakssssss!!!!!!!!!

p/s - Kepada kawan-kawan lelaki yang kacak di luar sana .. jangan amalkan cara Akuku ini. Berpakaian kemas boleh tapi jangan bermain kata-kata manis okey ..

21 January 2011

Beginikah keadaan orang perempuan bila dah dilamun cinta?


Jam 11.30 malam – selesai buat analisis data dan senarai pelajar target cemerlang PMR dan SPM 2011.

Tenang dan damaikan minda jap. 

Layanzzzzzzz klip video  …  lama tak tengok kajol ..  Rindu pula kat sahabat lama ni. hehe.



Terfikir aku, beginikah keadaan orang perempuan bila dah dilamun cinta??? 







senyum je ..


16 January 2011

Kita suatu hari ibarat manusia yang lemas di dalam air?

Pagi tadi – Masa perhimpunan pagi, suasana sepi seketika. Semua warga sekolah membaca al-fatihah untuk pelajar itu…  yang kini telah menyahut seruan dariNya. Pergi tak kembali …

Hanya doa dikirim. Moga rohnya bersama golongan orang-orang yang beriman…

Tiba-tiba teringat akan tazkirah oleh tuan guru;

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Orang meninggal dunia di alam barzah ibarat manusia lemas dalam air, akan berpaut apa juga yang hanyut di depannya. Mereka sangat berharap pertolongan doa orang yang hidup, umpama orang yang lemas dalam air terlalu berharap sesuatu yang terapung hanyut di depannya untuk menyelamatkan dirinya…”

Penghuni barzah menunggu doa daripada anak-anak atau bapanya, serta saudaranya dan karib sahabatnya. Alangkah bahagianya jika semua yang dinantikan itu mendoakan untuknya.

14 January 2011

Kelihatan dirinya amat tak bermaya. Terdampar sepi ...


Tengahari semalam sempat ke hospital melawat seorang pelajar perempuan yang sedang berada di wad ICU.

Pintu bilik ICU dibuka, memohon izin dari Nurse untuk melihat keadaan pelajar.
“Masuklah cikgu .. tuu katil di sebelah sana ..”

Aku melangkah perlahan ke katil yang dimaksudkan. Terlihat seorang doktor di sisi katil, sedang bicara dengan seorang nurse …



Aku memerhati dari dekat keadaan pelajar itu. Kelihatan dirinya amat tak bermaya. Terdampar sepi. Mata kanannya separa terbuka. Memandang kosong.  Tiada pergerakan. Sedang berbantukan alat oksigen ...

Sebelum pulang sempat berjumpa mak ayahnya sekali lagi. Berikan kekuatan dan doa.

Dalam perjalanan pulang, teringat situasi semasa aku sedang mengajar sebuah kelas tingkatan 5 di sebelah paginya. Seorang pelajar tiba-tiba bersuara;

“Cikgu kelmarin kami pergi melawat … kasihan dia cikgu … dah tak boleh bercakap …”
“Cikgu betulke ada ilmu terkena buatan orang? ...”

Lantas dikisahkan segalanya… aku sekadar mendengarnya.

“Yang mana satu pelajar ni? cikgu tak ingatle ..”
“Tahun lepas dia kelas 4 ...”
“Cikgu tak mengajar kelas tu …”
“alaaa cikgu. tuuu pelajar yang comel tu. Berkulit putih …”
“a’ahh cikgu. Pelajar tu comel sangat cikgu…” sampuk seorang lagi pelajar.

Terfikir aku, sesungguh hidup ini hanya sementara cuma. Kita sekadar musafir di dunia yang fana ini. Segalanya pinjaman … gelak tawa semuanya juga akan berakhir…





08 January 2011

Mana satu pilihan hati?

Petang – Bila boring terus keluar rumah. Pusing-pusing. Ronda-ronda.  Sempat snap beberapa buah rumah yang pada pandangan mata sungguh menarik.

Pssssttt rasanya antara rekabentuk rumah-rumah berikut, yang mana satu lebih selesa dan cantik ek? Saja nak tau ni ...


 no. 1



no. 2

no. 3

no. 4
no. 5

 no. 6

 no.7

04 January 2011

Siapa yang buang anak ... kat depan rumah aku ni?

Petang - balik dari kerja. Sampai je depan pintu rumah .. terkejut aku apabila tengok ada sebuah kotak kat depan pintu rumah?

uisss apa pula tu? Hati berdebar …  siapa le pula yang tinggalkan anak kat laman rumah aku ni? adoiii ..

Aku menjenguk pelan-pelan melihat apa punya isi dalam kotak …

Jeng jeng … 






Camana aku nak buat ni? Adoiii …

Kasihan pula bila aku perhatikan ... 3 ekor anak kucing … comel ... mata biru …

Tanpa berlengah, terus aku pecut kereta… beli ‘rumah’nya …


Langkah seterusnya? Hari-hari seterusnya? camana ni? Kalau anak-anak kucing itu masih menyusu dari 'emaknya' camana pula ni? Bolehkah aku beli susu kat kedai? Dah boleh makan sendiri ke dia ni?
Friskies? whiskas?

01 January 2011

Benci bilang cinta





Bangun di pagi tahun baru … terus hati terdetik kata …

Moga tahun ini dunia semakin aman
Moga tahun ini benci bertukar cinta
Moga tahun ini kedamaian milik kita semua

Moga tahun ini setiap sentuhan capai kejayaan
Moga tahun ini setiap keluarga kecapi kebahagiaan

Fikirkanlah dan renungkanlah
Apabila benci bilang cinta
Apabila benci bilang cinta
Moga akhirnya benci bertukar cinta

p/s – kepada teman-teman semua, Selamat Menyambut Tahun Baru … 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search