Followers

16 January 2011

Kita suatu hari ibarat manusia yang lemas di dalam air?

Pagi tadi – Masa perhimpunan pagi, suasana sepi seketika. Semua warga sekolah membaca al-fatihah untuk pelajar itu…  yang kini telah menyahut seruan dariNya. Pergi tak kembali …

Hanya doa dikirim. Moga rohnya bersama golongan orang-orang yang beriman…

Tiba-tiba teringat akan tazkirah oleh tuan guru;

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Orang meninggal dunia di alam barzah ibarat manusia lemas dalam air, akan berpaut apa juga yang hanyut di depannya. Mereka sangat berharap pertolongan doa orang yang hidup, umpama orang yang lemas dalam air terlalu berharap sesuatu yang terapung hanyut di depannya untuk menyelamatkan dirinya…”

Penghuni barzah menunggu doa daripada anak-anak atau bapanya, serta saudaranya dan karib sahabatnya. Alangkah bahagianya jika semua yang dinantikan itu mendoakan untuknya.

10 comments:

MaizaC'Joe said...

Assalamualaikum

moga sihat hendaknya.. lama maiza tak singgah sini.. tup tup.. masuk ja ada posting baru.. ermm.. kemudian rool ke bwh.. owh ini kisahnya..

moga di tempatkan bersama golongan yang beriman InsyaAllah.. AL-FATIHAH. tiada apa pun yg kekal di dunia ini semuanya akan kembali kepadaNYA..

Naqib Mohamad said...

hidup ni pun tak lama dah...

Ada Dalina said...

huhu...sayu tetiba hati saya...sedih pon ader...

sy penah mimpi sy lemas...time tu tiada lain yg sy fikir melainkan sy akan mati...terus terjaga dan mengucap panjang sy... :(

Cikgu Nurin said...

Speechless...AlFatihah....semoga kedua ibu bapanya tabah dan Redha...kalau cikgu berjumpa atau terjumpa kedua mereka, sampaikan salam saya....

Rashid said...

Maiza

hmm hmm benar tu maiza. Segalanya akan berakhir .. moga kita semua sentiasa menginsafi tentang hakikat sebuah kehidupan.

Rashid said...

Naqib

Naqib, dunia dah semakin tua ..

Rashid said...

Ada Dalina

mimpi lemas? ermmm .. tentu ada sesuatu yang membelenggu fikiran ..

Rashid said...

Cikgu Nurin

insyaAllah cikgu nurin ..

HonEyBuNNy said...

A--Fatihah....setiap yg hidup pastia kan pergi...sama2 la kita mengingati mati;;;;

syariza09 said...

kita tak tahu bila ajal kita akan samapai, yg penting perlu ada bekalan sebelum ke arah itu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search