Followers

26 January 2011

Warna yang melakar kainnya itu warna merah.. darah..

Hari ini …

Shah Alam: Bagaikan dirasuk, seorang ibu muda menikam bertubi-tubi dengan pisau bayi perempuan yang baru dilahirkannya sebelum dibiarkannya di dalam tandas rumahnya ..

Terengganu: Seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu dipercayai akibat pergaulan bebas terutama di kalangan wanita Islam. Kadar tertinggi dicatatkan pada Mei tahun lalu dengan 72 kelahiran, diikuti 60 kelahiran pada September. Berdasarkan perkiraan kasar, pasangan terbabit dipercayai melakukan seks terkutuk itu sembilan bulan sebelum kelahiran, iaitu sekitar akhir Ogos dan September atau lebih tepat lagi pada sambutan Kemerdekaan Negara dan tahun baru!!

Aku baca dan amatinya. Sedih kerana yang menjadi mangsa adalah anak-anak yang tidak berdosa. Anak-anak kecil yang umpama kain putih. Suci dan bersih. Namun warna yang telah melakar kainnya itu adalah warna yang kotor. Warna merah. Darah ...

Lebih menyedihkan kerana majoriti bayi yang dilahirkan itu tidak diketahui bapa sebenarnya. Namun yang jelas, majoriti ibu bayi itu adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam!!


Aku merenung seketika. Merenung gejala sosial negara yang semakin menyedihkan. Semakin parah tidak terkawal....

Lantas terdetik hati, adakah semuanya ini berpunca dari mereka yang bergelar lelaki? Lelaki yang tidak bertanggungjawab maka wanita dan bayi menjadi mangsanya. Lelakilah puncanya gejala kemaksiatan semakin tidak terkawal dan parah. Lelakilah penyebabnya wanita hari ini semakin buta mata dan hatinya untuk melihat kebenaran dan mempertahankan kesucian …

Hati kecil aku ini seakan mengiyakannya…

“…kerana semakin ramai lelaki yang tidak berusaha untuk meletakkan wanita disisinya dengan baik. Penuh kasih sayang, keikhlasan dan terhormat …”

18 comments:

cik Ladies said...

mungkin betol tu CS ..
laki kot yg tak bertnggungjawab .. :p
tp pompuan plak duk goda2 kan ..opss

:)

Afida Anuar said...

tak boleh salahkan lelaki je cikgu, perempuan pun sama...

ooo tu gayanya cikgu merenung..heh!

jesnita_ns said...

ermm..mmg sedih ...tak tau nk kata apa..

Nafisa81 said...

jemput dtg undi team epl kat blog saya...

Ada Dalina said...

“…kerana semakin ramai lelaki yang tidak berusaha untuk meletakkan wanita disisinya dengan baik. Penuh kasih sayang, keikhlasan dan terhormat …”

huhu....sy suka ayat tu...sgt2 menyentuh! :(

Marzalina said...

intan juga risau jika keadaan seperti itu berlarutan..tapi bukan semua yg berlaku salah lelaki...bg intan sama2 salah..dua2 kena tanggungjawab...

kat mana nak cari lelaki yg baik? masih ada ke

Fifi Rahmat said...

macam mana tergamaknya hati diorg neh. sedangkan bayi tu bukannya ancaman langsung. erm

Rashid said...

cik Ladies
Iya .. godaan dari pompuan tapi orng laki sepatutnya kuat dari godaan ..
kan CL ..

Rashid said...

Afida Anuar
uiss jgn duk tenung saya merenung fida .. bahaya ..

Rashid said...

jesnita
kan jesnita ..

Rashid said...

Nafisa
okey nafisa.. epl? nanti saya jengah k ..

Rashid said...

Ada Dalina
ermm .. Ada .. itu yg terdetik kat hati ..

Rashid said...

Marzalina
dua-dua salah tapi bagi saya intan .. lelaki kena lebih sikit dipersalahkan berbanding dengan pompuan. Orang pompuan kan rusuk ..

Masih ada intan …

Rashid said...

fifi rahmat
itule fifi .. sayapun tak taule. Nafsu bikin hati mati ..

CNEN AFI (dream chaser) said...

both side kene btgjawab. laki guide pmpuan. pmpuan guide anak. n of course tgjwb laki lagi besar. tapi utk seorg ibu yg buat mcm, buang n cederakan bayi sendiri, tak layak panggil manusia pun.

rumah kuning said...

bagitulah keadaannya bila manusia tiada iman.

Rashid said...

Cnen Afi
yup! kalau kedua-dua saling bertanggungjawab .. dunia pasti akan tersenyum manja ..

Rashid said...

rumah kuning
hm hmm Tiada iman tapi bernafsukan ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search