Followers

01 February 2011

Kisah emak, anak dan pisang ...

Tadi pergi pasaraya. Beli apa yang patut. Kemudian singgah kat bahagian buah-buahan … rancang nak beli buah honeydew dan pisang .. 

Tengah aku menbelek-belek mencari pisang berangan yang masak dan segar itu, datang seorang budak kecil ditemani emaknya di hadapan aku. (Tapi mereka tak nampak aku kerana terlindung oleh raga buah dan longgokan buah-buahan).



Terdengar bualan anak kecil itu dengan emaknya.

Anak: “Mama .. nak pisang .. belilah pisang mama ..”
Emak: “ishhh .. tak payahlah. Beruk je yang makan pisang!!!” lalu ditarik tangan anaknya dari situ.

Aku yang mendengarnya sedikit terkejut. Terkejut mendengar ayat spontan emaknya. Kuat dan keras bunyi pula tu. Aku terkejut kerana pada masa tuuu .. akukan sedang duk belek-belek pisang juga. Aduhai. Nak ketawapun ada. ishhh ishhh …

Aku tau .. emaknya tak perasan aku ada sama kat situ … Kalau dia tau takkan dia nak cakap macam tu.

Dalam hati aku... kasihannya kat anak dia. Mungkin kata-kata emaknya itu akan diingatinya sampai bila-bila. Tentu anaknya tak nak makan pisang dah sebab hanya beruk je yang makan pisang!!

Bayangkanlah jika anaknya tengok siapa-siapa yang makan pisang … dan kalau dia tertengok emaknya juga makan pisang .. kan haru biru jadinya tuu…

Khasiat pisang …

Pisang kaya mineral seperti kalium, magnesium, fosfor, kalsium, dan besi. Kandungan vitamin B6 pisang cukup tinggi. Selain berfungsi sebagai koenzim untuk beberapa reaksi dalam metabolisme, vitamin B6 berperanan dalam sintetis dan metabolisme protein, khususnya serotonin. Serotonin diyakini berperan aktif sebagai neurotransmiter dalam kelancaran fungsi otak.
kan bagus makan pisang .. 

p/s – sebiji pisang berangan harganya 30 .. 40 sen … mahalkan ..


22 comments:

mardhia yusof said...

kesian pun ada kat anak tuh.
ayah sy suka sgt mkn pisang.wajib ada.sy suka mkn pisang gak, tp dgn aiskrim.hehe

nak share link.
http://tubuhsehat.blogdetik.com/2008/09/09/pisang-dan-manfaatnya-untuk-tubuh/
ada tips skali.

Cikgu Nurin said...

Adeeeyyy..seb baik cikgu tersorok, silap silap, kalau anak dia ternampak cikgu, anak dia mesti konfius'macam orang je'...

tak sekolah punya mak...apala..dia tak tau ke khasiat buah buahan...

lalink7 said...

ajaran sesat la mak dia tuee..agaknya dia stress sgt sampai macam tue keluarnyaa..

xpun mak nya tue xtau khasiat pisang nie sebenarnyaa..kalau die kampung tgggu pokok pisang berbuah nak makan..sdap dan manis..

Rozuan Ismail said...

haha..sentap jugak kan..dia cakap beruk je makan pisang..kita ni baru je mengidam nak makan pisang..

Marzalina said...

ish..pisang la best..intan suka makan pisang..tapi cerita tadi tu lucu lah..ada ke patut mak dia ckp mcm tu kat anak dia..hmm...beruk ahahaha

Ada Dalina said...

eee...sabo jerlah mak budak tu...
camnerlah dia leh terlintas ckp cam gitu kan? kalo xmo beli utk anak dia pon ckpla ayat yg elok2 sket..isk iskk iskkk.....

Afida Anuar said...

Ya Allah kesian kat anak tu, lain la kalau anak tu mintak makanan ringan ke, cikedis ke, elok jugak la kalau ckp lagi tu...ni pisang cikgu...

aduhhh, saya kesian..

mommy otai said...

kelakar betul mak bdk tu..ish ishh
agknye mak die dulu pernah ckp mcm tu juge..mcm tk logik je jwpn..

ank sy cha ni suke sgt dgn pisang..hehe...

Rashid said...

Mardhia yusof
pisang ngan ais krim? camana tuu mardhia. . tentu best ..

Rashid said...

cikgu nurin
a’ahh itulah cikgu .. adoii .. masa tu saya terkejutpun ada.. nak gelakpun ada ..

Rashid said...

lalink7
mungkin le link .. atau kerna buah pisang tu mahal kot.. hehe

Rashid said...

Rozuan ismail
haha!! mengidam nak makan pisang? .. gelak je ..

Rashid said...

Marzalina
tak taule intan ..camana boleh mak dia cakap gitu ..

Rashid said...

Ada dalina
Rasanya maknya tak mo beli .. alasan je tuu..

Rashid said...

Afida Anuar
Betul tu fida.. sekarang ni ada ramai budak tak suka makan buah-buahan .. tak sedap katakan..

Rashid said...

mommy otai
cha suka .. kerna mommynya pun suka makan pisang.. hehe kan kan farah ..
opss!

muhsin aminudin said...

pisang goreng, cekodok pisang. sdap tu

mardhia yusof said...

best ic cream+pisang.
nama dia banana split.
try la. ;)

Rashid said...

muhsin aminudin
cekodok pisang..

pingat pisang.. memang best!!

Rashid said...

mardhia

ooo banana split. Selalu dengar nama tu tapi tak pernah makanle..

armouris said...

info tentang pisang di SIHAT SELALU - Khasiat Pisang

Rashid said...

armouris
terima kasih info ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search