Followers

11 February 2011

Nurse itu ... dari tadi duk perhati cikgu je ...

3 petang - pergi hospital. Melawat seorang pelajar yang kemalangan. Pelajar lelaki tingkatan 5.

Terus ke wad kecemasan…

Aku lihat pelajar itu cuba senyum bila melihat aku menghampirinya (aku juga mengajar kelasnya).

“Cikgu dah makan?” tegurnya. Soalan pertamanya. Terketar-ketar hulurkan tangan untuk bersalam dengan aku (tangannya luka-luka dan ada wayar pada tangannya).

“Dah ..” (walaupun aku belum makan tengahari). Aku terus pegang tangannya.

“Saya tak salahkan cikgu tu ..  saya yang cuai cikgu” katanya sayu.

Aku tau pelajar tersebut seorang pelajar yang baik. 

“Cikgu .. masa eksiden saya sempat tengok kaki kiri saya. Macam tercabut cikgu .. tumit saya jatuh ke bawah ...”
“Cikgu … sekarang kaki kiri saya tak rasa apa-apa …”
“Cikgu .. kalau macam ni saya tak dapat pergi sekolah cikgu. Tak dapat belajar …” (terus mengalir airmata)

“Zam … Jangan fikir bukan-bukan. InsyaAllah.. akan cepat sembuh …”

30 minit aku bersamanya. Berikan kata-kata semangat. Sempat mencuitnya ..

 “Zam… orang lelaki biasalah. Dulu cikgu juga pernah kemalangan. Masa tu kawan cikgu yang bawa motor. Cikgu di belakangnya. Bila eksiden, dua-dua terbang melayang ..  Zam nak tau. Kawan cikgu tu bila bangun dari tempat eksiden terus buka helmet. Terus raba-raba mukanya. Nak tau kenapa .. dia takut mukanya calar-calar.. katanya itu yang penting. Situ saham tinggi .. tempat lain luka takper katanya.”

“Cikgu niii ..” (senyum)

 sekadar hiasan je. takde kena mengena .. maaf kerna pinjam dari goggle ..

Sebelum meninggalkannya sempat aku bergurau ..

“Zam… nampak tak nurse yang comel berlesung pipit tu… dari tadi dia asyik duk perhati cikgu je. Cikgu risaule. Nanti dia tiba-tiba datang pegang tangan cikgu ..  tak nak lepaskan. Kan susah cikgu nanti.. “

Pelajar aku itu terus senyum walaupun badannya luka-luka. Kaki kiri berbalut bersimen. Kulit bahunya terkoyak selebar dan sepanjang 4 jari tangan.. lengannya dan jari-jemari tangannya juga luka.   

“Zam .. kuatkan semangat okey. Nanti cikgu datang lagi ..”

 “Terima kasih cikgu ..”

20 comments:

maiyah said...

assalam.. moga dia cpt sembuh :)

mardhia yusof said...

accident kat dalam kawasan skolah ke mana?
issk. hope student tuh cepat sembuh.
sempat agi usha nurse ek. ahaha. ;p

mendatak hijau said...

psyco???..terharu..sobb..sobbb

rumah kuning said...

cikgu, zam suruh datang melawatnya tiap-tiap hari. hehehe

Cikgu Nurin said...

Pandai cikgu guna strategi jual nama nurse berlesung pipit nak tenangkan anak murid...

makdara TERdiva said...

kompom hari2 cikgu dtg melawat sbb ade nurse duk perati..haha!

BEiB said...

isyhh..kalau nurse camni yg perati...leleh laa cg R kita...hehe..tiap hari mai jenguk anak murid dia dalam wad. Tahniah atas perihatin GPK HEM(?)..hehe

nurayunni said...

semoga anak didik ckgu cepat sembuh ye..amin...

Ain Atika Zailani said...

ishhh main cilok gambar ye..ahahha..

Rashid said...

maiyah
Ya moga-moganya maiyah .. kakinya dah kena masuk besi le ..

Rashid said...

mardhia yusof
Tak. Kat luar pintu pagar sekolah ..
Mar .. usha usha je tau .. tak lebih dari tu.. hehe

Rashid said...

mendatak hijau
hmm hmm .. bagi ceria suasana sikit .. tak nak pelajar rasa sakit, sedih, sepi ..

Rashid said...

rumah kuning
okey!! cikgu datang hari-hari … janji nurse tu ada .. hehe

Rashid said...

cikgu nurin
Itulah cikgu nurin .. saja je gurau-gurau ngan pelajar tu. Pelajar tu pun dah tau sebab dalam kelaspun saya selalu gurau-gurau .. bagi suasana ceria ..

Rashid said...

makdara terdiva
hah! macam mana boleh tau tuuu? ni ngintip nii..

Rashid said...

BEib
leleh? adoii.. gelak je saya ..

beib takle sampai gitu. Saya sebenarnya risau kalau pergi hari-hari sana .. risau nanti nurse tu yang leleh .. hehe. opss sorry nurse ..

Rashid said...

nurayunni
moga-moganya ayunni ..

Rashid said...

Ain Atika
alaaaaaaaaa cilok kejap je ain atika .. takperkan. Kalau nurse tu baca entri ni ..tentu dia juga suka. Sebab saya kata .. 'nurse yang comel berlesung pipit' .. kan kan ..

Sham said...

bijok demo...mesti ramai murid sayang cikgu nie...

Rashid said...

sham
takde le sham .. kita kena 'bersama' ngan pelajar ni ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search