Followers

18 February 2011

“Saya tengok syurga .. oowwhh sungguh cantik sekali .. ”

Kelmarin aku hadir satu ceramah. Ceramah kekeluargaan dan isu remaja masa kini. Aku tertarik dengan satu kisah benar yang disampaikan oleh Tn. Haji Muhammad bin Lib, penceramah motivasi.

Menurut Tn. Haji, beliau pernah berbual dengan seorang peguam yang satu masa itu  turut datang mendengar ceramahnya. Dalam berbual-bual itu, peguam tersebut sempat menunjukkan gambar-gambar…  gambar seorang nenek yang ditetak mati oleh cucunya sendiri. Gambar itu masih segar. Darah merah mengalir.

Peguam tersebut telah berjumpa dengan pemuda tersebut di penjara dan bertanyakan sebab sebenar beliau membunuh neneknya. Peguam memberi syarat, beliau akan dibantu jika bercakap benar ..


Pemuda tersebut akhirnya menceritakan:

“Saya ini seorang penagih pil kuda. Biasanya saya ambil sikit je. Tapi pada hari kejadian saya telan banyak… Selepas menelan pil kuda, saya merasakan diri saya terbang melayang-layang. Sungguh seronok sekali.”

“Dalam melayang-layang seronok itu tiba-tiba saya tengok… sungguh cantik sekali. Sukar nak bayangkan ...”

“Tengok apa?” soal peguam.

“Saya tengok syurga ... oowwhhh syurga itu sunguh cantik sekali. Ada burung-burung berterbangan … di bawahnya ada air sungai mengalir tenang .. indahnya..”

“Cuma ada satu pintu saja untuk masuk ke syurga tersebut. Masa saya nak memasuki pintu itu, datang seorang tua berjalan terhenyut-henyut juga nak memasuki pintu itu. Kami berebut-rebut… masa itulah ada suara-suara terngiang-ngiang kuat kat telinga saya … ‘Jangan biarkan orang tua itu masuk .. bunuh dia!! bunuh dia!!”

“Masa itulah saya terus bunuh orang tua itu. Selepas membunuhnya barulah saya tersedar .. rupa-rupanya bukan di syurga tapi di ruang tamu rumah. Orang tua yang saya bunuh itu juga rupa-rupanya nenek saya sendiri…”

14 comments:

Cikgu Nurin said...

Itulah padahnyea jika akal dikuasai syaitan...nenek sendiri pun dah tak kenal...

Adinda Amy Sensei said...

syurga duniawi indah...tapi indah lagi syurga jannati..

aTy _faRed~ said...

adoy.. istighfar membace... harap jadi pengajaran utuk kite semua... :)

Ain Zulaikha said...

adehhhhh kesiannyaaaa T_T

HonEyBuNNy said...

salam cikgu..ish bahaya nya pemuda tu....makan pil kuda banyak sampai khayal...nenek jadi mangsa...

Rashid said...

cikgu nurin
Kasihankan cikgu nurin .. kerna pil hati mati ..

Rashid said...

Amy sensei
Moga kita semua ke sana suatu hari .. bersama golongan yang beriman ..

Rashid said...

aty fared
Jom aty kita tentang habis-habisan benda khayal yg mematikan hati itu ..

Rashid said...

ain zulaikha
ain zulaikha .. masyarakat kita semakin resah .. hati tak tenang ..

Rashid said...

Honeybunny
Ila bila hati mati .. hilanglah segala kewarasan akal ..

cek chun said...

padah dadah dan sedara maranya

lalink7 said...

tkutnyeee jika serumah dengan penagih niee..walaupun sewaras mana pun xleh nak pecaye..

Rashid said...

cek chun
yup! dadah musuh manusia dan agama …

Rashid said...

lalink
itulah lalink ..

lalink bila pilih tuu hati hati k ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search