Followers

13 February 2011

Sahabatku .. Ujian dariNya tanda kita disayangiNya

Jam 10.00 malam, aku selak helaian buku.

Seorang sejarawan dan sasterawan Mesir, Ahmad bin Yusuf dalam bukunya, Al-Mukafa’ah wa Husnul ‘Uqba pernah berkata:

“Manusia sebenarnya telah mengetahui bahawa lenyapnya kesedihan dan kesulitan adalah sesuatu hal yang pasti sebagaimana lenyapnya malam menandakan munculnya siang. Namun seringkali juga manusia mengiringi jiwa pada saat terjadinya bencana …”

Aku merenungi bait kata-kata tokoh di atas. Rasanya memang benar di saat kita berhadapan dengan masalah dan kesulitan, kita kadang-kadang terbawa dalam permasalahan dan ruang kesulitan itu sendiri. Kita diuji dengan pelbagai ujian, diusik dengan kata-kata yang kadang-kadang bisa buatkan hati kita terasa sakitnya. Terasa pedihnya. 


Dalam saat menghadapi kesulitan inilah jiwa kita sebenarnya harus diberi kekuatan. Jika tidak disuntik dengan kekuatan yang baru, jiwa akan terisi dengan rasa kesal, rasa marah dan mungkin juga rasa keputus asaan. Dunia akan dilihat seolah-olah lesu. Kosong. Tak ada warnanya. Cubaan dan ujian juga akan dilihat semakin besar. Rintangan dilihat seolah-olah tiada jalan penyelesaiannya.

Dalam saat menghadapi kesulitan ini, jika tidak ditangani dengan baik maka kerisauan akan semakin bertambah kuat. Perasaan juga akan bercampur baur antara kehendak dan detik hati, tanggungjawab dan rasa simpati.

Bagi aku, apa yang penting dalam menghadapi permasalahan dan kesulitan … hati perlu tabah. Semangat perlu kuat. Usaha perlu ada. Pada masa yang sama, siraminya dengan keikhlasan, nilai kasih sayang dan kemanusiaan.

“Sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan menguji diri kita kecuali bahawa ujian itu akan mendatangkan kebaikan dan hikmah …”

“Sesungguhnya juga Segala ujian dariNya itu tanda kita disayangiNya.”

17 comments:

cnen said...

jadi, tabah lah dalam menempuh segala ujian. mcm Nabi Muhammad s.a.w. tabah and beliau sgt selalu mendapat ujian drpd Allah. tanda kasih-NYA terhadap nabi. selamat menyambut maulidur rasul.

Cikgu Nurin said...

Setuju dengan cikgu....ujian akan lebih mendewasakan kita.

Semua akan diuji,semua ada permasalahan sendiri, namun perlu ditangani sebijak mungkin.

Afzainizam said...

_____♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
______ ♥♥♥♥♥♥♥♥SAY NO TO VALENTINES
_______♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥DAY♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
_________♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara
Sebuah persahabatan....
Terima kasih
kembara ziarah maya”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

Jazakallah Khairan,
(Semuga Allah SWT memberi balasan yang baik kepadamu)

azza_irah said...

salam..
moga sahabat cikgu mendapat semangat dr entry ini..

Ada Dalina said...

huhuh...cam terkena je dgn kiter tajuk entry cikgu ni...rasa cam nak nanges pon ader...huhu...

"cuba bertahan selagi tgn masih mampu utk menggenggam..."

Ya Allah, kuatkanlah semangatku...

:((

Maiyah said...

assalam..

semangat perlu ada.. jgn mngalah, tp mmg kekadang ada hr2nya dtg spt nk putus asa.. Allah beri kita akal utk melihat di mana jlnnya ;)

Rashid said...

cnen afi
Iya cnen .. kita sebenarnya tak sebanding Nabi Muhammad s.a.w .. terlalu jauh ..
Selamat menyambut Maulidur rasul ..

Rashid said...

cikgu nurin
hmm .. semakin kita teruji semakin kita dekat denganNya ..

Rashid said...

Afzainizam
yup! Katakan tidak utk Valentine Day ..

Moga kita semua beroleh petunjuk dariNya.

Rashid said...

azza irah
as salam ..
Moga-moganya azza ..

iya.. entri ini memang khas saya buat untuknya yang sedang dalam situasi keliru .. antara tindakan balas dan kasihan ..

Moga dibacanya ..

Rashid said...

Ada Dalina
iyake Ada Dalina.. jgn nangis k .. berkongsilah moga bebanan itu akan ringan ..

Rashid said...

maiyah
as salam
hmm hmm .. memang rasanya semua kita ada tika dan harinya akan rasa seolah-olah tak bermaya .. walau apapun kita semua harus akur ngan ketentuanNya .. dan kemudian harus juga bangkit berdiri untuk berlari ..

ILA HonEyBuNNy said...

salam cikgu.....ujian yg allah berikan tu la yg mematangkan kita kan...bila allah berikn kita ujian....kita akan lebih dekat dgn Allah.....alhamdulillah..

:: Mrs.SyahNia :: said...

dugaan diberi walau dusia muda
kalo kita bjaya harungi
cukup ianya mematangkan kita
utk lbh dewasa ;)

Rashid said...

Honeybunny
iya ila. Semuanya ada hikmah tersirat .. moga kita semua redha dengan setiap ujian.

Rashid said...

luv syahnia
Pengalaman itu sungguh indah syahnia. Dengannya kita dapat melihat warna warni kehidupan ..

azza_irah said...

As Salam..
bertuah beliau mendapat sahabat seprihatin cikgu..
moga segalanya kekal mekar..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search