Followers

29 March 2011

Nasi lembik sikit je terus dibalingnya dengan kulit durian …


Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh JAKIM bagi tempoh 2005 hingga 2009, jumlah perceraian yang direkodkan semakin meningkat. Dikatakan kes cerai berlaku pada setiap 15 minit sekali ..

Menurut kajian, banyak punca yang menjadi penyebab kes perceraian ini berlaku malah masalah yang dianggap remeh atau tidak masuk akal juga ada kalanya menyumbang kepada peningkatan jumlah berkenaan.

Menurut Datuk Dr. Mashitah Ibrahim,

“Masalah tidak persefahaman dicatatkan menjadi punca utama perceraian berlaku.”

“Berdasarkan kajian JAKIM, golongan lelaki lebih ramai membuat ‘perangai’ sehingga mendorong isteri memfailkan perceraian. Bukanlah mahu menuding jari kepada golongan lelaki tetapi 5,345 daripada jumlah 8,241 punca perceraian adalah disebabkan kaum Adam …”

Aku amati statistik … baca lagi ..

Laman sosial seperti facebook dan twitter juga dikatakan menjadi faktor penyumbang kepada kes perceraian.



Pesanan akhir Dr. Mashitah,

“Mereka yang mahu melangsungkan perkahwinan seharusnya mengenali pasangan masing-masing dengan mendalam, aspek akhlak dan pergaulan sosial mereka perlu diambil tahu dan dikaji sepenuhnya.”

Bagi aku, pesanan ini sangat bagus sekali. Perlunya mengenali akhlak dan aktiviti sosial bakal pasangan. Mana le tau kan. Nampak segi luarnya smart macho dan cun menggoda, cair hati dibuatnya tapi tup tup .. kaki disco dan dangdut rupanya. Kalau setakat suka dengar lagu dangdut takperlah. Tapi dibuatnya selalu keluar masuk kelab pub berdangdut minum haram bagainya .. kan naya ..

Nampak akhlak luarnya sejuk je .. tup tup rupanya kaki panas baran. Nasi lembik sikit je terus dibalingnya dengan kulit durian. aduhai .. nasible badan kalau dapat cam tu ..

16 comments:

makdara TERdiva said...

takde fesbuk/twitter pun leh cerai-berai..tsk!

pB said...

semacam jer tengok pipi Dr ni sekarang

Encik Amman said...

tak patut sangat la nasik lembik kulit durian habuannye. Hey manusia2. N tak berapa suka orang panas baran ni.. nak marah je keje. Tak berfikir. bila dah jadi.. baru nak menyesal.time tu semua dah takde makna dah. kan encik Rashid

Afida Anuar said...

cikgu, percaya dak...ada seorang hambaAllah ni, kenal bini dia 3 minggu je. Lepas tu terus kahwin. Alhamdulillah kekal sampai ke hari ni.

eh betul dak dengan entry cikgu, tak sempat baca habis, malware datang..huhuu

Fifi Rahmat said...

itulah. susah nak cari pasangan skrg. pada i, lebih suka cari perlahan-lahan, tak nak rush sangat. lambat sikit kahwin takpe, jangan main hentam pilih pasangan, tapi salah pilih. tp bab masak nasi lembik baling kulit durian tu kejam lah. haha. dah macam filem P.ramlee, pasal belacan nak pancung bini

Rashid said...

makdara TERdiva
iyakan .. yang pentingnya terletak pada hati dan diri sendiri. kan MDT ..

Rashid said...

pB
Naper dengan pipi Dr sekarang? Makin tembam ek? ..

Rashid said...

Encik Amman
Teringat kisah orang panas baran .. ada orang jeling sikitpun dah nak dipukulnya.
Lastly dia pun kena pukul gak. Rupanya orang yang dipukulnya itu juga adalah kaki panas baran .. hehe ..

Rashid said...

Afida Anuar
ermm .. fida. Tentu saya percaya. Jodohkan .. Kenal satu haripun dah terus ajak kahwin .. ada orang tu dah bercucu cicitpun bercerai juga ..

malware? uiss ..

Rashid said...

Fifi Rahmat
Betul tu fie .. biar pelan janji dapat yang baik, bertanggungjawab dan berjiwa penyayang.

Fifi .. ada juga saya tengok. Mengelabah je cari pasangan kerna umur makin meningkat. Akhirnya berkahwin. Setahun dua tu okey je.. kemudian masuk tahun ketiga baru kenal belangnya. Rupanya suaminya seorang kaki segala kaki .. kaki pompuan, kaki minum .. kaki judi .. kasihankan ..

Pasal belacan nak pancung bini? haha!! P.Ramlee memang the best..

mardhia yusof said...

macam2 la zaman skrg.
dalam metro kan berita psl ni.
ari tuh sy ada baca metro yg pasal berita seorg suami ni sakit,dah terlantar,sakit buah pinggang kot. isteri dia yg jaga.maybe sebab penat jaga kan. tapi tak patut la isteri dia sepak dan belasah suami sendiri sbb suami mintak suap dan urut belakang badan.
kesian sgt si suami. tgh terlantar sakit. dlm berita tu tulis, 6 bulan pertama, isteri tuh layan baik je. tapi lama2 makin teruk. siap maki hamun,patsuh smpai sepak2. issk. takde sifat kemanusiaan lgsg. at least, respect la suami. sedih betul dgn org zman skrg.

rumah kuning said...

Berusaha dan berdoa byk2 semoga kasih sayang pasangan tetap kepada kita, bersama kita meniti hidup mencari keredhaan Ilahi.

Rashid said...

Mardhia Yusof
a’ahh kat metro .. banyak kisah kehidupan kat sana. Saya suka ..
Kasihan suami dia mar. Tapi bila kita amati, rasanya ia kisah benar yang dapat kita lihat. Mungkin banyak tapi tak tersebar ..

Rasanya kesabaran isteri itu dah hilang. Ia mula terpengaruh ngan hasutan syaitan ..

Mar .. kehidupan ini sememangnya rumit jika tak ada iman dan solat ..

Rashid said...

rumah kuning
Moganya ..
Sesungguhnya kasih sayang itu sangat tinggi nilainya.
Pertahankanlah sedayanya ..

mardhia yusof said...

tapi satu je la psl Metro yg sy tak suka.
cover dia mesti ada cerita psl seksual.tak sah kalo takde.
mcm sbg pelaris.
pastuh, byk tokok tambah.
mmg byk kisah2 life kat luar yang kita tak tahu.
banyak pengajaran boleh belajar dari metro even org selalu condemn metro sbb tak berintipati sgt.

Rashid said...

Mardhia yusof
a'ahh juga ya.. diorang ni bisnes. Cam metro jugakan. Lagi banyak isu cam tu..
Akhbar lain juga semacam je.. takper mar. Kita baca dan tapisinya ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search