Followers

31 March 2011

Tarian poco-poco haram kerana ada unsur pemujaan roh?


 Macam ini ke tarian jamaica?

Petikan akhbar Metro kelmarin -  Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata:

“Tarian poco-poco telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24 hingga 26 Januari lalu. Ini kerana kajian mendapati tarian ini sering diamalkan di Jamaica dan mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh..”

Terkejut aku membacanya …

Terkejut kerana kalaulah benar ia menjadi Fatwa Kebangsaan nanti maka selama ini ramai antara kita semua telah tersilap!!!  Tersilap kerana ia menjadi tarian riadah yang sering dipersembahkan di mana-mana saja, baik di peringkat sekolah, agensi-agensi kerajaan dan NGO's. Ia selalu ada semasa aktiviti-aktiviti keraian dalam majlis-majlis tertentu.


 Tentera Nasional Indonesia sedang menari poco-poco

Begitu juga dalam tentera …

Tiba-tiba aku teringat dalam satu majlis Makan Beradat Pegawai Tentera Rejimen 507 di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Negeri Sabah pada tahun 2006..

Selepas selesai makan beradat yang diiringi pasukan muzik Tambo Tentera, semua pegawai diminta untuk bersama-sama menari poco-poco. Bayangkan dengan berpakaian Mess Kit  putih itu ramai pegawai keluar menari dengan spontannya.

 Google .. pakaian mess kit semasa Majlis Makan Beradat

Aku juga tidak terkecuali… Sebagai seorang pegawai yang dilatih untuk bersikap gentleman (walaupun secara jujurnya segan juga nak menari. Maklumlah badan agak keras) apalagi dengan tenangnya aku terus melangkah … (ops!! jangan bayangkan saya menari okey .. )

Berpeluh juga dibuatnya. Tapi dalam banyak-banyak langkah tu aku lebih sukakan langkah yang simple je ..  step yang awal-awal ..  pelan-pelan .. cam romantis saja ..

Dan sekarang baru aku terbaca akan fatwa ini. Fatwa negeri Perak bahawa tarian poco-poco adalah haram untuk diamalkan.

Sedang menunggu adakah fatwa negeri ini akan menjadi fatwa kebangsaan …

8 comments:

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Sudah ada sahutan dari Bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin...katanya harus, bukan haram.

Kita tunggu lagi hujjah-hujjah yang lain..

Ada Dalina said...

a'ah la cikgu, kalo kita amati blk step poco2 tu cam tanda salib kan? tp kat ofis mmg femes tarian ni..syok jer buat...layannn jer step dia tu kan..huhu...

mardhia yusof said...

laaa. ye ke.
baru tau.
huhuh.

hope fatwa ni jadi fatwa kebangsaan.

Rashid said...

Ahmad humairi
a’ahh.. sedang ikuti ulasan yang diberi .. kita tunggu je nanti fatwa kebangsaan ..

Rashid said...

Ada Dalina
tanda salib? iyake Ada? ..
Iya memang stepnya simple dan menyenangkan ..

Rashid said...

mardhia Yusof
Mar .. kita tunggu hujahan ulama dan mufti yang lain lagi. Rasanya ramai yang duk tunggu suara mufti lainnya ..

Mama AA's said...

cik sya tak minat nak menari2 ni...jadi takde masalah la kot...huhuhuhuhuhu

Rashid said...

Mama AA's
hah! kena menari tau .. bagi sihat dan badanpun comel k ..

hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search