Followers

13 April 2011

3 jam bercakap dengan operator TM Net pun takper …


Satu minggu lebih aku alami gangguan internet. Taliannya kejap okey kejap putus. Banyak putus dari okeynya. Bila putus lama pula tu. Bencinya.

Setelah seminggu asyik terputus-putus je, petang tadi call no pangilan 100 – talian khidmat pelanggan. Mengadu masalah. Disambut oleh operator perempuan..

“Cuba en. rashid tekan start .. kemudian tekan run .. taip cmd .. kemudian bla bla ..”
Aku menklik seperti yang diminta. Langkah demi langkah.

“Camana sekarang. Dah okey ke en. rashid?”
“Tak dapat lagi le ..”

“Okey sekarang en. rashid .. (minta aku masukkan IP address .. gateway .. bla bla)”
“Tak dapat jugale ..”

“Okey sekarang cuba en. rashid tengok lampu kat modem. Tengok kat ADSL. Menyala tak?”
“ermm .. menyala. Berkelip-kelip  ..”
“Berkelip-kelip?”
“iya .. macam mata. Pejam celik pejam celik. Itu temponya ..”

“Camana ek. En. rashid .. Lama tak masa ia berkelip tu atau cepat?”
“Tak lama .. macam bintang. Nyala .. kerdipannya macam bintang. Cantik je. Beza dengan tadi. Tadi masa talian putus, ADSL ada  juga menyala Tapi nyalanya lama sikit .. padamnyapun lama sikit.  (nak tergelak pula aku .. bila aku cuba mudahkan ayat tapi rasa macam tunggang langgang je ayat aku. Tersebut bintangle ..  kerdipanle .. aku dengar operator itupun nak tergelak juga)



“Begini en. rashid .. cuba en. rashid tekan start .. tekan Control Panel .. tekan network Connection .. kat sana ada tulis enable ke atau uplugged?”
“erm okey.. Takde tulis apa-apapun...”

“Camana ek.. kat sini saya tengok internet en. rashid dahpun ada connection .. dah 3 minit dah ..”
“Jap .. saya cuba buka internet.”
“okey en. rashid  cuba buka ..”
“a’ahh dah okey. Laju pula tu ..”

“En. rashid .. saya tak dapat nak buat laporan kerna internet en. rashid dah okey. Saya check .. modem okey. Semua okey .. saya check port pun okey .. tapi kalau putus-putus lagi en rashid bagi je no report  ini ya  ..  “

“Okey encik Rashid .. itu saja. Terima kasih kerna berhubungan dengan TM .. “
“Okey. Terima kasih juga.”

P/S – Aku tengok jam. Aduhai hampir 45 minit aku bercakap dengan operator TM. Dimintanya aku klik sana klik sini. Nasib baik yang bercakap tu suaranya lembut dan mesra je. Aku agak-agak operator perempuan itu sekitar umur 20-an gitu. Lembut je aku dengarnya. Kalaulah begitu nada suaranya. Kalaulah begitu layanannya … bercakap 3 jam pun takper. hehe.


12 comments:

Afida Anuar said...

AMboiii cikgu rashid.. lamanya bersembang macam orang bercinta pulak yer...kehkhekeh

Wawa_Nadwa said...

hamboi..
saja je cikgu ckp lama2 dgn operator tuh.

hehehehhehe!

ahmad humairi said...

kalau bergayut tiga jam....marah oang umah!

mardhia yusof said...

hehehe..
gelenya dehh..;p

nak jugak kerdipan bintang tuh.
;)




p/s:tak kawen lagi ke??

Rashid said...

Afida anuar
haha!! mesra alam katakan .. orang berbudi kita berbahasa .. kan fida kan ..

Rashid said...

wawa nadwa
Wawa .. takde. Operator tu yang nak cakap lama ngan saya .. nak buat camana kan .. hehe

Rashid said...

ahmad humairi
… ahmad humairi .. jangan sampai dibaling ngan kulit durian dah ..

Rashid said...

mardhia yusof
Mar .. mana ada gelenya .. operator tu kata nak tolong saya sampai boleh online .. tu sebab lama sikit tuuu .. langkah demi langkah ..


;)



naper mar. Nak tolong cari ke .. lariksss!!

HonEyBuNNy said...

salam cikgu, amboi2..tersipu2 la operator TM tu kalau baca blog cikgu yer...hehehe

mardhia yusof said...

biar betik tak kawen2 lagi..
issssk. da umur brp neh?
ada cousin saya tak kawen lagi tau..
doktor anis..nak kenal x?
heeee.
mana tau jodoh kan. ;)

Rashid said...

Honeybunny
hah! kalau dia baca .. adoii.. tak dapat nak bayangkan saya ila.

Rashid said...

Mardhia yusof

ishh mar ni .. senyum saya ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search