Ada orang tanya, seronokke menjadi seorang guru? Apa yang seronoknya asyik duk mengajar je? Hari-hari masuk kelas. Rutin. Tak mencabar …
Nah! sedikit perkongsian …
Bagi aku, menjadi seorang guru boleh berikan kedua-dua perasaan. Perasaan seronok dan perasaan tak seronok. Suka dan boring. Ia terpulang kepada seseorang guru untuk melihat dan merasainya. Secara peribadinya, pada aku kerja sebagai seorang guru ini memang seronok. Seronok kerana seorang guru berdepan dengan manusia yang bakal menjadi ‘apa-apa’ pada suatu hari nanti. Dalam kelas, memang guru mengajar. Hari-hari mengajar. Cuma dalam kelas, seorang guru jangan hanya mengajar saja tapi perlu juga mendidik. Tegur tingkahlakunya. Ajar sifat baiknya. Latih cara dan gayanya serta etika sosialnya.
Jangan biarkan perasaan rutin dalam diri seorang guru. Untuk seronok, pastikan dalam kelas kaitkan pengajaran dengan dunia semasa. Kaitkan dengan kehidupan. Terlalu banyak kisah dan ceritanya. Suka duka. Manis dan pahitnya. Menjadi guru jangan biarkan diri sepanjang masa berada di dalam kelas. Libatkan diri dengan aktiviti di luar kelas. Bersukanlah dengannya. Berkhemahlah dengannya. Bawa melawat dan melancong. Bawa masyarakat dan alam dengannya.
Baru-baru ini terlibat dengan program perkhemahan pelajar. Macam biasa .. aku dilantik sebagai penyelaras program lagi. Seronoknya bab-bab menyelaras program ini. Rasa tak nak bersara. hehe.
Pelajar tingkatan 6 .. anda semua urusetia cikgu yang terbaik
uiss pelajar ni .. tu baru je sikit bagi ilmu ular ..
Tengok jejaka bertopi tuu .. sentiasa cool je ..
Bagi aku, apa yang penting seorang guru jangan melihat keletihan dan keboringan bila bersama dan berdepan dengan pelajar. Jangan jadikan ia kaku dan lesu. Terpenjara sepanjang masa. Jangan jadikan diri bak seorang warden penjara yang terpenjara.
Percayalah .. ia akan seronok apabila hati seorang guru gembira bila bersama pelajar. Kita serius dengannya. Kita marah dengannya. Kita bergurau dengannya. Kita tersenyum dengannya. Kita gelak ketawa dengannya.