Followers

10 May 2011

Cuba teka milik siapakah basikal ini?

Cuba teka milik siapakah basikal di bawah ini? Siapa dapat teka saya belanja makan pizza ..  selepas makan pizza saya belanja makan kat KFC pula .. selepas itu makan kat restoran ... makan ..  makan lagi .. makan lagi ..  kemudian belanja shopping .. hehe



?????????????

??????????????????


Saya confirm tak ada siapapun yang dapat menekanya dengan tepat!! kan kan ..

Oleh kerana tak ada siapa dapat beri jawapan yang tepat, untuk tiada siapapun membuang masa mencari jawapannya .. biarlah saya bagi jawapannya.

Basikal ini milik seorang tawkeh Cina merangkap Tuan punya Hotel Seaview Hotel - kat tepi pantai Kuala Terengganu. Saya terserempaknya semasa beliau menaiki dan meletakkan basikalnya di hadapan hotelnya ..



Tentu ramai tak percayakan seorang pemilik hotel naik basikal dengan kain lusuh dan plastic bergantungan kat pemegang dan raga basikal. Tapi inilah realitinya bagi sesetengah tawkey cina. Mereka masih kekal stail begitu ..

Saya terlintas terfikir .. bagaimana pula dengan usahawan Melayu ya? Bagaimanakah agaknya stail mereka ..

12 comments:

Encik Amman said...

sesetengah melayu.. baru untung sikit. dh berangan nak angkat bmw. dah untung banyak. beli bmw lepas tu bisnes lingkup. sesetengah ok.. hehe.. tu yg ku pernah dengar hee

abglan said...

wah... low profile abis

makdara TERdiva said...

ala..baru nak teka tadi.. :)

dah lama tak jengok cikgu rashid kat sini..semoga cikgu sihat sokmo

cik aisha said...

kalau melayu....kete besar, pakai smart2..duwet pun bnyk la abeh..:)
tgk apek pg bank pakai selekeh je,tpi duwet riban2,juta dlm bank...

zati embong said...

eh?serius?

jat kdg2 kalau kat ganu nmpak cina2 kayuh beskal rasa kesian je.mcm diorg hidu susah je.

jap g,tauke rupenya.

mardhia yusof said...

laaa..ye ke..
tak tau pun tauke dia sapa.
isssk.
rindunye ganu..

kalo org cina mmg low profile even kaya mana pun.
sgt sgt humble..

Rashid said...

Encik Amman
yup! saya pun ada juga perhati kes kes begini. Memang banyak juga .. itulah kita kena ‘cool’ dalam melayari dunia bisnes ..

Rashid said...

abglan
hehe .. itu belum tengok tawkeh pakai baju pagoda .. berseluar pendek .. berselipar jepun

Rashid said...

makdara Terdiva
hah! tipuuuuuuu ..
alhamdulillah . saya sihat MDT .. moga MDT pun sama je..

Rashid said...

cik aisha
a’ahh .. takper. biar papa asal bergayo .. hehe
Biar nampak selekeh tapi duit penuh kocek ..

Rashid said...

zati embong
itulah. Diorang ni ada stail tersendiri jat .. mata tentu tertipu ..

wanda arry said...

melayu ni kdg2 suka mnunjuk2 wpun xbnyk isi dlm poket..biar papa asal bergaya katanya..tp chinese biar selekeh asl poket bnyk...so xleh judge owg dri luaran je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search