Followers

23 May 2011

Mencari calon yang sesuai tapi tak jumpa ..

Hari ini, terpapar di dada akhbar ..

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memandang serius isu semasa lagi terkini di mana berlakunya trend melewat-lewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi. 

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr Anjli Doshi Gandhi berkata fenomena itu boleh membawa implikasi kepada institusi perkahwinan. Data terkini menunjukkan 30 peratus wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin. Kebanyakannya memberi alasan bahawa mereka tidak ada calon yang sesuai.


Tidak ada calon yang sesuai? ermm .. jap nak fikir jap ..

Persoalan berikut timbul dalam fikiran aku .. 

1.      Benarkah  faktor tak ada  calon yang sesuai menyebabkan ramai wanita tidak berkahwin?
2.      Mungkinkah mereka terlalu memilih pasangan? Tak nak yang berpendidikan rendah daripada mereka?
3.      Mungkinkah wujudnya perasaan gementar .. risau dalam membuat keputusan untuk berkahwin?
4.      Sebenarnya orang lelaki sekarang tak gentleman. Ramai yang takut nak masuk meminang?
5.      Wanita kini mementingkan kerjaya. Orang lelaki bukanlah keutamaan mereka?
6.      Orang lelaki kini tak boleh diharap. Ramai yang tidak bertanggungjawab.
7.      Tak nak berkahwin .. kerana masih belum puas hidup single.
8.      Isu semasa melalui media menunjukkan ramai kaum wanita menjadi mangsa kedurjanaan lelaki. Ini menyebabkan wanita takut berkahwin.
9.      Terlalu sibuk bekerja hingga tak ada masa nak cari pasangan?
10.  Nak cari pasangan yang smart dan macho seiras John Abraham, Hritik Rosham, Bae Yong-joon, Kim Bum, Joo Ji Hoon, Brad Pitt .. tapi masih belum jumpa?
11.  Takut ..  takut terjumpa lelaki asid?
12.  ermm apa lagi ya?

25 comments:

eMMe said...

dah jumpe...Alhamdulillah...tapi kalo masih lom temu jodoh, mmg suke yg wajah sedap memandang...cam dlm gambar atas tu, hehehhee....

cik aisha said...

bkn melewat2kan tp ada je aralnye nak buek camno...setiap org ada alasan tersendiri..ala senang cite tak sampai seru lagi..boleh ke jwb cam2.haha

NaniE said...

mm..salah tu.
sebetulnya, kalau boleh nak cari yang sekufu, supaya taktimbul soal susah nak hormat. sekufu disini adalah bermaksud;
1.usia yang sama atau lebih tua,
2.pendidikan yang sama atau lebih tinggi supaya tone bercakap tidaklah terlalu jauh jurangnya.
3.kebanyakkan yang sama usia atau lebih tua, semuanya sudah berumahtangga. jadi, sebab tu timbul masih bujang sebab yang ada disekeliling sekarang adalah yang single dan muda..

Afida Anuar said...

Cikgu Rashid, Fida termasuk dalam data 30 peratus tu .. errr..;)

pasai apa? pasai belum bertemu jodoh. Dah ramai dah yang di pasang...tp yang dipasangkan tu bukan jodoh, pasai tu tak kawin lagi. Okebai! he he

Adinda Amy Sensei said...

assalamualaikum cikgu!!

Naddia said...

no 6!! lelaki skrg cam hampeh. tahu hampeh?? im not saying all..but im surely know most of 'em truly are!!

wanda arry said...

bnyk faktor sebenarnya..kdf2 bukan xjumpa calon yg sesuai//cuma xde chemistry ke

zati embong said...

hem hem terasanya.tahulah sy da 25,x kahwin lagi.sobsob.

Ain Zulaikha said...

ain nak cari yang macam aaron aziz.. hahahha pape pun perempuan tak leh memilih sangat. sorang nak cari yang kaya, sorang lagi nak cari yang hemsem.. kalau camtu mmg andartu lah

Liquid said...

sbb... kaum lelaki makin pupus kot uhu.

mardhia yusof said...

xleh nak komen kat entry ke?
hmmmph. rasanya bleh je.


ni da kawen blom?
cepat2 kawen kalo belom kawen!
hahaha

Marzalina said...

a'ah la..memang tak ada calon yg sesuai...dah jumpa yg sesuai tapi....takde jodoh pulak dengan dia tu :(

kalaulah kuasa meminang kat tangan perempuan? tentu dah ramai anak2 dara pergi meminang lelaki kan? hahaha :p

Rashid said...

eMMe
Cam gambar atas tuu? haha!! rasanya ramai akan kempunan dulu le nak jumpa

Rashid said...

cik aisha
a’ahh kan. Dah puas usaha. Cari sana sini .. jeling sana sini .. senyum sana sini. Tapi kalau belum sampai serunya tu tak de le jadinya..

Nampaknya tiap-tiap pagi kena seru ..

Rashid said...

Nanie
Sekufu .. owhhh .. situ rupanya.

Nanie. Ada orang tu lain pula. Ada yang nak ada jarak sikit .. 10 tahun gitu. Lelaki 30 tahun perempuan 20 tahun. Kalau laki 40 tahun .. pompuan biar 25-30 tahun gitu. hehe ..

Rashid said...

Afida Anuar
hah! iyakeeeeeeeee .. (cg rashid buat cam lupa-lupa pula ..)
Fida, saya faham dan cuba memahami situasi .. kalau bukan jodoh bawale shah rukh khan ke amir khan ke .. tak jadi punya..
Tapi kalau dah jodoh .. ehemm ehemmmm …

Rashid said...

Adinda Amy Sensei
waalaikumussalam .. adinda amy.. moga segalanya baik-baik k ..

Rashid said...

Naddia
ermm .. marah nampak. Dengar suara naddia tuu cam pernah terluka je ..
Apapun rasanya masih ada yang berhati mulia, berjiwa penyayang .. kan kan naddia ..
Saya pernah dengar .. seorang melukai akan hadir berpuluh orang untuk mengubati ..

Rashid said...

wanda arry
Wanda .. memang susahkan nak cari yang betul-betul sesuai ..
Takper. Usaha lagi . lagi dan lagi .. Sesungguhnya kalau kita usaha .. pasti jodoh sedang mengintai manja. Kalau tak ada usaha? aduhai ..

Rashid said...

zati embong
pssttttt .. zati muda lagi tuu ..

Rashid said...

Ain Zulaikha
wah .. tentu tersentap aaron aziz .. hehe
jodoh .. ketentuanNya.
Ain, semua orang ada citarasa tersendiri .. Ada yang nak cari yang berlesung pipit, mata bundar.. ada nak cari orang laki tu mesti ada misai cam Datuk K .. ada nak cari bulu kening lebat bertaut.. hehe

Rashid said...

Liquid
lelaki memang semakin kurang .. ramai yang ke penjara .. ahakss .

Rashid said...

Mardhia yusof
Yup! kelmarin ada masalah line .. sekarang dah okey Mar ..

dushh dushhhhhhhhhhh … nakal ek ..

Rashid said...

Marzalina
ermmmm .. Intan .. tersenyum saya ..
Intan apa kata kita ubah .. pompuan yang berkenan kat seseorang tu terus bagitau mak ayah untuk pergi pinang org lelaki tu .. tak salah .. ;)

HonEyBuNNy said...

salam cikgu...

ila belum jumpa lagi putera idaman ila..hehe...

number 6 tu setuju sesangat..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search