Followers

26 May 2011

Orang yang kita sayang berpimpinan tangan dengan orang lain

Bagaimana ya kalau tengok orang yang kita sayang berpimpinan tangan dengan orang lain? Kalau orang lain itu perempuan, orang itu semacam je manja dan gediksnya. comel pula tu. Kalau orang itu lelaki, nampak gagah perkasa dan smart je.


Tentu saja perasaan menjadi resah. Tak menentu. Marah mungkin. Rasa kecewa yang teramat. Kalau yang panas baran, rasanya terus dihampirinya. Dimarah, ditengking, dipukul mungkin. Kalau orang itu perempuan, tentunya terus ditarik-tarik rambut (itu kalau diorang free hair). Atau dicabutnya selipar .. (sila bayangkan apa akan berlaku seterusnya)

Jika anda seorang perempuan ..

Bolehkah anda cool .. rileks je?. Rileks seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku. Atau anda terus putuskan hubungan yang terjalin. Atau anda terus cari pasangan yang baru. Maklumlah anda bukan tak glamor. Saja je anda tak mau glamour. Hakikatnya anda miliki rupa paras yang cantik. Seiras Kajol atau seiras Preity Zinta mungkin. Sekali petik jari terus berebut-rebut si jejaka macho mengangkat tangan. Berlari-lari mendekati anda.

Jika anda seorang lelaki ..

Anda juga tak berasa kisah. Anda tak kisah kerana anda tau anda juga seorang jejaka yang macho. Segak macam Aaron Aziz. Sekali petik jari, ramai anak gadis hysteria. Lompat-lompat memanggil nama anda ..

Atau anda terus balik rumah. Menangis sepuas mungkin ...

17 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

kalau situasi mcm ni berlaku.. just tegur & bagi salam jer.. tak payah bgtau status anda dgn si dia di depan skandal baru dia tu. Tujuan utk buat si pencurang tu tahu dia dah kantoi. Untuk tindakkan selanjutnya.. terpulang pd penilaian masing2..

Aweyn said...

ouch thats hurt :(

HonEyBuNNy said...

hurm....

no momen la cikgu.....sedih juga kalau terjadi depan mata...

kalau ila..redha ja lah..malas nak fikir2 hal macam neh....tak nak terlalu kecewa kerana cinta...hehe

Afida Anuar said...

hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.....

husnu zann..mungkin itu adik kandung yang dia baru jumpa ke...err boleh ke lagu tu cikgu? kekekekke

wanda arry said...

kalau jadik macam tu ek..wanda col dri jauh la kot..xpun g depan diowng n senyum..muahah..pastu alek bru marah2 :P

Pocket said...

err, tanya dulu kot bro,
then kalau benar bagai dikata..
baru la kita nangis .

Rumah Kuning said...

kumbang bukan sekor, bunga bukan sekuntum. ceewah.... padahal meraung tak ingat dunia. hehehe

Anis izyan Abd Rahman said...

alaa tanye la dulu sape yg die pggang tgn tuh . kalau aweks baru die , tggu ape lagi , takkan nak tggu kowt

Rashid said...

The lekat lekit story
ermm .. bagus tu. Cool je kan. Buat apa na gaduh gaduh .. orang kata dunia masih belum nak kiamat? Cuma hubungan je tunggu nak meletus ..

Rashid said...

Aweyn
Andaian yang berkemungkinan boleh berlaku kan aweyn ..

Rashid said...

Honeybunny
Ila perkara ini kalau boleh kita tak nak ia berlaku .. Cuma andaian je ..
Sebenarnya susah jugakan kalau ia betul-betul berlaku. Kita tak tau tindakan kita .. ia mungkin akan berlaku secara spontan ..

Rashid said...

Afida Anuar
hah! adik kandung? hehe .. gediks gediks .. manja-manja semacam jer tu fida ..
Tapi kalau nak sedapkan hati boleh je fikir gitu ..

Rashid said...

wanda arry
wandaaa .. huhuuu .. wat selamba je. Ukir senyuman yg paling manis sekali kat depan dia .. bagus tuu ..

Rashid said...

Pocket
Pocket nangis? hah!!! tak gentleman le nangis .. tembak je!! (wah ganasnya!!)

Rashid said...

Rumah kuning
hehe .. taupun. Hakikatnya memang sukar nak gambarkan .. kan cikgu ..

Rashid said...

Anis izyan
ermm .. cam tu le. Jangan biarkan diri tak bermaya. Nangis je manjang ..

mardhia yusof said...

hmmmm..
memang la terasa ditipu.
sakit. geram. bengang.
tapi kena tunjuk kuat.
jangan ikutkan emosional.
jadilah seorg yg rasional.
kumbang bukan seekor.
hahaha.
xde la..maybe..dia bukan jodoh kita atau...
besenya Allah SWT akan menemukan kita dengan org yg salah sebelum menemukan kita dgn org yg betul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search