Followers

08 June 2011

Bakal isteri batalkan niat berkahwin di saat akhir

Sukar aku nak gambarkan situasi apabila tindakan bakal isteri yang membatalkan niat untuk berkahwin hanya 6 jam sebelum majlis ijab kabul akan dilangsungkan. Sedangkan gubahan barangan hantaran telahpun siap disediakan. Malah para tetamu juga sudahpun hadir dan memenuhi bahagian ruang makan di bawah khemah terhias cantik.

Majlis menelan belanja lebih RM30,000.00 dengan kehadiran hampir 2,000 orang tetamu …


Pagi sebelum kejadian, bakal isteri bersama keluarganya telah datang ke rumah pengantin lelaki dengan membawa khabar bahawa pihak perempuan mahu batalkan perkahwinan. Alasannya ialah tidak ada persefahaman!! Pasangan sudahpun setahun bertunang hasil aturan keluarga kedua-dua belah pihak.

 “Saya tidak menjangkakan perkara itu dan jika betul tidak mahukan saya kenapa beliau bersama-sama saya menempah, membeli serta menyiapkan persiapan perkahwinan kami sejak dua bulan yang lalu” kata bakal pengantin lelaki.

Ekoran kecewa dan rasa maruah yang sudah tercalar, bakal pengantin lelaki telah membuat laporan polis. “Saya juga berbincang dengan peguam untuk mengemukakan saman malu dan ganti rugi RM500,000.00  terhadap gadis itu”.

Aduhai ..  

Mengapakah sampai begitu sekali jadinya? Ikatan hubungan yang sepatutnya berakhir dengan baik tapi sebaliknya pula berlaku.

Aku tertanya-tanya, sepanjang tempoh pertunangan berlangsung, apakah yang telah berlaku pada gadis itu (atau mungkinkah pada lelaki itu?) yang telah buatkan keputusan itu diambil? Apakah dalam tempoh pertunangan itu,  perasaan cinta itu tidak pernah hadir dalam diri? Ia kabur dan terus kabur… nak tak nak .. jap suka jap tak suka .. jap sayang jap benci .. atau kerana gadis itu telah jatuh cinta dengan orang lain? Apapun keputusan yang diambil itu bagi aku .. ada pro kontranya. Ia soal kehidupan yang perlu dilalui. Keputusan untuk hidup bersama perlu datang dari hati yang ikhlas ..

31 comments:

Encik Suami said...

Bab hati dan perasaan mmg tak boleh dipaksa2.Tapi yg saya peliknye..nape dh nak nikah..baru nak putuskan.
kan ker elok putuskan 3 or 4 bln sebelum majlis.Nie tak..persiapan sume dah buat. nak batal tetibe plak.

alang2 nie..nak tanye la..abg umur brp? status? dah kawen ker?

jemput terjah new entry (>.<) Misi Mencari Limau Purut Jantan (>.<)

Mama AA's said...

pengajarannya bebelanja ala kadar jgn bazir2... kan dah rugi byk tu :)

Fifi Rahmat said...

macam-macam dunia.

Mawar Berduri said...

bakal isteri cuba selamatkan diri atau cuba membinasakan diri dari perkahwinan yang dia batalkan itu..

mardhia yusof said...

isssh..
takutnya saya..
haiih..cuak pulak.
hmmph..
mcm mana tiba2 dia bleh berubah fikiran??
kalau saya la kan, dah penat2 buat persiapan..tetiba nak batalkan,..memang tak masuk akal..kecuali ada sebab munasabah.
maybe pengantin pompuan tu tak ready lagi...
wallahualam.

zati embong said...

itulah psal.baca paper td.kena dgr apa penjelasan dr gadis 2 plaklah jawabnya.

aliadijamina said...

"Cold Feet" bak kata orang puteh. Semua pengantin akan rasa macam tu, antara nak teruskan atau tidak. Asyik dok tertanya betulkah keputusan yang dibuat, takut keliru semua ada.

Liquid said...

haih tulah skrg pn dh bnyak kes2 camni macam musim lak uhu

Encik Amman said...

di mana ya silap nya disitu. mungkin bagi wanita tersebut, dia tak mahu nak berkahwin untuk mengelakkan sesuatu yang lebih buruk terjadi.. tapi.. tu lah.. mungkin dia patut beritahu lebih awal.. sebelum perbelanjaan kahwin di buat..kan dah membazir di situ. malu lah bagi dua2 pihak. Pasti lah pihak lelaki tidak berdiam diri.. waduh.. saman pula.

Afida Anuar said...

Allahuakbar, pasti ada sebab tu cikgu, kenapa pihak perempuan membatalkan. Cuma...dinasihatkan sebelum nak menerima seorang lelaki tu dalam hidup, istikharah sungguh2... mintak petunjuk dengan Tuhan, moga pilihan kita itu tidak salah..

peringatan tuk diri sndiri jugak..kadang2 fikir pasal ni takutt sangat...

d_LA said...

kesian..dah tetap tarikh elok2 dah, last min x jd mmg memalukan keluarga la kan..

Ain Zulaikha said...

tak faham betul lah orang sekarang, ni , kalau ain nak batalkan perkahwinan tak pe lah ain muda lagi tak sedia lagi hahaha..

haaaaa kalau dia dapat 500k tu, meh pinang ain pulak hahahhahha gurauu

Rashid said...

En suami
Orang kata bila hampir ngan saat nikah .. pelbagai perasaan akan hadir .. kalau tak kuat iman kecamuk was was dibuatnya. Tambahan lagi kalau hati dan perasaan selama ini ‘tak berapa yakin’ akan hubungan ..

Rashid said...

Mama AA’s
yup! sampai puluh-puluh ribu .. kan jadi gitu pula siap nak saman le…

Rashid said...

Fifi Rahmat
Fifi dunia makin kebingungan melihat manusia yang semakin-makin jadi peningnya.. hehe

Rashid said...

Mawar Berduri
ermm .. agaknya gitula mawar. Mungkin ada sesuatu yang berlaku … hanya pompuan tu je yang tau ..

Rashid said...

mardhia yusof
hah! jgn takut le mar .. jgn difikirin .. Kan mar dah dekat sangat dahh tuuu nak layari ..

saya rasa pompuan tu selama inipun ‘hanya ikut kemahuan orang tua je’.. soal hati .. dia cuba terima tapi hakikatnya .. masih belum dapat terima ..

Rashid said...

zati embong
Hanya gadis itu je tau citer sebenar di sebalik semua ini ..

Rashid said...

aliadijamina
Iya alia .. itulah keadaannya yang berlaku. Bukan senang kan nak nikah .. ia soal kehidupan bersama selama-lamanya. Baik buruk kena cuba terima. Kalau tak dpt terima reject je..

Rashid said...

Liquid
Harap musim begini akan berakhir ..

Rashid said...

encik amman
en amman sayapun rasa begitu …
Tapi masalahnya saat akhir .. kan kacau jadinya ..

Rashid said...

Afida Anuar
fida .. sudah tentu ada sebabnya. Mungkin dirinya .. mungkin bakal suaminya itu ..

pssttt jgn takut .. orang baik-baik akan dapat yang baik-baik ..

Rashid said...

d LA
Memang besar malunya ituu .. sukar nak gambarkan .. ops!! ayatnya ..

Rashid said...

Ain Zulaikha
hahhaa!! a’ahh le .. ain boleh batalkan bila-bila masa je .. muda remaja lagi kan.
500K? .. jap jap nak tgk buku bank .. hehe. Adale..

nyanyisunyi said...

Salam Cikgu Rashid...lama dah kak ida tk singgah sini...

dalam hal ini kena dgr apa kata dua belah pihak..mungkin disaat2 akhir perempuan tersebut mengetahui sesuatu rahsia berkenaan bakal suami beliau jadi terpaksa buat keputusan drastik begitu...pasti ada sebab mengapa keputusan dibuat dgn mendadak...tp apa pun pihak perempuan tetap bersalah kerana mengambil tindakan yg akan memalukan pihak lelaki..sepatutnya tempuh setahun bertunang memberi peluang mereka berbincang dn kenal mengenali antara satu sama lain..

mudah2an perkara ini jadi pengajaran buat sesiapa sj yg mahu melangsungkan perkahwinan.

cik aletheea : said...

alhamdulillah,
diorang nie jadi pun berkahwin...
tapi menakutkan je ape yg jadk kat diorang nie... ish..ish..

Ada Dalina said...

huhu..baca kes ni terimbau kenangan dulu..bila mana sy menangis2 x mahu balik ke kg utk cuti perkahwinan...!!! Mungkin hati & jiwa blm ikhlas sepenuhnya kot time tu....

tp, apapon majlis itu selamat & sy abaikan segala perasaan yg berkecamuk demi memenuhi impian arwah nenek sy...alhamdulillah, sy kini telah beroleh 2org chayamata... :)

kdg, menda yg kita teragak2 utk lakukan boleh m'dtgkan sesuatu yg isimewa juga buat kita lebih2 lagi bila sesuatu yg istimewa itu tidak semua org dpt miliknya...!

Allah maha mengetahui apa yg DIA aturkan!!! Segalanya pasti ade hikmah buat kita dan juga org lain...

(panjang lak komen sy kali ni..kui3)

Rashid said...

nyanyisunyi
betul tu kak ida. Sukar kita nak tafsirkan kisah benar di sebalik kes ini. Apapun moga jadi renungan .. jodoh maut itu semuanya ketentuanNya. Merancang hebat bagaimanapun jika ia berlaku tanpa keinginan kita sedangkan itu ketentuanNya ia tetap akan berlaku jua ..

Rashid said...

cik alethueea
ohya ke diorang jadi kawen cik aletheea.. saya terlepas ikuti kisahnya ..
Jika benar syukurlah. Masjid terbina indah akhirnya..

Rashid said...

Ada Dalina
hmm hmm .. bagus pengalaman ada dalina ..
Itulah kisah benarnya. Perasaan bercampur baur antara keputusan iya atau tak.
Apapun demi membina ikatan yang suci dan sah .. ia diredhaiNya ..

Suka .. “Allah maha mengetahui apa yg DIA aturkan!!! Segalanya pasti ade hikmah buat kita dan juga org lain...”

bro@stokisonline said...

kita hanya merancang tp tuhan yg menentukan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search