Followers

27 June 2011

BERSIH, Polis dan Pakcik Tukang Sapu Sampah

Sana-sini orang sibuk bercerita tentang BERSIH .. 

Mereka yang ambil tau kisah negara tak akan lepas pandang dengan isu ini. Isu di mana Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dijangka akan mengadakan Perhimpunan Bersih di ibu kota pada 9 Julai nanti.



Aku sekadar amati dan baca kisah Bersih ..

Ramai yang tak sokong tapi ramai juga yang sokong. Ada pro ada kontra. Sebenarnya aku tak kisah sangat dengan mereka yang sokong dan tak sokong. Itu hak masing-masing. Tak salah segi Perlembagaan. Ia jelas.

Cuma aku lihat makin hampir dengan harijadi 9 Julai, makin banyak pula kisahnya.  Macam-macam kisah muncul. Terkini keluar kisah Polis berjaya rampas beberapa helai baju-T berwarna merah yang dikatakan mempunyai cetakan gambar pemimpin fahaman komunis iaitu Abdullah C.D., Rashid Maidin, Chin Peng dan Suriani Abdullah.  Kata polis, terdapat  usaha cuba mewujudkan semula fahaman komunis menerusi Perhimpunan Bersih yang dirancang diadakan nanti.

Terkeluar juga kisah Polis merampas 15 naskhah akhbar Sosialis berbahasa Tamil, 10 naskhah akhbar Sosialis berbahasa Melayu, 15 bendera logo Parti Sosialis Malaysia (PSM), 600 helai risalah tertera Perhimpunan Bersih 2.0 dalam bahasa Melayu dan 1,500 helai risalah PSM dalam bahasa Melayu.

Kisah komunis? Ini yang aku benci dengar!! Tiba-tiba je ..

Rumusannya senang je. Perhimpunan Bersih adalah HARAM di sisi polis! Perhimpunan Bersih tak ada permit. Polis tak keluarkan permit. Dan rasanya tak akan keluarkan permit. Sesiapa yang hadir akan ditangkap! Sesiapa yang pakai baju kuning Bersih akan ditangkap! Sesiapa yang ada disekitar juga kemungkinan akan ditangkap! Jangan-jangan pakcik yang sedang membersihkan sampah yang kebetulan ada di sanapun akan ditangkap juga! so pakcik jangan pakai baju warna kuning okey!

Sana-sini mula keluar sms ugutan bunuh!

Pembangkang dah main peranan!
Perkasa nak dan akan main peranan!
Pemuda UMNO juga akan main peranan!
SUHAKAM juga!
Polis akan lebih main peranan nanti!

Aku hanya berdoa moga segalanya tenang! Kalau perhimpunan diadakan biarlah ia bersih dari sebarang kemelut dan provokasi yang boleh mengucar kacirkan negara. Kalau polis main peranan biarlah tenang juga.

Tiba-tiba ternampak cota FRU!! ia takde mata. Ia tak kenal siapa! Bila pegangnya pasti tangan akan rasa gatal-gatal je. 

14 comments:

zati embong said...

nmpk sgt jat da kurang dgr berita skrg..

pd jat kalau sape2 pn nk berkmpul,biar ikut cara yg betul.

Afida Anuar said...

Cikgu rashid, saya percaya niat diaorang nak berhimpun secara aman..nak serah memorandum kepada sultan...nak suruh pilihanraya dijalankan secara adil..kenapa ada pihak yang takut? fikir2kan;)

ahmad humairi said...

susahnya...bila pihak berkuasa tak beri kerjasama.

ismail ali said...

x pasti sama ada perlu ke tidak perhimpunan sebegini.

takut dimanipulasi pihak2 tertentu yg berkepentingan.

yg penting, perhimpunan berkaitan politik, protes mesti akan mengundang malapetaka walaupun bagi jaminan mcm mn pun.

- ismail ali

wanda arry said...

mcam2 malaysia skrg ni...

Rozita said...

agenda adal perhimpunan ini mmg BERSIH, cuma ada pihak2 tertentu yang cuba mengotorkan nya..simple je :))

mardhia yusof said...

mcm2 hal la plak..
hmmpph..
9 july ek?
adeh..
dah la majlis bertandang kat kL..
harap semua selamat nnti..

Rashid said...

zati embong
Berkumpul ngan cara yang baik tak salah kan jat .. cuma perlu waspada ngan anasir yang cuba menghuru-harakan keadaan ..

Rashid said...

Afida Anuar
ermm .. sedang fikir-fikirkan .. masih fikir .. terus fikir .. hehe

Rashid said...

ahmad humairi
Pihak itu risau keadaan nanti tak terkawal .. mungkin juga risau ngan tangan-tangan tersembunyi ..

Rashid said...

ismail ali
Perhimpunan besar-besaran memang ada risikonya. Perlu kawalan yang baik ..

Rashid said...

wanda arry
situasi Malaysia makin kian nak disamakan ngan situasi negara luar ..

Rashid said...

Rozita
hehe .. agaknya begitulah ya rozita. Moga sama-sama kita jaga Kebersihan .. agar tak ada yang mengotorkannya.

Rashid said...

mardhia yusof
Majlis bertandang hari yang sama mar .. adoii .. hati-hati masa itu. Jangan terpesong jalan dah ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search