Followers

29 June 2011

Lembut gemalai macam tu nak masuk askar?

Ada suara-suara kedengaran ..

“Biar betul Siti Nurhaliza masuk askar wataniah .. lembut gemalai macam tu nak masuk askar?”
“Alaaa siti masuk askar tu saja nak promosi .. untuk menarik lebih ramai lagi rakyat masuk askar wataniah”
“Bila masa le siti nak jalani latihan askar wataniah tu. Artis tersohor macam dia tu kan sibuk semacam je”


Aku senyum ... apapun nak ambil ruang di sini untuk ucapkan tahniah kat Datuk Siti Nurhaliza dan rakan-rakan selebriti lain yang turut serta dalam pasukan itu ialah pelakon Intan Ladyana, Shaheizy Sam, Mohd Noor Bong, pengacara Nurul Hidayah Zahid Hamidi, penerbit filem David Teo, penyanyi Aizat dan Ana Raffalir.

Rasanya tak semua orang sanggup pakai pakaian loreng tu. Bukannya selesapun. Kasar apa .. kalau tak biasa pakainya akan rasa semacam je. Gatal mungkin. Tak kena cara boleh alergic kulit .. merah-merah. Bintik-bintik ..

Makin senyum … bila dengar kata-kata Datuk Siti Nurhaliza yang dirinya tidak kisah berjemur di tengah panas dan menjalani aktiviti lasak. Dia akan memastikan dirinya sentiasa bersedia sewaktu menyertai latihan ketenteraan itu. Siti terpaksa menyelesaikan tempoh latihan asas selama 39 jam seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pertahanan sebelum pentauliahan.

 “Saya akan memakai krim pelindung cahaya matahari untuk menghalang kulit menjadi terlalu gelap. Bagaimanapun, saya rasa sudah adat warna kulit akan berubah gelap apabila selalu berjemur panas,”

hehe ..  

“Kepada Datuk Siti Nurhaliza, bila le nak datang kat kem askar di Kelantan ini. Bukan apa .. saya nak jumpa dan tabik kat Datuk Siti. Oh ya anak-anak buah saya kat kem kirim salam sayang kat Datuk Siti..“

14 comments:

diyana said...

strategi promosi....

cik aisha said...

siti...siti...pasni ramai la peminat siti join askar wataniah kot...huhuu

zati embong said...

kalau org yg aktif 2 xleh nk kata la,tp kalau x aktif 2,pksa mcmana pn xnk.mcm jat.haha

Raden said...

KENAPA SYAMSUL YUSOOF TAKDE???!!!!

Rashid said...

diyana
Mungkin satunya. Apapun ia satu usaha yang sangat baik. Patut disokong ..

Rashid said...

cik aisha
cik aisha .. baguskan usaha tu. Harap ia tak sekadar separuh jalan. Promosi jap jap ..

Rashid said...

zati embong
Betul tu zati. Saya alaminya kat kem. Ada tu jap je jengah kem. Kemudian menghilang .. tapi ada juga yang aktif. Sampai sekrang masih aktif join.

Rashid said...

Raden
haH!!!! syamsul yusoof? Dia manale nak join askar ni naddia. Dia tu kan 'GANGSTER' ..

eeeeeee asyik ingat kat dia je ni ..

ain fathihah said...

haha seronok la komander siti nanti. nak garang2 pun jadi segan

HonEyBuNNy said...

alahai...


comeiiinya kak siti...hehe

mardhia yusof said...

“Saya akan memakai krim pelindung cahaya matahari untuk menghalang kulit menjadi terlalu gelap. Bagaimanapun, saya rasa sudah adat warna kulit akan berubah gelap apabila selalu berjemur panas,”

adehh..
buat lawak laaa..
hehehe..
normal la utk kulit org asia..

Rashid said...

ain fathihah
a’ahh le. Tentu Komander asyik senyum je .. Kalau sayapun segan nak bagi command kat siti .. tentu asyik duk perhati siti je .. hehe

Rashid said...

Honeybunny
yup! comel kan ila. Ada gaya ..

Rashid said...

mardhia yusof
Mar .. itulah yang saya gelak tu. Siap nak pakai krim .. tapi saya tetap tabik kat siti. Diakan artis tersohor. Kena jaga semua itu. Apapun Siti memang hebat kerana sedia dan sanggup join sekali ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search