Followers

13 June 2011

Pesanan untuk wanita yang sedang bercinta

Saya melihat orang perempuan menjadi rosak dengan mudahnya sewaktu bercinta kerana mereka terlalu menyintai.

Menurut kajian dan pemerhatian saya, apabila perempuan menyintai dia akan benar-benar menyintai sedangkan tatkala lelaki bercinta, dia sentiasa reserved sebahagian hatinya. Entah untuk siapa? Sesetengah lelaki memang tidak memberikan walau sedikitpun daripada hatinya, tapi disambut dengan sepenuh hati oleh si perempuan.

 Setianya ..

Apabila saya berkata begini, saya tidak mengatakan kesemua lelaki. Tidak dinafikan ada lelaki yang amat jujur, ikhlas dan amanah dalam bercinta, namun barangkali jumlahnya sekitar seorang dalam seratus. (ulangsuara .. 1/100).

Wanita selalu lebih ramai yang menjadi mangsa cinta. Sebab apa? Sebab mereka terlalu menyintai. Dan biasanya cinta yang terlalu itu berkekalan hingga dia bergelar isteri. Amat jarang wanita hendak mencurangi pasangannya walaupun tak dinafikan ada juga kes-kes terpencil. Tapi lelaki yang terhakis cinta terhadap isterinya terlalu banyak.

Maka, buat sekalian kalinya, perhatikanlah pesanan saya:
“Tatkala anda sedang bercinta, cintailah dia seadanya, berbatas-batas, 50 hati dan berikanlah dia hati anda keseluruhannya, 100 peratus, tatkala anda telah bergelar isteri atau suami!”

opss!! Itu bukan kata-kata saya okey.  Ia kata-kata dan pesanan dari Dr. HM. Tuah Iskandar al-Haj. Saya memetik dari bukunya, Membina Rasa Cinta,  ms 167-168. Saya petiknya kerana terasa amat banyak kisah benarnya di sebalik kata-kata dan pesanan Dr. Tuah ini. Moga ia menjadi renungan bersama. Renungan 110% khususnya untuk rakan-rakan yang bergelar orang perempuan atau gadis atau wanita.

Seronok baca buku Dr Tuah ini .. makin seronok bila hujan turun renyai-renyai. Sejuk.


26 comments:

Mawar Berduri said...

hati wanita itu lembut sebab itulah dia mudah menjadi mangsa cinta.

firdz k said...

hurm..saya setuju..isu yang di suarakan mengusik hati saya untuk membacanya..1 dlm 100? fuhh

firdz k said...

hurm..saya setuju..isu yang di suarakan mengusik hati saya untuk membacanya..1 dlm 100? fuhh

Kiera Qaira said...

enrty yg menarik ;)

eiza in the house.. said...

Salam cikgu pekabar...sy pun suka baca buku motivasi DR TUAH tu..:)

Afida Anuar said...

kalau tak bercinta lagi senang kan cikgu rashid? tak payah nak bagi 50% ke..berapa ke... kawin terus baru bagi 100%..

macam mana pulak la nak ukur 50% hati tu.. he he. Org perempuan tak pandai. pandai 100% je...hik~

makdara TERdiva said...

betul apa ckp cikgu tu..
melalui pengalaman sendiri..menyintai dia sepenuh hati tapi akhirnya dikhianati..sob..sob..

Ada Dalina said...

bila kita penah menyintai lebih dr apa pon, dan bila pula kita penah kecewa kerana mencintainya itu sehinggakan tiada lg rasa cinta di hati.....

huhu.....biarkan cinta itu pergi!

*ntah apa2 kan sy ni cikgu...hehehe*

mardhia yusof said...

nice book!
nnti kena cari neh.
;)


apa lagi buku motivasi yg best2?

rumah kuning said...

perlu diingat juga, walaupun sebanyak mana perasaan cinta dan kasih kita pada pasangan, kita tak tahu setakat mana jodoh kita dgnnya.Jadi, mesti usaha dan tawakkal. keluar tajuk ke? hehehe

Raden said...

owh..tidak bg sy..kesian tahu bf sy??

bro@stokisonline said...

yg penting ialah kenala jg diri...tak blh serah segala2nya hanya atas nama cinta...tp ramai juga yg lalai...well3

Rashid said...

Mawar berduri
Kelembutan yang mudah tersentuh terusik ..

Rashid said...

firdz k
1/100 .. pandangan dr .. so hati-hati k firdz ..

Rashid said...

kiera qaira
terima kasih kiera .. sekadar renungan bersama

Rashid said...

eiza in the house
saya baik eiza .. bestkan bukunya. Agak santai tapi bagus untuk renungan diri.

Rashid said...

Afida Anuar
hah! mana boleh takde cinta dalam diri fida .. kena bercinta tau.. kena ..
50% tu agaknya janganlah terlalu mencintai sehinggakan sanggup serah gadaikan segalanya.

orang perempuan hanya pandai 100% je .. wah!! itu yg saya tabik ..

Rashid said...

makdara TERdiva
ermm .. jangan tangisi dia lagi k makdara terdiva .. buang jauh-jauh..

Rashid said...

Ada Dalina
Tiada lagi rasa cinta di hati?
Masa bercinta hidup terasa amat bahagia .. bila ia pergi rasa dunia dah hilang warna serinya?
Ada, cinta itu terlalu indah sebenarnya. Ia perlu dimiliki ..

Rashid said...

mardhia yusof
Banyak buku motivasi tempatan yang best best mar .. karya Dr. Tuah .. Dr Fadzilah kamsah .. satu lagi cuba baca buku Abdul Jalil Ali.. Kopi O tanpa gula, Teh Tarik, Asam garam gula dan kopi .. best!! ringan dan santai tapi penuh sindiran ke atas orang lelaki dan pompuan .. asyik senyum saya bacanya.

Rashid said...

rumah kuning
yup! ajal jodoh ketentuanNya. Kita bertemu jodoh .. tak nak berpisah kerna dah cinta 100% tapi ..

Rashid said...

Raden
haha!! kasihankan ..

Rashid said...

bro
Manusia .. memang mudah lupakan ..

tucintiut said...

it's a fact kerna perempuan secara umumnya lebih setia jika dibandingkan lelaki...tp bukan semua lelaki x setia....dan bukan semua perempuan itu setia...terpulang pd individu jugak kan....ini pendapat sy...

zati embong said...

tp hakikatnya skrg,bl da cinta 100%.kalau 50% kang ada 50% utk org lain plak.hihi

cik aletheea : said...

alhamdulillah,
buat renungan ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search