Followers

01 June 2011

Salih Yaacob kahwin 4 Owwhh!!

“Debaran yang saya rasakan ketika akad lafaz nikah kali ini amat luar biasa. Tapi, Alhamdulillah semua berjalan lancar  .. “ kata pelakon dan penyampai radio, Salih Yaacob, semalam.


Salih diijabkabulkan dengan Samihah Sheikh Ali, 25, atau mesra dengan panggilan Emi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, di sini, pada kira-kira jam 3.40 petang semalam, sekali gus melengkapkan kuota empat isteri yang dibenarkan ajaran Islam.


Wah!! tabik spring kat Abg Salih Yaacob. Tak semua yang mau. Tak semua yang mampu. Tak semua yang dapat terima hakikat itu semua.

Ada yang setia hanya pada yang satu. Tak terlintaspun nak tambah 2 apatah lagi 3 .. 4 ..  

Ada yang masih mencari-cari. Bukannya nak ramai. Nak ‘satu je’ tapi tak jumpa-jumpa juga. Apakan daya. Usaha dah ada tapi jodoh je belum ada. Ada-ada saja.

Kata Abg Salih Yaacob lagi …

“Saya akan berkongsi kegembiraan dengan berbulan madu di China tidak lama lagi dan lebih menarik, keempat-empat isteri dan semua anak akan menyertai rombongan.."

Terus terang aku masih tertanya-tanya tentang kehebatan Salih Yaacob..  dan masih tertanya-tanya apa agaknya pandangan kaum hawa bila baca kisah abg Salih Yaacob ini. Senyumkah mereka? Terdiamkah mereka? Marahkah mereka? Menyampahkah mereka? atau jauh di dalam hati .. "Tak salah. Janji mampu .. ",  "Dah jodoh .. terima aje le", "Kalau dah cinta, nak buat camana. Kena terima semua tu. Nombor empat .. empatlah."

Atau mungkin ada kata, "kalau nombor 2 tu okey lagi .. ini nombor 4. adoii .."


22 comments:

Encik Amman said...

dasat betul abang sallih hehehe... kalau dah berkenan.. terpikir juge.. isteri2 dia semua relakan yek? terbaik la.. haha..

Afida Anuar said...

Dah jodoh kan cikgu rashid... ni cikgu rashid ada plan nk pi kutip ilmu dengan SY dak? tanya dia tips2? he he

Liyana Zahim said...

Jdoh die kot.. Lau die mmpu takpelah tp sy ase gelis2 juger.. Hahahahaha..

Cikgu Nurin said...

Hmmm...nasib masing-,asing kut...tapi Salleh lagi hero,kalau dia berkahwin dengan janda ramai anak, yg susah kehidupannya dan yg memerlukan pembelaan...

Ini perkahwinan kelima Salleh sebenarnya...( isteri baru dia bgtau dalam utube...)

eMMe said...

dpt bini muda...bestnyew..kalo bahagia begini sampai cukup kuota 4!, heeeee~

aliadijamina said...

Aiikkk..., teringin keee???

Naddia said...

sonok la die honeymoon dgn 4 isteri...

Naddia said...

sonok la die honeymoon sekali 4 org

Rashid said...

Encik Amman
a’ahh .. semua isteri dia bagi lampu hijau .. siap tolong-menolong lagi tu…

Rashid said...

Afida Anuar
hah!!! mana ada mana ada .. (bila le nak pi jumpa ngan abg salih ni..) hehe ..
Fida, mandaiii je ..

Rashid said...

Liyana Zahim
owhhh gelis gelis ek .. gelak je saya ..

Rashid said...

Cikgu nurin
Itulah cikgu nurin.. memang hero dia kan ..

Rashid said...

eMMe
besstttttt ke eMMe? cam tau tau jeeee ..

Rashid said...

aliadijamina
uisss aikkk .. aikkkk … tak hingin tak hinginnn .. aikk ..

Rashid said...

Naddia
Naddia.. sukar le nak gambarkan honeymoon dgn 4 isteri sekaligus .. tentu pening-pening dibuatnya.

zati embong said...

dia berkemampuan nk bg nafkah zahir pada isteri2 dia.hihi

Sarah Khan said...

salam ;)

wife dia yang ke-4 ni sangat sweet. bertuah betul! hehe

Rashid said...

zati embong
Iya sayapun fikir begitu juga zati. Faktanya.. mampu bagi nafkah zahir dan batin ..

Rashid said...

Sarah khan
a'ahh sarah. Memang manis. Kacukan arab ..

mardhia yusof said...

erk..
jodoh la kan..
isteri ke-4 tuh baya sayaaaaa..
ahaha.
pasnih cikgu pun jadi cam dia gak ke?
;p

Rashid said...

Mardhia yusof
Mar bila jodoh datang pada diri abg salih tak tertolaknya. Rasanya pada sesiapapun ..

saya? eeeeeeeeeee mar ni ..

Tahirah said...

Seriously..
hhmmm kalau dia adil..
its okey rasenye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search