Kelmarin masuk dan sewa hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu.
Pagi – bersarapan kat hotel. Dalam duk asyik makan tu terpandang seorang pemuda Cina. Duduknya betul-betul di hadapan meja aku. Pemuda Cina tu juga tengah makan. Aku perhatikan dirinya. Rasa macam pernah tengok dirinya sebelum ini. Bila difikir-fikir baru aku ingat. Pemuda Cina itu pernah aku tengoknya tahun lepas di hotel yang sama. Juga semasa bersarapan pagi.
Ini gambar hiasan je.. tak sampai hati nak snap
Aku perhatikan dirinya. Pemuda cina itu sedang bercakap seorang diri. Seolah-olah ada seseorang di depannya. Sekali-sekala pemuda cina itu senyum. Senyum dan ketawa seorang diri. Matanya juga asyik merenung kat ‘seseorang’ di depannya. Seseorang yang mungkin ada dan hadir di matanya tapi hakikatnya tiada di mata orang yang normal. Matanya dan gayanya penuh sopan sekali. Agak romantis.
Aku cuba perhatikan kat telinganya. Mana tau ada ‘earphone’. Namun tidak ada ‘earphone’ pun.
Aku semakin ingin tau. Di depan aku itu seorang pemuda Cina yang agak ‘istimewa’.
Terdetik hati ..
1. Mungkinkah pemuda Cina itu telah kehilangan seseorang yang dicintainya. Seseorang yang dicintai itu seolah-olah masih ada dan bersarapan bersamanya.
2. Jika benar telahan aku .. betul-betul aku tak sangka masih ada kasih dan cinta setia sepertinya lagi pada hari ini. Cinta yang tiada akhirnya.
3. Pemuda Cina itu seorang yang berkerjaya kerana bersarapan kat hotel. Mungkinkah pemuda Cina itu anak taukeh hotel tersebut? Mana taukan ..
Kemudian aku lihat pemuda Cina itu beredar menuju ke pintu masuk utama hotel. Merenung ‘seseorang’ di sebalik pintu cermin hotel. Pemuda Cina itu masih kelihatan bercakap seorang diri. Kemudian senyum ... Ketawa lagi. Senyum dan ketawa lagi .. senyum dan ketawa seorang diri.
Kepada teman-teman semua, Selamat menyambut bulan ramadhan, selamat berpuasa dan selamat beramal. Moga kita semua beroleh keberkatan ..