Followers

09 July 2011

BERSIH 2.0, Anwar Ibrahim cedera & A. Samad Said keletihan

Aku sedang ikuti kisah negara. Kisah terkini lagi semasa .. kisah BERSIH 2.0 ..

Beberapa laman web menjadi pilihan untuk aku ikuti kisah ini. Buka satu laman web. Baca kemudian refresh .. refresh lagi. Buka satu laman web lain .. refresh lagi ..  buka laman web lain lagi. Refresh lagi ..  begitulah untuk aku ikuti kisah BERSIH 2.0 ini.

Polis dan FRU mula bertindak!! Tembakan meriam air dan gas pemedih mata.

Susah tentunya aku sedang perhatikan siapakah pemimpin yang ditangkap. 

12.40 tengahari: Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub dilaporkan ditahan di KL Sentral. Kedua mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang.

12.50 tengahari:  Polis menahan pergerakan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah di KL Sentral. Turut bersamanya,ahli MPP, Latheefah Koya.

1.05 tengahari: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali ditahan dan dibawa ke Pulapol, Jalan Semarak.

1.05 tengahari: Menurut catatan twitter Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Khalid Jaafar, beliau ditangkap dan berada dalam trak polis bersama 17 yang lain.

2.38 petang: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar dilaporkan cedera di KL Sentral. Manakala pengawal peribadi beliau dikasari dan turut dipukul. Anwar kini dikatakan kembali semula ke Hotel Hilton.

2.50 petang: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyatakan Datuk Seri Anwar cedera dan berdarah di kepala, lutut.

2.55 petang: Pengerusi Bersih 2.0, S. Ambiga dan anak DS Anwar, Nurul Izzah dan Nurul Hana ditangkap polis.

2.57 petang: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua ditangkap dan kini berada dalam trak polis.


2.57 petang: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ditangkap ketika sedang membersihkan matanya ketika gas pemedih mata dilepaskan, di sebuah pondok yang terletak kira-kira 100 meter dari benteng FRU.

3.05 petang: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut ditangkap polis di Pasar Seni.

3.36 petang: Ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan Ngeh Koo Ham, turut ditangkap polis.

3.40 petang: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawal peribadinya yang cedera dihantar ke Pantai Medical Centre.

4.00 petang: Istana Negara - Delegasi BERSIH 2.0 seramai kira-kira 20 orang yang diketuai oleh A Samad Said dihalang oleh polis kira-kira 200 meter dari pintu pagar istana.

Rundingan dengan pihak polis gagal dan kumpulan itu bersetuju untuk bersurai. Bagaimanapun, Samad berkata beliau perlu berehat dan kumpulan itu meninggalkan beliau di situ.


4.01pm: Facebook PDRM - Antara pemimpin teratas yang ditahan ialah:
Mahfuz Omar - KL Sentral
Salahuddin Ayub - KL Sentral
Mohamad Sabu - Jalan Mahameru
Fauziah Salleh - KL Sentral
Tian Chua - KL Sentral
S Ambiga - KL Sentral
Datuk Seri Abdul Hadi Awang - KL Sentral
Azeez Rahim - Jalan Bukit Bintang

4.10 petang: Pas memberi tempoh 24 jam supaya polis membebaskan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau himpunan kedua dilakukan. Jawatankuasa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad, berkata, jika Hadi tidak dibebas, sejuta ahli Pas akan berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Apakah kesudahan kisah BERSIH 2.0 ini? Apakah juga kesudahan pemimpin-peminpin utama yang ditangkap polis ini? Berjayakah rombongan BERSIH 2.0 ini untuk berarak menuju ke Stadium Merdeka seterusnya menyerahkan memorandum kepada YDPA? Adakah sekatan polis akhirnya berjaya dilepasi oleh mereka? Bersediakan pihak polis untuk membiarkan rombongan ini membolosi segala sekatan yang diadakan?

Apa yang pasti saluran tv dunia dan wartawan mereka sedang memerhati kisah BERSIH 2.0 ini.

Apa yang aku pasti juga, pihak Angkatan Tentera Malaysia turut sedang memerhati kisah BERSIH 2.0 ini.

Moga segalanya berakhir dengan baik …

14 comments:

BHAIHAQI COOL said...

Hemmm , mcm2 , bru nk g bercuti kt KL .. :)

Sufy said...

pihak polis sndiri yg bt huru hara..shit betul la...

Afida Anuar said...

Cikgu rashid, ada nampak saya dak dalam gambar tu? he he;)

Anonymous said...

Bersih sedang mengotorkan nama Malaysia yang dibina selama berpuluh-puluh tahun

ahmad humairi said...

Alhamdulillah,

Keadaan terkawal walau berlaku kekecohan..

Ada Dalina said...

mereka menyusahkan byk pihak termasuk rakyat!

mereka juga manusia yg x reti nak bersyukur dgn keamanan yg negara ini miliki!

mereka adalah muka2 hipokrit yg kononya ingin menegakkan kebenaran atas nama keadilan!

dan mereka lah sebenarnya pengkhianat negara & bangsa sendiri.........

(my personal opinion! bkn juga pro kerajaan)

nurayunni said...

lamenye x singgah blog nie...perhimpunan BERSIH,xbrani nak komen ape2..

Rashid said...

Bhaihaqi cool
Itulah cool .. cam cam kan ..

Rashid said...

sufy
hah!! marah semacam je sufy .. hehe

Rashid said...

Afida Anuar
a’ahh le. yang duk senyum tu ke fida ..
Adake senyum senyum jeling jelling kat FRU .. sempat lagi ek ..

Rashid said...

anonymous
Iyake? Satu pandangan tersendiri ..

Rashid said...

ahmad humairi
Itulah hendak dan doanya ..

Rashid said...

Ada Dalina
hmm hmm .. Satu pendapat yang tersendiri ..

Rashid said...

nurayunni
Naper tak berani komen? ada mata-mata sedang mengintai ek.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search