Followers

04 July 2011

Bila ibu diugut bunuh dan dicurah asid

Tiga empat hari yang lalu, terbaca berita anak bergaduh dengan bapanya di sebuah kedai makan berhampiran Mahkamah Syariah. Pada mula baca tu ingatkan kes yang berulang. Anak itu mungkin seorang penagih. Dengan kata lainnya, faktor kesalahan anak.

Tapi bila dibaca seterusnya. Rasa tersentuh pula hati.
“Anak hanya melindungi saya,” kata si ibu.

Aku agak tersentuh dengan kes. Rupanya si bapa yang menjadi faktornya. Si bapa (bekas suami) dikatakan sering mengugut si ibu. Si ibu pernah diugut bunuh dan dicurah asid di hadapan anak-anak. Kata si ibu, sikap penyayang seorang bapa sudah lama pupus kerana sering memanggil anak dengan panggilan celaka.

Menurut si ibu, suaminya bersetuju untuk segerakan proses perceraian tapi seringkali menafikannya apabila berada di Mahkamah.


Maafkan aku ..

Maaf, jika kisah ini benar, si bapa itu sebetulnya seorang yang amat tidak bertanggungjawab. Maaf, si bapa itu selayaknya diperlakukan sebegitu oleh si anak. Maaf, si bapa itu perlu disedarkan dan diberi sedikit ‘ubat’ untuk bersikap sebagai seorang bapa sekaligus sebagai seorang suami. Maaf, aku sekali-kali tidak menyalahkan si anak walaupun kelakuan itu jika dipandang umum agak melampau. Melampau dan bersikap kurang ajar. Maaf, kerana aku berpendirian sebegitu. Maaf, seandainya pendirian aku ini juga agak melampau dan sama dengan pendirian si anak dalam kes ini.

Maaf, jika kisah ini benar, jika aku berada di tempat si anak rasanya aku juga akan bertindak sedemikian. Maaf, aku betul-betul tidak dapat menerima hakikat si suami sebegitu yang enggan melepaskan isterinya secara baik. Maaf, si suami yang sanggup mengugut dan  ‘mendera’ isteri sebegitu jelas terserlah seorang suami yang tidak layak bergelar suami apatah lagi menjadi seorang bapa!!!    Maaf, suami itu mungkin seorang yang lebih teruk daripada …

12 comments:

Afida Anuar said...

Cikgu rashid, apa nak jadi dengan ayah2 orang ni eh? panggil anak dengan panggilan macam tu... walaupun seburuk mana pun ayah tu,dia tetap ayah..tapi.... Allah...kalau saya kat tempat anak tu, tatau la macam mana cikgu..

rumah kuning said...

Jgn lupa....apa pun keadaannya, kita tidak boleh mendurhaka kpd ibubapa.

zati embong said...

ini kes yg hari 2 eh?

speechless.

susah utk kita faham mcmana perasaan dia.

HonEyBuNNy said...

dah xlayak di panggil suami kan cikgu kalau macam tu nya perangai...

mardhia yusof said...

alhmdlh..semua da selamat..
heee.

ermmm..apa jadi sebenarnya ni?anak dia gadoh dgn bapak sebab nak protect ibu dia?
isssk2..
yg terang2 salah, bapa tu laa..
xsepatutnya layan family camtu..
maybe bapak dia tuh tak sehat mental..
hmmm..kesiannya wife dia..

Zinnirah Humaira said...

saya rasa semua anak akan merasakan perkara yg sama sprti yang kamu rasa :D
jadi tidak perlu rasa bersalah, ianya adalah perasaan yang perlu ada apabila mengetahui sesuatu sperti itu berlaku :)

mmbalas kunjungan anda..

Rashid said...

Afida Anuar
Betul tu afida. Ayah tetap ayah .. maafkan saya ..

Rashid said...

rumah kuning
ermm .. maafkan saya ..

Saya pernah berdepan dengan suami seorang kawan juga berpangkat ayah … tapi perangainya memang buatkan saya marah sangat ..

Rashid said...

zati embong
Rasanya amat berat bahu dia menanggungnya .. dia hanya seorang wanita .. 'digantung' oleh suaminya begitu saja.. kejam amat.

Rashid said...

Honeybunny
Yup! moga suaminya insaf dan sedar ..

Rashid said...

Mardhia yusof
ermmm .. syukurlah jika semuanya dah selamat .. ;)

Mar .. maafkan saya ..
Hasil amatan saya, makin ramai juga suami juga ayah yang nampak okey dan sihat namun hatinya ‘sakit’. Bergelumang ngan maksiat dan dosa. Umur makin menjangkau tapi hati masih mati ..

Rashid said...

Zinnirah Humaira
hmm hmmm .. saya agak tersentuh. Seakan-akan turut sama merasainya ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search