Followers

12 July 2011

Cikgu pakai le Honda Civic ke .. Toyota Camry ke ..



Masa pulang sekolah – berjalan menuju ke garaj parking kereta. Disapa oleh seorang pelajar perempuan. Aisah ..

Pelajar: Cikgu .. bila lagi nak pakai kereta besar cikgu? Guru kanan lain saya tengok semua pakai kereta besar-besar cikgu.

Rashid: Kereta besar? buat apa pakai kereta besar-besar. Kereta cikgu masih okey lagi tu. Masih kuat dan gagah perkasa. Handsome apa ..

Pelajar: hehe. Cikgu .. Cikgu pakaile Honda Civic ke .. Toyota camry ke ..  Mercedez macam cikgu Sani ituke .. CRV macam cikgu … Vios macam cikgu …

Rashid: alaaa cikgu kan simple je. Bersyukur mana yang ada. Cuba tengok ..  kan masih ramai lagi yang duk berjalan kaki ..  yang duk pakai motorsikal anak kecik duk tersepit di tengah-tengah.

Pelajar: Cikgu ni. Cikgu bukannya tak ada duit. Saja je cikgu ni.

Rashid: (aku senyum) Apa ..  ingat kereta tu harga dua tiga puluh ringgit ke. Senang je nak tukar-tukar.

-------------------

Semasa makan di kantin.

Cikgu Faisur: Syid .. macamana dengan projek rumah kedai?

Rashid: InsyaAllah. Kalau tak ada aral melintang. Dah jumpa arkitek .. buat pelan.  

Cikgu Faisur: Demo okey syid. PTK dah 2 kali 4-4. Gaji naik. Kebun getah pun ada. Boleh cover ..

Rashid: alaa sikit-sikit je Sur. Tuhan bagi rezeki ..

Cikgu Faisur: Kalau kawe jadi demo kawe beli Vios macam guru kanan Cikgu Asiah tu .. sebab demo kategori mampu ..

Rashid: hehe ..

Cikgu Faisur: Tapi kawe tau demo tak macam tu. Demo ni suka beli tanah .. kebun ..

Rashid: Entahlah Sur. Jiwa kawe gitu kot. Jiwa sentimental ..

Cikgu Faisur: Tapi cara demo .. perancangan demo bagus syid. Asyik beli tanah .. kebun getah. Sekarang ni nak buat rumah kedai pula.

Aku hanya senyum ..

19 comments:

IMANSHAH said...

pakai keta mewah bukan import bukan sekadar menunjuk, tetapi untuk keselamatan ulang alik jauh

HonEyBuNNy said...

cikgu macam mama ila la...

contoh macam kereta la..mama n abah tak kan beli sbb masih boleh pakai n xdak buat masalah..orang lain asyik tukar2 kereta ja..hehe

Afida Anuar said...

Hurmm....betul gak cikgu, kereta ni liabiliti...orang kata rugi kalau beli kereta. Baik beli rumah/tanah...

tapi kan, banding dengan toyota camry, fida suka honda civic/crv lagi, kehekehkeh..

PS: cikgu, kalau beli kereta baru, jangan lupa ajak naik tau;)

wanda arry said...

beli CRV pun oke gak..klu xnk pkai..hntr sini..sy tlg pkai :P

ahmad humairi said...

senyum ada makna...

EZAN IDMA said...

baik beli tanah kan :P

zati embong said...

bagus 2 melabur pd hartanah.untung nnt.kalau beli kereta,kejap2 je harga da trun.

Rashid said...

Imanshah
a’ahh demi keselamatan kan .. hehe

Rashid said...

Honeybunny
Ila itulah kan. Saya tengok cikgu-cikgu baru semua beli kereta besar-besar .. bergaya tau .. tapi selalu juga mengadu masalah duit.. aduhai ..

Rashid said...

Afida Anuar
Afida.. bagi sesetengah orang diorang tak berapa nampak itu semua. Yang penting bergaya dengan kereta mewah .. rumah tolak tepi.. rela menyewa ...

Saya berjiwa sentimental .. gara-gara duk dengar lagu hindi kot. haha!!

Rashid said...

wanda arry
hhehe. mandaii je wanda ni ..

Rashid said...

ahmad humairi
Saya memang begitu ahmad .. suka senyum bila berbicara ngan kawan-kawan..

psstt saya rasa ahmad dapat fahaminya ..

Rashid said...

Ezan Idma
hmm hmm .. yup ezan! Nilainya sentiasa naik ..
Ada satu tanah lot umah beli tahun lepas dengan harga 26 ribu je , tahun ini dah naik 45 ribu ..
itulah nilainya ..

Rashid said...

zati embong
wah! seronok dengar nasihat zati .. makin senyum saya ..

rumah kuning said...

Kereta mewah nak. utk keselesaan.tanah tk berapa minat sbb takde anak ramai. Cukup je mana yg dah ada.hehehe pada saya le.

Ada Dalina said...

waahh....alhamdulillah..murahnyaa rezki cikgu

mardhia yusof said...

bagus2..
mcm bapak sy la cikgu ni..
kalau cikgu nak tau..
ayah sy beli kereta proton saga model lama yang zaman 1985 dulu tuh..sampai skrg pakai lagi..
sentimental sgt orgnya..
katanya, ckup apa yg ada.
kaya duit tak menjamin kebahagiaan.
anak cemerlang dan berjaya itu lah 'kekayaan' yg sebenar. nak nangis sy dgr ayah sy ckp mcm tuh..

bpak pesan, kena start planning dari skrg..
money maanagement dan lain2..
utk masa depan. ;)




p/s:baru balek dari honeymoon..apa citer terbaru??minat heliza ek? ;)

Rashid said...

Ada Dalina

Rezeki ada padaNya. Kita hanya ikhtiar dan merancang untuk dapatnya. kan Ada Dalina ..

Rashid said...

mardhia yusof
wah model lama tu. Tentu penuh nostalgia. Nak tukar dengan mercedez pun tak nak ..

Itulah mar. Nasihat seorang ayah penuh makna. Pandangannya sangat jauh ..
betul tu mar perancangan masa depan mesti ada ..

owhhh baru balik rupanya (sebenarnya dah agak.. hehe)

yup! saya minat cara gila-gila heliza .. sempoi je tapi simple. seadanya ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search