Followers

08 July 2011

Dr. Mahathir berkongsi rahsia kejayaan dalam perniagaan


Berpengalaman selama 22 tahun mentadbir negara, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bukan mudah untuk memastikan kejayaan sesuatu perniagaan.

Berikut rahsia kejayaannya mengurus kedai roti premium, The Loaf.

“Antara kunci utama untuk berjaya dalam bidang perniagaan, pemimpin (bos) sesebuah syarikat perlu lebih kerap keluar dari bilik mereka yang berhawa dingin. Mereka perlu selalu keluar meninjau keadaan tempat kerja serta menjamin kualiti produk yang dihasilkan oleh pekerja  sentiasa terjaga”

“Apabila pekerja melihat kehadiran bos mereka di tempat kerja, mereka akan lebih teliti dalam menghasilkan sesuatu produk”

Dr. Mahathir juga menasihati individu yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan supaya menyediakan wang melebihi jumlah modal yang diperlukan. Ini kerana individu itu perlu berbelanja untuk perniagaan dari semasa ke semasa.

“Jika modal perniagaan itu berjumlah RM1 juta, ini bermakna anda perlu menyediakan wang sebanyak RM3 juta”

“Ahli perniagaan yang mendapat pembiayaan daripada bank juga perlu menguruskan kewangan mereka dengan baik dan memastikan hutang tersebut dapat dibayar balik”.



Aku amat tertarik dengan rahsia  kejayaan Tun Dr. Mahathir.

Rahsianya boleh diikuti. Modal perniagaannya agak sukar. hehe. Beliaukan bekas Perdana Menteri. Modalnya juta-juta ..

Tapi itulah hakikatnya petua kejayaan dalam perniagaan. Tiba-tiba aku teringat akan seorang kawan yang baru berniaga beberapa tahun yang lalu. Peringkat awalnya, perniagaannya berjalan baik. Ini kerana beliau selalu berada di dalam kedainya. Menjual bersama 3 orang pekerjanya. Kebanyakan pekerjanya adalah ahli saudaranya juga. Semasa beliau di kedai, perniagaannya okey je. Untung yang agak lumayan. Beribu-ribu sebulan. 

Kemudian kekerapan beliau ke kedai semakin kurang. Beliau sering pulang ke rumah mengurus anak-anak. Beliau telah beri amanah kepada anak sepupunya untuk menjaga kedai dan mengurus bahagian kaunter bayaran.

Bulan berganti bulan. Tiga tahun kemudian, mula dirasai keuntungannya agak menurun.

Bila diselidiki ..  akhirnya kedapatan. Anak sepupunya mula memakai kereta baru. Rahsia terbongkar jua ..

4 comments:

Afida Anuar said...

Hurmmm..saya punya pandangan berbeza dari Tun la cikgu...

bagi saya, seseorang manusia itu hendaklah dididik hatinya untuk takut kepada Allah, berbanding bos. Bila kita takut kepada Allah, automatik kita akan buat kerja secara jujur even sewaktu ketiadaan bos. Tapi bila kita cuma takutkan bos, tak takutkan Allah, tu yang jadi kes tak jujur, buat kerja sambil lewa, makan gaji buta dan sebagainya.. Allahualam...

tp ramai manusia sekarang, takutkan bos dari takutkan Allah kan cikgu?eerrr..

Raden said...

sy penah salam tgn die. die senyum. die speaking hape ntah. sy tak faham. sy skola rendah lg. sy rase ketinggalan. skrg sy da ade degree in english lang studies. thanks DR.M.

i love you! we all do!!

Rashid said...

Afida Anuar
Betul juga tu fida. Bila kita malu dengan Allah segala kerja buat kita akan ikhlas .. kalau tak asyik curi masa je. curi segala-galanya ..

Setuju akan hakikatnya ramai takutkan bos ..

Rashid said...

Raden
Yup! Dr. M seorang pemimpin hebat. Visinya ..
Secara peribadinya saya juga hormati visinya. Walaupun kadang tu ada kontroversi tersendiri ..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search