Followers

28 August 2011

Jangan terlalu percaya dan bergantung harap kepada suami

"Pengalaman yang sudah saya lalui mematangkan saya. Usahlah meletak seribu harapan dalam sesebuah perkahwinan kerana perjalanan menempuh alam rumah tangga itu sangat mencabar. Sebagai wanita, janganlah terlalu memberi 100 peratus kepercayaan atau terlalu bergantung harap kepada suami," kata Abby Abadi, 34 bekas isteri kepada Norman Hakim. 35.


Aku cuba renungi kata-kata si abby.

“Jangan terlalu memberi 100 peratus kepercayaan atau terlalu bergantung harap kepada suami.”

Ini soal kehidupan berumah-tangga  ..

Bagi aku, soal kepercayaan itu rasanya berbeza dengan kesetiaan. Seorang isteri dituntut untuk setia pada suami tapi rasanya tidak dituntut untuk mempercayai 100% pada suami. Boleh sikit-sikit mencurigainya demi kebaikan rumah tangga. Tapi janganlah sampai menjadi tahap cemburu yang melampau pula. kot suami nak pergi masjidpun disoal berpuluh-puluh kali. Kasihan si suami.

Kalau soal jangan terlalu bergantung harap kepada suami ..  rasanya aku juga bersetuju dengan nasihat abby ini. Ini kerana soal jodoh ajal itu tak siapa yang dapat menduga dan menjangkanya. Bahtera yang belayar tenang yang dikemudi oleh nakhoda hebatpun tak dapat nak menduga akan air ombak dan gelombang yang menanti. Walau nampak tenang airnya tapi kadang tu boleh juga bertukar menjadi ombak ganas ..   dan akhirnya bahtera yang dilayari musnah segalanya.

Maksud aku .. seorang isteri juga kena bersedia dari segi psikologi, kekuatan mental dan ekonomi. Bukannya apa .. andai kata bahteranya tiba-tiba musnah dipukul ombak yang tak terduga, ada lagi tempat untuknya berpaut mencari kekuatan … tak hanya bersedih duka meratapi akan kehilangan dan kemusnahan …

p/s - Dah dah .. jangan marah kat memey lagi ..  moga abby terus kuat dan tabah ..

25 August 2011

Awas!! Perogol bersiri di rumah anda

 sekadar hiasan

Baca berita terkini.

Seorang lelaki menjadi buruan polis Kelantan. Lelaki tersebut dikategorikan amat berbahaya kerana dipercayai telah merogol seramai 19 gadis selain terlibat dalam beberapa kes cubaan merogol di negeri Kelantan.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, siasatan mendapati, lelaki tersebut sering kali menjadikan pelajar dan pekerja yang tinggal di asrama sebagai mangsanya. Perogol bersiri itu dianggarkan berusia 20 hingga 30 tahun.

“Kes terbaru di Tanah Merah, perogol telah memecah masuk asrama, dan mengikat tangan  mangsa dan mengugut dengan pisau sebelum merogol mangsa.”

“Kebanyakan kes rogol berlaku di rumah yang tidak berkunci dan pada tingkat atas bangunan asrama.”

Gambar perogol bersiri yang masih bebas

Bila diamati, nampaknya kes rogol ini semakin menjadi-jadi. Tak ada sudahnya. Manusia gila bernafsu binatang ganas ini nampaknya semakin berani. Diintainya pelajar dan pekerja yang tinggal di asrama. Nampaknya asrama juga sudah tidak selamat untuk didiami. Ingatkan asrama yang biasanya ada pengawal terjagalah soal keselamatan penghuninya. Ini tidak. Ia kini menjadi tempat dan sasaran utama penjenayah perogol bersiri mencari mangsa!

Melihat situasi ini, perlunya sikap kewaspadaan pada diri. Baik mereka yang tinggal di rumah atau asrama. Semua perlu jaga diri. Perlu ada sikap mencurigai orang dan persekitaran terutama apabila tinggal seorang diri. Kalau boleh usah bersendirian, carilah teman yang boleh dipercayai untuk menemani terutama pada waktu malam. Pastikan pintu bilik atau rumah sentiasa berkunci. Jangan berikan ruang dan peluang kepada penjenayah perogol bersiri ini.

Satu lagi, jangan fikir kerana ada pengawal di pondok maka selamatlah diri. Ini kerana penjenayah ini sebenarnya bijak. Dia ada strategi licik tersendiri. Dan yang tak sedapnya ada sesetengah pengawal juga tak boleh diharapkan .. 

Renungi kajian oleh All Women's Action Society Malaysia (AWAM) yang mendapati 80 peratus perogol mengenali mangsa dan daripada jumlah ini, 70 peratus kejadian rogol berlaku di rumah mangsa sendiri.  Renung-renungkanlah ..  

20 August 2011

“Jika inginkan daku, dapatkanku di kerusi rodaku…”


Kelmarin – pergi kem tentera. 

Sempena menunggu waktu berbuka puasa, ada satu slot mendengar kisah dari seorang anak muda wakil Cakna Palestin Kelantan. Beliau telah berkesempatan pergi ke Palestin. Kisahnya begitu menarik untuk direnungi .. berkenaan keadaan rakyat dan negara Palestin.

Antara yang menarik hati .. berkenaan perjumpaannya dengan anak Syeikh Ahmad Yassin. Sebagaimana yang telah kita ketahui, Syeikh Ahmad Yassin, Bapa Intifadah Palestin telah dibunuh selepas solat Subuh dengan 3 peluru berpandu, salah satunya jatuh tepat ke atas beliau (As-Syaheed) sehingga beliau menemui syahadah bersama ramai lagi yang lain termasuk dua orang pembantu beliau yang menolak kerusi rodanya.



Bila ditanya mengapakah tentera Israel begitu takut sekali dengan Syeikh Ahmad Yassin .. anaknya sendiripun tak tau. Apa yang pastinya anaknya bercerita:

“Syeikh Ahmad Yassin seorang yang lumpuh dari leher ke bawah. Hanya bergerak menggunakan kerusi roda. Amalan rutin beliau ialah selepas solat subuh selalu akan membaca al-Quran. Saya selalu membelek al-Quran untuknya. Pernah satu ketika .. semasa membelek al-Quran .. saya tertidur. Apabila tersedar saya dapati beberapa helaian al-Quran telah terbelek beberapa helai ke hadapan. Saya hairan dan tertanya-tanya siapakah yang membeleknya? Rupa-rupanya Syeikh Ahmad Yasin terus membaca al-Quran dengan membeleknya menggunakan mulut & lidah ..”

Begitu hebatnya nilai keimanan dan ketakwaan pada dirinya ..  sehingga menakutkan Israel. Takut dan gerun hanya pada seorang yang lumpuh anggota badan ..



Pernah Syeikh Ahmad Yasin berkata: "Saya tidak takut mati syahid, bahkan saya sukakan mati syahid, ketika mereka (Israel) inginkan daku, mereka boleh mendapatkanku di kerusi rodaku, saya tidak bersembunyi."

 Al- Fatihah untuknya ..

Gambar Syeikh Ahmad Yassin yang telah mati syahid ..

15 August 2011

"Doa qunut panjang ke doa qunut pendek?"




Tadi solat terawih. Sebaik je nak solat witir, tok imam bangun dan mengingatkan jemaah akan bacaan qunut. Tiba-tiba menyahut seorang kanak-kanak dari belakang.

Kanak-kanak: “Doa qunut panjang ke doa qunut pendek?”

Aku dan jemaah memandang satu sama lain. Ada yang senyum. Ada yang menggeleng kepala..

Dalam hati aku, itulah kuatnya pengaruh cerita lawak kepada kanak-kanak.


13 August 2011

Indahnya bahasa orang tua-tua

 sekadar gambar hiasan

Malam tadi selepas solat terawih – singgah kedai makan tepi jalan. Makan som tam sama fresh oren gelas besar. Semasa makan terdengar bualan pakcik berbadan besar dengan pakcik bercermin mata.

Pakcik berbadan besar: “Mat, mana Habib sekarang?. Ke dia dah hilang di dunia ini. Lama sungguh aku tak jumpa dia.”

Pakcik bercermin mata: “Tak taulah. Akupun lama juga tak tengok dia.”

Tiba-tiba terdengar bunyi siren ambulan. Semua yang berada kat kedai berpaling melihat ambulan. Masa yang sama seorang lagi pakcik bersuara. Agak kuat.

“Tak payah tengok. Kalau siren ambulan berbunyi ada 2 perkara je akan berlaku. Sama ada bilangan rakyat Malaysia akan bertambah atau akan berkurang. Sama ada ibu duk tengah nak melahirkan anak atau ada kemalangan telah berlaku .. cedera parah. Tunggu ajal. Itu je”

Aku yang mendengarnya sekadar senyum. Betul juga kata pakcik itu. Dah biasa pada sesiapapun, bila dengar je bunyi siren ambulan pasti kepala masing-masing akan berpaling secara spontan nak tengoknya.

p/s – sebab itu aku suka mendengar dan  berbual dengan orang tua-tua orang lama-lama. Banyak bicara bahasanya yang indah-indah dan mendalam maksudnya ..

08 August 2011

Awas! usaha murtadkan orang Islam ..

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata:

“Banyak usaha dilakukan pihak tertentu untuk memurtadkan umat Islam di negara ini namun tiada tindakan diambil pihak berkuasa agama Islam termasuk pimpinan tertinggi bagi menyekat aktiviti berkenaan”

“Apabila saya dedahkan laporan Persatuan Paderi Malaysia yang mengisytiharkan lebih 230,000 umat Islam memeluk Kristian pada 2008, tiada tindakan diambil, malah kata saya itu didustakan.”

“Hakikatnya banyak (murtad), bukan sekadar masuk Kristian tapi Hindu pun ramai, saya tahu banyak usaha dibuat bukan Islam untuk mempengaruhi umat Islam, malah ada mengakui poketnya sentiasa ada RM30,000.00 hingga RM50,000 bagi mempengaruhi umat Islam memasuki agama mereka.”

Dek kesusahan hidup, wanita ini cuba dipengaruhi oleh pihak gereja 


Antara pendedahan ..

Bila baca pendedahan dan kisah yang tersiar di akhbar beberapa hari ini buatkan aku terdiam sekejap. Pendedahan Mufti Perak seramai 230,000 umat Islam telah murtad pada tahun 2008 itu sungguh memilukan hati umat Islam. Itu baru satu tahun. Ia bukannya jumlah yang sedikit. Nampaknya pendekatan yang diguna pakai oleh pihak gereja begitu hebat sekali. Ia licik, penuh strategi dan penuh terancang. Ramai umat Islam telah tersungkur, terhanyut dan terjauh dari ajaran Islam.

Simpati yang dihulur bersama bantuan kewangan, belanja persekolahan dan tempat tinggal bisa meruntun hati dan pegangan segelintir umat Islam. Tanpa iman yang kuat, tergoncang pula dengan kesusahan dan keletihan hidup yang dilalui maka terbanglah keyakinan diri dan keteguhan iman.

Iman adalah mutiara di dalam hati manusia. Jika ia tak dirawati, dibaiki dan dibasuhi selalu dengan ketakwaan maka kilauannya bisa menjadi pudar.

Moga isu ini mendapat perhatian khas umat Islam terutama pihak berkuasa agama dan pemimpin-pemimpin negara. Usah hanya duk asyik berperang politik, banyak cakap,  berebutkan kuasa untuk gemukkan perut dan penuhi nafsu saja sedangkan pihak gereja senyum bangga mendoktrinisasikan agenda dalam usaha mengkristiankan umat Islam.

06 August 2011

Bila isteri tak mau disentuh ... 18sx

Klik myMetro. Baca berita.

Kuala Lumpur: “Kita akan begini selamanya... tidur berasingan dan saya tak benarkan awak sentuh saya sampai bila-bila!”  Demikian tegas seorang isteri yang membuat ‘kejutan malam pertama’ kepada pengantin baru, sejurus melangsungkan pernikahan.


Terasa pelik dan hairan pula aku bila bacanya. Bagaimana boleh terjadi begitu? Nikah sudah tapi tak mau sentuh-sentuh .. apa kes ini?

Macam dalam filem hindi pula rasanya. Tapi kalau dalam filem hindi, memang pada mulanya ada penolakan jika si isteri itu dipaksa kahwin atau sekadar berkahwin kerana nak jaga hati ibubapanya. Kemudian lama-lama jika suaminya itu sabar dan tabah hati .. tunjukkan sifat penyayang .. selalu ceria dan gembirakan hati si isteri ..  nyanyi lagu cinta selagu dua.. macam dalam filem Dhadkan .. Akhirnya hati si isteri itu cair jua ..  kembali menjadi seorang isteri yang setia.

 Suami kena tiru cam ni kot ..

Tapi itu dalam filem .. kenyataannya? ia  tentu payah, sakit dan pedih  ..

p/s – banyak kali juga aku tengok filem dhadkan .. suka tengok kesabaran seorang suami melayan karenah isterinya yang masih ada hati dek cinta pertamanya pada orang lain .. akhirnya cinta suci kembali padanya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search