Followers

25 August 2011

Awas!! Perogol bersiri di rumah anda

 sekadar hiasan

Baca berita terkini.

Seorang lelaki menjadi buruan polis Kelantan. Lelaki tersebut dikategorikan amat berbahaya kerana dipercayai telah merogol seramai 19 gadis selain terlibat dalam beberapa kes cubaan merogol di negeri Kelantan.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, siasatan mendapati, lelaki tersebut sering kali menjadikan pelajar dan pekerja yang tinggal di asrama sebagai mangsanya. Perogol bersiri itu dianggarkan berusia 20 hingga 30 tahun.

“Kes terbaru di Tanah Merah, perogol telah memecah masuk asrama, dan mengikat tangan  mangsa dan mengugut dengan pisau sebelum merogol mangsa.”

“Kebanyakan kes rogol berlaku di rumah yang tidak berkunci dan pada tingkat atas bangunan asrama.”

Gambar perogol bersiri yang masih bebas

Bila diamati, nampaknya kes rogol ini semakin menjadi-jadi. Tak ada sudahnya. Manusia gila bernafsu binatang ganas ini nampaknya semakin berani. Diintainya pelajar dan pekerja yang tinggal di asrama. Nampaknya asrama juga sudah tidak selamat untuk didiami. Ingatkan asrama yang biasanya ada pengawal terjagalah soal keselamatan penghuninya. Ini tidak. Ia kini menjadi tempat dan sasaran utama penjenayah perogol bersiri mencari mangsa!

Melihat situasi ini, perlunya sikap kewaspadaan pada diri. Baik mereka yang tinggal di rumah atau asrama. Semua perlu jaga diri. Perlu ada sikap mencurigai orang dan persekitaran terutama apabila tinggal seorang diri. Kalau boleh usah bersendirian, carilah teman yang boleh dipercayai untuk menemani terutama pada waktu malam. Pastikan pintu bilik atau rumah sentiasa berkunci. Jangan berikan ruang dan peluang kepada penjenayah perogol bersiri ini.

Satu lagi, jangan fikir kerana ada pengawal di pondok maka selamatlah diri. Ini kerana penjenayah ini sebenarnya bijak. Dia ada strategi licik tersendiri. Dan yang tak sedapnya ada sesetengah pengawal juga tak boleh diharapkan .. 

Renungi kajian oleh All Women's Action Society Malaysia (AWAM) yang mendapati 80 peratus perogol mengenali mangsa dan daripada jumlah ini, 70 peratus kejadian rogol berlaku di rumah mangsa sendiri.  Renung-renungkanlah ..  

6 comments:

Pocket said...

kena berjaga jaga jer lah kan,
sila pandang semuanya ngan mata skeptic anda,
'nih kalau orang lompat ikut sini nih, camana?'
'nih kalau orang potong besi nih camana?'

so taruk la besi paku kat situ supaya orang tak lompat, n taruk la besi tu tebal sikit...

worst come to the worst,
sediakan senjata n belajar menggunakannya :(

zati embong said...

itulah bc berita td,cuak je.kalau area kuantan mmg cuak abes jat.

Afida Anuar said...

Nauzubillahiminzaalik..

sebab tu apa2 pun, minta Allah lindungi kita.. Jaga kita dari sebarang kecelakan atau niat jahat orang...

Rashid said...

Pocket

haha!! idea paku tu kelakar le. tak pasal pasal tn umah yang terpijak nanti..

Rashid said...

zati

Jat .. tak mustahil dah sampai sana. Jap je tuu.

Rashid said...

Afida Anuar
hmm moga dijauhi dari semua itu kan ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search