Followers

13 August 2011

Indahnya bahasa orang tua-tua

 sekadar gambar hiasan

Malam tadi selepas solat terawih – singgah kedai makan tepi jalan. Makan som tam sama fresh oren gelas besar. Semasa makan terdengar bualan pakcik berbadan besar dengan pakcik bercermin mata.

Pakcik berbadan besar: “Mat, mana Habib sekarang?. Ke dia dah hilang di dunia ini. Lama sungguh aku tak jumpa dia.”

Pakcik bercermin mata: “Tak taulah. Akupun lama juga tak tengok dia.”

Tiba-tiba terdengar bunyi siren ambulan. Semua yang berada kat kedai berpaling melihat ambulan. Masa yang sama seorang lagi pakcik bersuara. Agak kuat.

“Tak payah tengok. Kalau siren ambulan berbunyi ada 2 perkara je akan berlaku. Sama ada bilangan rakyat Malaysia akan bertambah atau akan berkurang. Sama ada ibu duk tengah nak melahirkan anak atau ada kemalangan telah berlaku .. cedera parah. Tunggu ajal. Itu je”

Aku yang mendengarnya sekadar senyum. Betul juga kata pakcik itu. Dah biasa pada sesiapapun, bila dengar je bunyi siren ambulan pasti kepala masing-masing akan berpaling secara spontan nak tengoknya.

p/s – sebab itu aku suka mendengar dan  berbual dengan orang tua-tua orang lama-lama. Banyak bicara bahasanya yang indah-indah dan mendalam maksudnya ..

11 comments:

zati embong said...

kata2 yg penuh dgn mksud yg tersirat kdg2 2.

ain fathihah said...

elok sungguh bahasa depa kan. tak macam kita yg muda2 ni

Afida Anuar said...

Jangan cikgu rashid..jangannn..

jangan duk ngn orang tua2..nanti orang cop tua..hik hik hik..

gurau2 je cikgu, jangan marah noo..bulan pose ni, kena banyak bersabar;)

Ain Zulaikha said...

hurmm betul jgk eh, sama ada bertambah atau berkurang,.... hhehe

selamat berpuasa...

mardhia yusof said...

heheh..
sy pun jakun gak bila dgr siren ambulan.
;)

mkn som tam? apa tuh?tom yam?

Rashid said...

zati embong
hehe.. memang zati. Diorang ni penuh ngan pengalaman hidup ..

Rashid said...

ain fathihah
Bahasa depa ada makna tersirat ain ..

Rashid said...

Afida Anuar
hah!! takper fida. tua tapi smart macho ..
Tak marah pun .. senyum je saya ..

Rashid said...

Ain Zulaikha
Selamat berpuasa beramal juga utk ain ..

Rashid said...

mardhia yusof
eeeeeee tak pernah makan ke? alaaa rugi le.
Som tam makanan dari buah betik .. makanan siam .. best apa mar ..
cuba le makan.

mardhia yusof said...

serius tak pnah mkn..
nnti try la mkn som tam..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search