Followers

30 September 2011

Andainya anda kemalangan dan cacat …

Terfikir sekejap bila melihat iklan kat TV – seorang pemuda Cina yang kemalangan berkata, “Selepas kemalangan, barulah kita tau siapa sebenarnya kawan kita ...”

Benar rasanya kata-kata pemuda Cina itu. Dia alami kemalangan dan cacat kakinya. Baginya, setelah kemalangan barulah dia sedar, siapa kawannya yang sebenarnya. Kawan yang sudi datang menjengahnya. Kawan yang tetap mengambil berat tentang dirinya. Kawan yang sudi luangkan sedikit masa bertanyakan khabar dirinya. Sekurang-kurangnya ada buat panggilan @ sms.

Dah tabiat manusia, sukakan sesuatu yang hanya menggembirakan hati. Suka suasana happy. Tak suka sedih-sedih. Tak suka orang yang berikan kesedihan. Apatah lagi kawan yang dah tak ada kepentingan baginya. Kawan yang tak boleh lagi diajak bersiar-siar. Kawan yang boleh berkongsi gelak tawa. Kawan yang boleh bersama ke sana-sini. Gedik sana gedik sini. Lompat sana lompat sini. Guling-guling. opss!!


Susah sebenarnya untuk menilai kawan yang sanggup bersama ketika senang dah susah. Kawan yang setia bersama seperti sebelum ini. Mesra dan mengambil berat antara satu sama lain.

Apa yang biasanya, ketika sihat dan sempurna fizikalnya apatah lagi cantik dan manis orangnya, glamour orangnya (misalnya kalau ada blog .. followerpun beribu-ribu ..) maka ramailah yang sudi berkawan. Namun ketika sakit atau mengalami kemalangan yang membawa ‘cacat’ anggota, maka segalanya tak lagi sama. Tak ada lagi suasana seperti sebelumnya.

Cuba tanya pada diri .. sejauh manakah kita punyai kawan yang akan setia bersama seandainya kita alami nasib seperti pemuda Cina itu? Adakah kawan-kawan yang selalu bersama sebelum ini akan tetap datang menjengah kita  ..   gurau-gurau .. usik-usik .. terjah-terjah .. atau mungkinkah ada kawan yang ‘dah takde mood’ nak berkawan dengan kita lagi ..

p/s – suka pejamkan mata perlahan-lahan..  rasa tenang dan damai .. 

28 September 2011

Kisah Tan Sri dan Lukisan Orang Utan

Suatu hari Tan Sri Malik mendapat jemputan melawat pameran lukisan. Oleh kerana ketika itu beliau sedang sakit mata dan penglihatannya kabur, maka Tan Sri Malik mengajak setiausaha peribadinya, Salina untuk menemaninya.

Tan Sri: Wow, cantiknya lukisan ni. Gambar ikannya benar-benar hidup!
Salina: Syhhhh … jangan cakap kuat-kuat Tan Sri. Itu gambar buaya!
Tan Sri: Oh, itu BUAYA! (Kemudian Tan Sri dibawa melihat lukisan lain)

Tan Sri: Lukisan gajah ini nampak gagah sekali. Belalainya panjang macam serunai sumbu! (Setelah dua kali ditegur kerana kerabunannya, Tan Sri cuba untuk tidak memberi komen pada lukisan lainnya sehinggalah beliau sampai ke suatu sudut).

Tan Sri: Wow!!! Amazing. Lukisan Orang Utan ni begitu halus sekali garisannya. Ia seperti hidup dan bergerak-gerak pula tu!

Kali ini Salina terus ketawa terkekeh-kekeh dan berkata:
“Tan Sri .. itu kan cermin. Hmm! yang itu .. muka Tan Sri sendiri .. bukan lukisan Orang Utan! Sendiri mau ingatlah ..!!

 sekadar hiasan

Haha!!. tergelak aku baca kisah Tan Sri dan lukisan Orang Utan ini. Bagi aku ia memang lucu. Kasihan kat Tan Sri Malik tu. Gara-gara rabun, ucapannya memakan dirinya sendiri. Itulah Tan Sri ..  kan orang tua-tua selalu bagi nasihat, “bila cakap siang pandang-pandang, bila cakap malam dengar-dengar”.

Kisah ini berlaku pada Tan Sri yang rabun. Rasanya kita yang tak rabunpun selalu juga buat penilaian yang salah. Selalu ikut pandangan mata kasar. Bukan mata hati.

Kan dah jadi kebiasaan kita selalu buat salah pada pandangan dan penilaian kali pertama. Selalu tersasar dari yang benarnya. Pengalaman aku sendiri bertemu dengan beberapa orang lelaki yang bila tengok muka ganas semacam je. Macam penjahatpun ada. (Camana ek muka macam penjahat?) Ditambah pula dengan gaya dia bercakap. Agak kasar. Tapi bila dah kenal secara dekat, rupanya lelaki itu seorang yang sangat baik. Lembut orangnya. Suka gurau dan buat lawak.

Masa belajar kat UKM misalnya, aku pernah duk perhati kat seorang pelajar perempuan di library. Dia Melayu tapi wajahnya wajah cina. Memang dia cantik. Ditambah lagi dengan gaya berpakaiannya. Ikut trend masakini orang kata. Aku duk perhatinya secara curi-curi .. tapi dia selalu tunjuk muka serius semacam je.  Macam susah didekati. Tapi bila dah kenal rupanya dia baik sangat. Agak mesra orangnya. Juga agak berani. Rupa-rupanya diapun dah lama duk perhatikan aku, juga secara curi-curi .. tapi dia malu..  kan kan kan ..

p/s – Sesiapa yang suka dan ingin berkawan dengan seseorang, jangan biarkan pandangan & penilaian anda salah. Beranikan diri. Dekatilah dirinya. Tegurlah dirinya. Sapaan anda pasti dibalasnya. Ini kerana dah jadi lumrah alam, semua orang menunggu disapa terlebih dahulu ..

27 September 2011

Apabila doktor gigi selalu tengok jam ..


Tadi sempat berbual dengan seorang anak muda. Aku baru kenalinya. Anak muda ini baru keluar dari klinik gigi swasta. Aku tengok tangan kanannya masih memegang mulut. Rupanya baru cabut gigi.  

Walau baru kali pertama jumpa, agak lancar juga dia borak dengan aku. Penuh semangat dia bercerita. Cerita tentang dirinya. Cerita tentang giginya. Cerita tentang doktor gigi. Katanya beliau suka ke klinik gigi swasta. Klinik Dr. Uma. Ini kerana Dr. Uma orang lama. Berpuluh tahun bermain dengan gigi. Siang malam dengan gigi. hehe ..


Pernah sekali dia pergi cabut gigi di hospital kerajaan. Baginya itulah kali pertama dan kali terakhir dia ke hospital apabila ada masalah gigi. Dia serik. Pengalaman dia cabut gigi .. ada seorang doktor itu suka marah-marah. Banyak merengus. Apa yang dia kecewa apabila doktor itu asyik tengok jam di tangan seolah-olah nak cepat .. jap-jap tengok jam .. jap-jap tengok jam ..  bayangkan bagaimana agaknya proses cabut gigi kalau asyik-asyik duk tengok jam je ..

Menurutnya lagi, dia serik kerana hampir 3 bulan juga gusinya berdarah setelah dibedah walaupun telah dijahit.

Aku yang mendengarnya sekadar mengangguk .. walaupun penuh persoalan akan benar atau tidaknya ceritanya itu. Tapi bila diamati cara dia bercerita mungkin ada benarnya juga. Mungkin nasibnya ketika itu.

Tapi pengalaman aku cabut gigi geraham yang terlebih tumbuh pada tahun 2002 rasanya okey pula. Doktor kerajaan  yang cabut gigi aku masa itu agak peramah walaupun nampak sibuk. Maklumlah ramai yang menunggu giliran. Aku masih ingat, prosesnya jap je. Doktor tu suruh duduk .. kemudian tak sampai 5 minit .. opsss dah siap cabut. Tak rasa sakit pun. Cuma rasa sakit sikit selepas hilang biusnya.

p/s – Tiba-tiba teringat .. aku pernah ‘cuci gigi’ di Kajang. Masa itu aku duk belajar kat UKM. Doktor yang mencuci gigi aku masa itu .. Dr. Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor. Masa tu belum jadi Menteri lagi ..  tak sangka aku ..

25 September 2011

sedap mata memandang, indah telinga mendengar

Tadi tengok jap drama bersiri kat tv, Stanza cinta .. 

Tertarik dengan satu petikan bicara pelakonnya, Aaron Aziz:
“Orang kaya yang bersedekah lebih mulia daripada orang miskin yang bertakwa ..”

Orang kaya yang bersedekah atau orang miskin yang bertakwa?. Memang bila mendengar sepintas lalu, lebih memihak kepada orang miskin yang bertakwa. Tapi bila diamati dan direnung-renungkan rupanya lebih mulia orang kaya yang bersedekah .. kerana mereka bukan setakat buat amal untuk diri tapi juga untuk orang lain. Manakala orang miskin yang bertakwa itu hanya buat amal untuk dirinya saja.

Rumusan yang diberi oleh pelakonnya, Aaron Aziz, “Nak jadi orang kaya yang bersedekah dan bertakwa ..”

wah! kan hebat kata-kata sebegitu.  Sepatutnya lebih banyak lagi kisah drama sebegini ditayangkan kat tv. Banyak pengajarannya.

Terus-terang sejak kebelakangan ini, aku lihat sudah banyak kisah drama bersiri kat tv yang tersentuh dek hati, sedap mata memandang dan indah telinga mendengar. Lihatlah juga drama tahajjud cinta, nur kasih dan kisah Norman hakim berkahwin dua tapi meninggal dunia akibat serangan jantung (lupa tajuk dramanya tapi ia best sangat)

Sejuk hati bila mendengar kata-kata dan ucapan dari pelakon-pelakonnya. Sejuk kerana ada unsur-unsur keagamaan dan dakwah di baliknya.

Bukan setakat hati, mata juga tenang je melihat wajah-wajah pelakon yang mengenakan tudung ini  .. makin terserlah keayuan ..

Ikhlas pada pandangan aku .. mereka nampak lebih matang dan tenang bila bertudung … 



20 September 2011

Maaf .. hati saya adalah bersama pelajar

“Cikgu Syid .. ada panggilan daripada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) .. minta cikgu syid hantar resume ..”

“Buat apa?” aku agak tak senang hati ..

“Dengar-dengar diorang nak lantik cikgu syid ..  kerja di PPD .. “

“Alaa saya tak mau. Saya tak berminat .. jiwa dan hati saya adalah bersama pelajar. Saya lebih suka kat sekolah. Suka berada dalam kelas bersama pelajar. Mengajar ..”

Aku agak resah sebenarnya bila menerima khabar tersebut. Sebenarnya bulan lepas lagi aku dah dengar suara-suara tersebut. Malah seorang pegawai di PPD telah maklumkan pada aku .. memang diorang inginkan aku di sana ..

Ada pro dan ada kontra dari rakan-rakan guru yang lain. Ada kata peluang nak naik pangkat lebih sikit jika berada di PPD. Ada suara gurauan dari rakan-rakan, kerja dan jawatan di PPD lebih glamor berbanding cikgu … namun ada juga yang kata peluang kenaikan pangkat agak tersekat sikit jika bekerja di PPD.

 nanti tak sempat aku main kapal terbang  ..

Bagi aku, buat masa sekarang ini aku lebih selesa berada di sekolah. Di sanalah kepuasan yang aku perolehi. Aku senang dengan budaya kerja di sekolah. Aku dah biasa dengannya. Aku senang dan selesa bersama rakan-rakan guru.  Aku senang dan gembira dengan pelajar. Aku rasa puas bila dapat mengajar bila dapat mendidik pelajar. Dengan kata lain, aku selesa dengan jawatan sekarang .. terlibat dengan bahagian pentadbiran ..

Satu lagi sebenarnya aku suka sangat dengan ‘ruangan dan masa kerja’ di sekolah. Tambahan lagi, aku kan pegawai askar di Rejimen 506. Jika aku bekerja di PPD, kemungkinan peluang aku untuk aktif sebagai pegawai askar akan terbatas dan akan tersekat ..  maklumlah kerja di PPD kan sibuk ..  sedangkan aku perlu lapor diri dan terlibat dengan aktiviti askar di Rejimen ..  di sana juga terletaknya kepuasan aku bekerja. Puas bila dapat bersama ‘anak buah’ yang berpakaian loreng  ..  yang sikit gila-gila tapi setia ..

Keputusan yang aku buat .. aku tolak!!  

Apapun terima kasih atas kepercayaan yang diberi ..

p/s – sebenarnya banyak perancangan yang sedang aku buat ..  

14 September 2011

Ketika tangan dan kaki berbicara


Masa berlalu. Hari berlalu .. 
Begitu pantas sekali saat-saat dan detik-detik masa itu berlalu. Tak terasa olehnya.

Aku dengari lagu ini berulangkali..  cuba merenungi diri ..


Akan Datang Hari
Mulut Dikunci
Kata Tak Ada Lagi
Akan Tiba Masa
Tak Ada Suara
Dari Mulut Kita

Berkata Tangan Kita
Tentang Apa Yang Dilakukannya
Berkata Kaki Kita
Kemana Saja Dia Melangkahnya
Tidak Tahu Kita
Bila Harinya
Tanggung Jawab Tiba

Rabbana
Tangan Kami
Kaki Kami
Mulut Kami
Mata Hati Kami
Luruskanlah
Kukuhkanlah
Di Jalan Cahaya
Sempurna

Mohon Kurnia
Kepada Kami
Hambamu
Yang Hina 

10 September 2011

Nurse ketawa tengok ‘adegan terlampau’ di depan mata ..

 Amaran! Entri ini untuk orang dewasa dan mereka yang rasakan diri mereka dewasa je boleh baca!!

Tadi, lepas isyak, dengan berpakaian kain pelikat, berbaju Melayu, berkopiah .. aku singgah kat sebuah kedai makan berhampiran hospital. Rasa nak makan mee goreng pula. Terus aku pergi ke meja makan yang masih kosong. Letaknya bersebelahan dua budak perempuan. Seorang berpakaian biasa, seorang lagi berpakaian uniform nurse. Aku agak mereka berumur sekitar 18.. 20an gitu.

Dalam duk makan tu tiba-tiba kedengaran suara kucing bermiow miowww kuat. Semua mata melihat kucing itu. arghh!! rupanya si kucing jantan sedang dot dot ..  atas kucing betina .. betul-betul di depan meja 2 budak perempuan itu. Siol betul!!

Aku buat dekkk je. Terus makan ..  Aku dengar 2 budak perempuan itu gelak kecil. Budak berpakaian nurse itu bersuara perlahan.
“Kucing tu takde kerja lain ke .. takde tempat lain ke ..”

Tiba-tiba tuan kedai datang menghalau kucing tersebut. Terus berkejaran kucing betina dan kucing jantan .. dan berhenti selang 2 meja dari meja aku.

“Tengok tuuu. Di sana pula kucing tu dot dot dot ..”  Aku dengar budak perempuan tu bercakap dengan temannya. Mereka terus gelak.

Aku yang dengarnya rasa nak ketawapun ada. Gelihati mendengar celoteh 2 budak perempuan sebelah meja aku itu. Tapi aku masih buat dekkk je ..  seolah-olah tak peduli .. terus makan mee goreng.

Tuan kedai itu datang lagi. Terus halau 2 ekor kucing itu. Tapi dasar kucing… seolah-olah main kejar-kejar pula. Berhenti je terus dot dot .. berhenti je terus dot-dot ..  kucing jantan atas kucing betina.

“Man .. cuba pergi halau kucing tu.” Tuan kedai minta anaknya pergi halau kucing yang asyik duk beromen je tu. Aku tengok anak tuan kedai tu (rasanya baru berumur 10 tahun) terus kejar 2 ekor kucing itu. Dua tiga meja anak tuan kedai itu berpusing-pusing kejar 2 ekor kucing itu. Tapi dasar kucing …

 “Kasihan kucing tu …” Budak perempuan berpakaian uniform nurse tadi bersuara lagi sambil gelak-gelak kecil.

Aku yang mendengarnya rasa tak tahan nak ketawa. Tapi masih cool je. Buat dekkk je. Maklumlah aku kan berkain pelikat, berbaju Melayu dan berkopiah. hehe ..

p/s – siol betul kucing tu. Hilang selera aku makan mee goreng . ..

06 September 2011

Sajak untuk Noramfaizul Mohd Nor



Langkahnya gagah tak kenal lelah
Rakaman diambil menyentuh jiwa
Agar dunia dapat melihat dan mengerti
Rakyat kebuluran mengharapkan simpati

Kaki menjejaki bumi berdarah
Kedengaran bisingnya tempikan peluru
Namun semuanya tak menjadi halangan
Tiada ketakutan dan lunturnya semangat
Malah langkah kaki semakin gagah
Mendengar esak dan tangisnya anak-anak

Kilauan air mata semakin bercahaya
Hati berkobar kentalnya jiwa
Demi merakam detik dan saat kelaparan
Demi kasih sayangnya sebuah persaudaraan  

Wajahnya tenang terukir senyuman
Mendapat redha dari ibu tercinta
Merelakan pemergian anak kesayangan
Walau hati pilu penuh kasih dan sayang

Moga perginya mengadap Illahi
Disinari cahaya peneman diri
Nilai kemanusiaan yang menghiasi hati
Pasti diri tenang kekal abadi

03 September 2011

Noramfaizul Mohd Nor, 41, jurukamera Bernama TV ditembak mati di Somalia


Berita terkini TV ..

Jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor, 41 ditembak mati semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia manakala seorang jurukamera TV3, Aji Saregar Mazelan cedera di lengan kanan. Noramfaizul Mohd Nor telah ditembak di Mogadishu semasa sedang mengiringi bantuan misi kemanusiaan di bawah agensi Kelab Putera 1Malaysia.

Ketua Misi Kemanusiaan, Datuk Hj. Abdul Azeez Abdul Rahim sedang mengurus untuk membawa pulang jenazah. A. Kohilay Pillay, Kementerian Luar sedang mengumpul maklumat kejadian serangan.

Aku cuba cari gambar jurukamera Bernama TV di internet ..  jumpa di blog Azeez Rahim, Segugus kata setitis tinta.

NORAMFAIZUL BIN MOHD NOR - Berpengalaman luas dalam misi bantuan kemanusiaan bersama Kelab Putera 1Malaysia. dikenali dengan nama ZUL. Beliau seorang yang berpandangan tajam dan tidak mudah berpuas hati dengan hasil kerjanya

Al fatihah  … moga rohnya bersama golongan orang-orang yang beriman .. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search