Followers

30 September 2011

Andainya anda kemalangan dan cacat …

Terfikir sekejap bila melihat iklan kat TV – seorang pemuda Cina yang kemalangan berkata, “Selepas kemalangan, barulah kita tau siapa sebenarnya kawan kita ...”

Benar rasanya kata-kata pemuda Cina itu. Dia alami kemalangan dan cacat kakinya. Baginya, setelah kemalangan barulah dia sedar, siapa kawannya yang sebenarnya. Kawan yang sudi datang menjengahnya. Kawan yang tetap mengambil berat tentang dirinya. Kawan yang sudi luangkan sedikit masa bertanyakan khabar dirinya. Sekurang-kurangnya ada buat panggilan @ sms.

Dah tabiat manusia, sukakan sesuatu yang hanya menggembirakan hati. Suka suasana happy. Tak suka sedih-sedih. Tak suka orang yang berikan kesedihan. Apatah lagi kawan yang dah tak ada kepentingan baginya. Kawan yang tak boleh lagi diajak bersiar-siar. Kawan yang boleh berkongsi gelak tawa. Kawan yang boleh bersama ke sana-sini. Gedik sana gedik sini. Lompat sana lompat sini. Guling-guling. opss!!


Susah sebenarnya untuk menilai kawan yang sanggup bersama ketika senang dah susah. Kawan yang setia bersama seperti sebelum ini. Mesra dan mengambil berat antara satu sama lain.

Apa yang biasanya, ketika sihat dan sempurna fizikalnya apatah lagi cantik dan manis orangnya, glamour orangnya (misalnya kalau ada blog .. followerpun beribu-ribu ..) maka ramailah yang sudi berkawan. Namun ketika sakit atau mengalami kemalangan yang membawa ‘cacat’ anggota, maka segalanya tak lagi sama. Tak ada lagi suasana seperti sebelumnya.

Cuba tanya pada diri .. sejauh manakah kita punyai kawan yang akan setia bersama seandainya kita alami nasib seperti pemuda Cina itu? Adakah kawan-kawan yang selalu bersama sebelum ini akan tetap datang menjengah kita  ..   gurau-gurau .. usik-usik .. terjah-terjah .. atau mungkinkah ada kawan yang ‘dah takde mood’ nak berkawan dengan kita lagi ..

p/s – suka pejamkan mata perlahan-lahan..  rasa tenang dan damai .. 

26 comments:

Lady Windsor said...

Inilah yang dikatakan kawan ketawa senang dicari, kawan menangis...susah nak cari..while i stick to berkawan biar seribu, berkasih biar satu...so dalam seribu tu mungkin ada jugalah kawan menangis...kadang kala kita kena rujuk juga diri sendiri, tahap mana kita punya nawaitu berkawan...dan saya yakin dengan karma kalau kita buat baik pada orang@kawan sekali, sepuluh kali kebaikan datang kepada kita..ok that's my 2 cents...:-)

You N Me said...

sedey...
boleh tak saya nak copy paste penulisan ini.... utk dimuatkan di blog saya..??????????

Liquid said...

hm tulah. bakal adik ipar saya kemalangan smpi koma2 n xle berjalan spt normal balik, awek pun tinggalkan dia, kawan pun ntah kemana dah skrg haih

zati embong said...

jagalah hubungan dgn keluarga,diorg yg akan ada dgn kita smpai hujung nyawa kita

~oh jat kalau da pejam mata selamat tertidur.hihi

Anonymous said...

susah nak carik kawan susah dan senang.

kawan la dgn Jue tu. jadi sengal sekali. hahaha

Qzeqs82 said...

btol2..trlntas jgak kt fkiran andai kter jd mcm pemuda Cina tuh..huhuhu..

Adinda Amy Sensei said...

cikguu...

Jue said...

Aku cpat rs fobia bila fikirkan apa2yg bole buat aku trs mcm akn tjadi. Scary wor

Rashid said...

Lady Windsor
hmm hmm .. berkawan biar seribu berkasih biar satu .. satu satu .. satu satu .. hehe. (gurau jer..)

Moga kita semua menjadi kawan dan mendapat kawan yang ikhlas terhadap kawan. Di sana pasti ada kebaikannya ..

Rashid said...

sue
sue .. okey saya izinkan. wah!! macam izinkan sesuatu yang lain pula.
Sue copy je jika ia baik untuk renungan bersama.

sedey itu tentu ada sesuatu ..

Rashid said...

Liquid
ya Allah .. awek tinggalkan dia .. kawanpun menghilang ..

Liquid itulah hakikat kehidupan. Bersama tika senyum tawa .. berpisah tika sakit sedih ..

Rashid said...

zati embong
jat .. betul tu jat. Pentingnya keluarga.

Tapi hari ini dapat kita lihat juga .. keluargapun ada yang bercakar-cakar . Moga semua tu tak berlaku ..

.. pejam terus lena ek? adake jat ni .. pejam pelan-pelan .. bayangkan berada di tepian pantai yang airnya kebiruan .. jernih .. dihembus bayu .. air fresh oren gelas besar ..

Rashid said...

Hanie Dew
haha. Tapi okey apa jue tu .. sengal-sengalan biasa kan .. baru hidup taklah serius manjang je. Bagus utk kesihatan ..

Rashid said...

Qzeqs
Saja untuk kita renungkan akan andaian .. sesungguhnya kita semua ini hanya musafir sementara ..

Rashid said...

Adinda Amy Sensei
eeeee .. berdiri roma saya bila amy panggil gitu ..
Teringat citer seram. Teringat kat Maya Karim.

Rashid said...

Jue
hah! takde le jue. Jangan fobia k ..
Ia sekadar untuk kita renung jap .. jap je ..

CIK TOM said...

terpikir jgk kdg2 siapa la kwn yg sejati kl ade terjadi pe2 kt diri sendiri..

Lady Windsor said...

Rashid, berkasih dengan DIA, senang ceritakan..x ada sakit hati, x ada jeles2, nak dating pun senang, jam 3 pagi pun boleh bersunyia-sunyian, confirm x kena tangkap..kan!

nurkaloi said...

kekadang perlu pkir gak hubungan selame ni yg kita bina
lau kite sendiri tak menjage pershbtan n kekeluargaan..memang susah laa yg setia ngan kita kaaaannn

tp pape punn di saat org yang kesusahan takkan kita nk tinggalkan ye dak

Irfa said...

salam kenal :-)
setuju.moga kita di kelilingi oleh kawan dalam erti kata sebenarnya

cik jue tomey said...

jgn kan kawan..klu time susah..sdra mara,malah adik beradik pun kdg2 ada yang menjauh...bukan semua orang ikhlas...rashid,thnx 4 ur tips to buy a car..thnx a lot.

Rashid said...

Cik tom
hmm hmm … itulah kan. Terfikir siapakah dia? Adakah ia ada?

Rashid said...

Lady Windsor
Benar sekali tu. Dengan Dia di mana saja bila-bila saja .. pasti tenang dan mendamaikan.

Rashid said...

nurkaloi
nurkaloi .. memang kita kena fikir. Bila fikir kita kan insafi dan menghargai sesuatu hubungan ..

Kalau kita berkawan kita kena ikhlas menghargainya .. moga ia bawa kebaikan ..

Rashid said...

Happylrfa
hmm hmm .. moganya ..

Rashid said...

cik jue tomey
kata-kata cik jue memang sudah terbukti. Ada dan kian berlaku .. banyak kisah kita bacanya sejak akhir-akhir ini.

sama-sama .. ;)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search