Followers

27 September 2011

Apabila doktor gigi selalu tengok jam ..


Tadi sempat berbual dengan seorang anak muda. Aku baru kenalinya. Anak muda ini baru keluar dari klinik gigi swasta. Aku tengok tangan kanannya masih memegang mulut. Rupanya baru cabut gigi.  

Walau baru kali pertama jumpa, agak lancar juga dia borak dengan aku. Penuh semangat dia bercerita. Cerita tentang dirinya. Cerita tentang giginya. Cerita tentang doktor gigi. Katanya beliau suka ke klinik gigi swasta. Klinik Dr. Uma. Ini kerana Dr. Uma orang lama. Berpuluh tahun bermain dengan gigi. Siang malam dengan gigi. hehe ..


Pernah sekali dia pergi cabut gigi di hospital kerajaan. Baginya itulah kali pertama dan kali terakhir dia ke hospital apabila ada masalah gigi. Dia serik. Pengalaman dia cabut gigi .. ada seorang doktor itu suka marah-marah. Banyak merengus. Apa yang dia kecewa apabila doktor itu asyik tengok jam di tangan seolah-olah nak cepat .. jap-jap tengok jam .. jap-jap tengok jam ..  bayangkan bagaimana agaknya proses cabut gigi kalau asyik-asyik duk tengok jam je ..

Menurutnya lagi, dia serik kerana hampir 3 bulan juga gusinya berdarah setelah dibedah walaupun telah dijahit.

Aku yang mendengarnya sekadar mengangguk .. walaupun penuh persoalan akan benar atau tidaknya ceritanya itu. Tapi bila diamati cara dia bercerita mungkin ada benarnya juga. Mungkin nasibnya ketika itu.

Tapi pengalaman aku cabut gigi geraham yang terlebih tumbuh pada tahun 2002 rasanya okey pula. Doktor kerajaan  yang cabut gigi aku masa itu agak peramah walaupun nampak sibuk. Maklumlah ramai yang menunggu giliran. Aku masih ingat, prosesnya jap je. Doktor tu suruh duduk .. kemudian tak sampai 5 minit .. opsss dah siap cabut. Tak rasa sakit pun. Cuma rasa sakit sikit selepas hilang biusnya.

p/s – Tiba-tiba teringat .. aku pernah ‘cuci gigi’ di Kajang. Masa itu aku duk belajar kat UKM. Doktor yang mencuci gigi aku masa itu .. Dr. Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor. Masa tu belum jadi Menteri lagi ..  tak sangka aku ..

12 comments:

amranaiman said...

khir toyo dr ? ooow bru tau bagus :)

Lady Windsor said...

Wow! Khir Poyo yang cuci gigi u..lucky meh!

Zul fattah said...

haha.. x sangka kan..? tapi saya nk crita sikit.. kawan saya ni.. umur dia 16 tahun, perempuan.. dia pergi cabut gigi di hospital kerajaan, lpas tu, dia kena jangkitan kuman.. akibat dari cabut gigi ni r..
skrang dah meninggal dah.. habis, paru2.. jantung .. rosak..
sedih saya melihatnye.. nazak..
so hati2 lah masa cabut gigi tu..

Mardhia Yusof said...

sy ada bad experienced dgn govmnt services..issk..masa nak check gigi jgak..
oh ye ke?dr khir toyo??tahun bila tuh cikgu jadi patient dia?

Unknown said...

kita paling takut doktor gigi ! huhu

eh, datuk khir toyo pernah cabut gigi kamu?pehh kalau tau mesti dah teruja masa tu kan

Rashid said...

amranaiman
.. dulu memang dia dr gigi ..

Rashid said...

Lady Windsor
uisss khir Poyo? haha!! ada je ..

Rashid said...

zul Fattah
Iyake .. alamak begitu sekali jadinya. Memang dah ketentuanNya kot. Itu cuma jalannya saja .. tapi kalaulah betul bab kuman tu nampaknya memang kena hati-hati le kita ..

Rashid said...

Mardhia Yusof
a’ahh mar. tahun tu tak berapa ingat le. Masa kat UKM .. sekitar 1993/94 gitu kot ..

Rashid said...

Finaz jaafar
hah! pecah rahsia. takut dr gigi rupanya ..

yup .. bukan teruja rasanya makin takut .. hehe

zati embong said...

hihi,pengalaman ngeri utk dia.tp xsemestinya sbb seorg,semua doc dpt nama.

Rashid said...

zati embong
iya jat. pengalaman saya .. saya memang tabik kat dr kerajaan. Mereka memang kerja dengan baik.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search