Followers

20 September 2011

Maaf .. hati saya adalah bersama pelajar

“Cikgu Syid .. ada panggilan daripada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) .. minta cikgu syid hantar resume ..”

“Buat apa?” aku agak tak senang hati ..

“Dengar-dengar diorang nak lantik cikgu syid ..  kerja di PPD .. “

“Alaa saya tak mau. Saya tak berminat .. jiwa dan hati saya adalah bersama pelajar. Saya lebih suka kat sekolah. Suka berada dalam kelas bersama pelajar. Mengajar ..”

Aku agak resah sebenarnya bila menerima khabar tersebut. Sebenarnya bulan lepas lagi aku dah dengar suara-suara tersebut. Malah seorang pegawai di PPD telah maklumkan pada aku .. memang diorang inginkan aku di sana ..

Ada pro dan ada kontra dari rakan-rakan guru yang lain. Ada kata peluang nak naik pangkat lebih sikit jika berada di PPD. Ada suara gurauan dari rakan-rakan, kerja dan jawatan di PPD lebih glamor berbanding cikgu … namun ada juga yang kata peluang kenaikan pangkat agak tersekat sikit jika bekerja di PPD.

 nanti tak sempat aku main kapal terbang  ..

Bagi aku, buat masa sekarang ini aku lebih selesa berada di sekolah. Di sanalah kepuasan yang aku perolehi. Aku senang dengan budaya kerja di sekolah. Aku dah biasa dengannya. Aku senang dan selesa bersama rakan-rakan guru.  Aku senang dan gembira dengan pelajar. Aku rasa puas bila dapat mengajar bila dapat mendidik pelajar. Dengan kata lain, aku selesa dengan jawatan sekarang .. terlibat dengan bahagian pentadbiran ..

Satu lagi sebenarnya aku suka sangat dengan ‘ruangan dan masa kerja’ di sekolah. Tambahan lagi, aku kan pegawai askar di Rejimen 506. Jika aku bekerja di PPD, kemungkinan peluang aku untuk aktif sebagai pegawai askar akan terbatas dan akan tersekat ..  maklumlah kerja di PPD kan sibuk ..  sedangkan aku perlu lapor diri dan terlibat dengan aktiviti askar di Rejimen ..  di sana juga terletaknya kepuasan aku bekerja. Puas bila dapat bersama ‘anak buah’ yang berpakaian loreng  ..  yang sikit gila-gila tapi setia ..

Keputusan yang aku buat .. aku tolak!!  

Apapun terima kasih atas kepercayaan yang diberi ..

p/s – sebenarnya banyak perancangan yang sedang aku buat ..  

19 comments:

Muallim Adham said...

Bismillah.. slm alaik.

tahniah buat cikgu Rashid.. yg ptg keseronokan bekerja, itu lah kunci jawapannya.. semoga pilihan cikgu adalah yg terbaik utk smua pihak, baik diri cikgu, juga anak2 didik serta pihak yg terlibat..

Afida Anuar said...

Kalau fida kat tempat cikgu pun, fida tolak... maklumlah orang yang berjiwa cikgu macam cikgu rashid ni mana la boleh kerja tanpa menghadap pelajar2 yang cikgu kasihi tu. Iyer dak cikgu?;)

zati embong said...

niat yg murni

O.o

Dkna Abza said...

insyaAllah...kalau kita yakin dengan keputusan yang dibuat, pasti peroleh kajayaan :)

Mardhia Yusof said...

laa..syg nye cikgu tolak..
but then it's ok if u have planned something better for your own future.
all the best cikgu..
dulu masa sy kecik nak jadi cikgu..
siap marking buku2 cerita smpai kene marah dgn umi..ahaha.
in the end, tak menjadi pun..
dah brp lama jadi cikgu?
mesti best..

Rashid said...

Muallim Adham
Betul tu adham .. kepuasan & keseronokan bekerja itu yang pentingkan .. dan yang penting juga perancangan masa depan ..

Rashid said...

Afida Anuar
Betuuuul .. hehe
Sebenarnya saya dah fikir masak-masak. Buat masa sekarang ni jiwa saya dan kegembiraan saya bekerja adalah di sekolah. Bersama pelajar ..

Rashid said...

zati embong
owhhh ..

Rashid said...

Adylia Qarissa
insyaAllah .. ;)

Rashid said...

Mardhia yusof
wah siap marking buku .. hehe. Bagus tu mar. Ada jiwa cikgu walau tak jadi ckgu. Orang kata jiwa penyayang tu ada tersemat sejak kecik lagi ..

Saya ermm baru 15 tahun mar .. tapi rasanya baru je jadi cikgu kelmarin .. haha!!

Lady Windsor said...

Salam, mengajar di sekolah mana tu? Seingat sy group2 cikgu rashid (6A1/6A2 SIS) ramai mengajar dan bermastatutin di KL...

Rashid said...

Lady windsor

saya di kelantanese .. hehe
ni lady windsor yg mana satu ni?

Lady Windsor said...

owhh ingatkan di KL..ini LW yg kelas hujung2...hihi..

Rashid said...

Lady windsor
kelas hujung-hujung? sapa niii ..

Lady Windsor said...

Hihi.. Rashid.. No worries, u group elit dulu.. I kelas terpinggir...hampir2 x dipandang pun...but I recognize your face...I tengok kat mana dulu ya blog kerdipbintang ni, tak sangka u punya...nice blog!

Mardhia Yusof said...

15thn??
wah..ni da kira mcm penolong kanan ye.
lama tuh..bleh dpt anugerah pekerja setia ni. ;)

Rashid said...

Lady Windsor
group elit? haha!! gelak je .. mana ada elit cuma kaki study sikit je..
Apapun terima kasih kerna masih kenal sy

Nama benarnya apa lady ni?

Rashid said...

Mardhia Yusof
haha!!!!! entahle mar. Rasanya baru sebulan dua kerja ..

Lady Windsor said...

Rashid...yess...group kaki study pun ya...okeh one fine day i pm u..tapi gerenti u x kenal...i group underground, low profile...hihi.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search