Followers

10 September 2011

Nurse ketawa tengok ‘adegan terlampau’ di depan mata ..

 Amaran! Entri ini untuk orang dewasa dan mereka yang rasakan diri mereka dewasa je boleh baca!!

Tadi, lepas isyak, dengan berpakaian kain pelikat, berbaju Melayu, berkopiah .. aku singgah kat sebuah kedai makan berhampiran hospital. Rasa nak makan mee goreng pula. Terus aku pergi ke meja makan yang masih kosong. Letaknya bersebelahan dua budak perempuan. Seorang berpakaian biasa, seorang lagi berpakaian uniform nurse. Aku agak mereka berumur sekitar 18.. 20an gitu.

Dalam duk makan tu tiba-tiba kedengaran suara kucing bermiow miowww kuat. Semua mata melihat kucing itu. arghh!! rupanya si kucing jantan sedang dot dot ..  atas kucing betina .. betul-betul di depan meja 2 budak perempuan itu. Siol betul!!

Aku buat dekkk je. Terus makan ..  Aku dengar 2 budak perempuan itu gelak kecil. Budak berpakaian nurse itu bersuara perlahan.
“Kucing tu takde kerja lain ke .. takde tempat lain ke ..”

Tiba-tiba tuan kedai datang menghalau kucing tersebut. Terus berkejaran kucing betina dan kucing jantan .. dan berhenti selang 2 meja dari meja aku.

“Tengok tuuu. Di sana pula kucing tu dot dot dot ..”  Aku dengar budak perempuan tu bercakap dengan temannya. Mereka terus gelak.

Aku yang dengarnya rasa nak ketawapun ada. Gelihati mendengar celoteh 2 budak perempuan sebelah meja aku itu. Tapi aku masih buat dekkk je ..  seolah-olah tak peduli .. terus makan mee goreng.

Tuan kedai itu datang lagi. Terus halau 2 ekor kucing itu. Tapi dasar kucing… seolah-olah main kejar-kejar pula. Berhenti je terus dot dot .. berhenti je terus dot-dot ..  kucing jantan atas kucing betina.

“Man .. cuba pergi halau kucing tu.” Tuan kedai minta anaknya pergi halau kucing yang asyik duk beromen je tu. Aku tengok anak tuan kedai tu (rasanya baru berumur 10 tahun) terus kejar 2 ekor kucing itu. Dua tiga meja anak tuan kedai itu berpusing-pusing kejar 2 ekor kucing itu. Tapi dasar kucing …

 “Kasihan kucing tu …” Budak perempuan berpakaian uniform nurse tadi bersuara lagi sambil gelak-gelak kecil.

Aku yang mendengarnya rasa tak tahan nak ketawa. Tapi masih cool je. Buat dekkk je. Maklumlah aku kan berkain pelikat, berbaju Melayu dan berkopiah. hehe ..

p/s – siol betul kucing tu. Hilang selera aku makan mee goreng . ..

6 comments:

Muallim Adham said...

Kucing pon jd kerja juga heheheh

Mardhia Yusof said...

aduhaaii..
padahal diorg kan nurse..
buat biasa dah la..
lgpun kucing..
nurse klinik ke hospital?

oh,cikgu,
smlm sy pegi dinner dgn suami..
mkn kat restoran itali kot kat bukit dmnsara..
sy pegi lepas maghrib,
then..tgh mkn..suddenly,lepas isyak,ada dua lelaki duduk tak jauh dari saya,selamba je order 'air special'..teguk dpn kami mcm minum air kosong..sy pun hilang selera terus..tak lama kemudian, dtg sorang lelaki tua usia 50an,bawa anak laki 2org..dengar pelayan panggil dia dato',..and guess what..selamba dia minum 'air' depan anak2 dia yg remaja. melayu. specific,Islam. sy trus ckp kat suami, that will be my 1st and last time going there.rasa mcm subahat je even niat kita dtg nak mkn..mcm2 org jmpa lepas kawen ni..biasa baca dalam suratkhabar je mende2 mcm ni,tgk dlm tv...tp bila tengok dgn mata sndiri,astaghfirullahalazim....sedihnya..baru lepas azan isyak pulak tuh..huhu..

Rashid said...

Muallim Adham
hehe ..

Rashid said...

Mardhia Yusof
nurse hospital .. masih muda. Gitu lah ..

Restoran Itali? ermm .. teruknya.
Itulah mar makin berbudaya barat gitulah jadinya .. hukum halal haram dah tak jadi soalnya lagi. Hanyut .. diorang tu mungkin tak fikir akan agama dah ..

Moga mar makin kuat dan teguh bila berdepan dengan situasi sebegitu ..

zati embong said...

kalaulah jat yg ada kat situ, rasany jat mesti tgk je.bkn salu ada pluang nk tgk tau.haha

Rashid said...

zati embong
hahahahhaaaaaaaa!!!!!!!!!!!

Jat buat saya gelak je .. ishh .. tapi betul jugakan. Bukan selalu ada peluang .. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search