Followers

06 September 2011

Sajak untuk Noramfaizul Mohd Nor



Langkahnya gagah tak kenal lelah
Rakaman diambil menyentuh jiwa
Agar dunia dapat melihat dan mengerti
Rakyat kebuluran mengharapkan simpati

Kaki menjejaki bumi berdarah
Kedengaran bisingnya tempikan peluru
Namun semuanya tak menjadi halangan
Tiada ketakutan dan lunturnya semangat
Malah langkah kaki semakin gagah
Mendengar esak dan tangisnya anak-anak

Kilauan air mata semakin bercahaya
Hati berkobar kentalnya jiwa
Demi merakam detik dan saat kelaparan
Demi kasih sayangnya sebuah persaudaraan  

Wajahnya tenang terukir senyuman
Mendapat redha dari ibu tercinta
Merelakan pemergian anak kesayangan
Walau hati pilu penuh kasih dan sayang

Moga perginya mengadap Illahi
Disinari cahaya peneman diri
Nilai kemanusiaan yang menghiasi hati
Pasti diri tenang kekal abadi

8 comments:

LiNda said...

Alfatihah....

Salam awak, harap sihat bersama keluarga yaa... Selamat hari raya.

zati embong said...

Al fatihah..tergamam tgk wajah arwah

Mah@Mahu said...

Al Fatihah untuk aruwah moga di tempatkan dalam golongan org yg di berkati.

khairul said...

sedih tgk gambar ni

Rashid said...

Linda
Terima kasih Linda .. moga lindapun. ceria bahagia ..

Rashid said...

zati embong
indahnya wajah ..

Rashid said...

Mah
hmm hmm .. moga-moga ..

Rashid said...

Khairul
Bertambah sedih bila tengok emaknya esak tangis .. dan beri keredhaan ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search