Followers

19 November 2011

Bersembang dengan Guru Ganti

beginilah bila jadi cikgu ..

Jam 11 pagi – aku didatangi cikgu Ida (guru ganti kepada guru sekolah yang bersalin). Cikgu Ida baru tamat pengajian di UPM. Beliau mengambil jurusan  perakaunan.

“Assalamualaikum cikgu“
“Waalaikumussalam”
“Cikgu .. nak minta tolong cikgu sahkan sijil ..”
“ooo .. masuk masuk .. duduk  duduk. Ni nak mohon apa ni?” aku mengambil sijil-sijil yang dihulurkannya.
“Saya nak sambung master cikgu”
“owhh bagus tu. Nak sambung bidang apa?”
“Bidang perakaunan juga ..”

“Camana jadi cikgu. Seronok tak?”
“Seronok sangat cikgu. Sebenarnya memang saya nak jadi cikgu. Tapi bukan senang sekarang ni nak dapat. so .. saya mohon master. Dah dapat .. “

“ermm tahniahlah. Buat master ni bagus. Tambahan pula dalam bidang perakaunan. Bidang ni ‘mahal’ harganya. Ada seorang kawan saya. Dia memang pengkhususan bidang perakaunan. Sekarang ni dia pun dah jadi cikgu .. gaji dia kalau tak silap saya 4 anak tangga lebih tinggi daripada cikgu biasa ..”

“Itulah cikgu .. harap-harap saya juga berjaya jadi cikgu nanti ..”

Setengah jam kemudian aku didatangi cikgu Mawar pula (juga guru ganti kepada guru sekolah yang bersalin). Cikgu Mawar lepasan UPSI.

“Cikgu .. saya datang ni nak ucapkan terima kasih pada cikgu. Segala bantuan .. segala tunjuk ajar cikgu. Hari ni hari terakhir saya di sekolah”
“Sama-sama. Iyakan kejap je rasa. Ni cikgu Mawar bila nak posting ni?”

“Tak taulah cikgu. Kami lepasan UPSI ni rasa macam dianaktiri pula oleh kerajaan. Sedangkan guru sandaran tak terlatih, GSTT senang-senang je kena serap jadi cikgu tetap. Padahal kami ni yang memang belajar untuk jadi cikgu .. 4 tahun belajar ..”

“hmm hmm .. insyaAllah adalah nanti tu. Sabar okey ..”

Sebenarnya aku sedia maklum. Kalau baca akhbar, kat internet kat blog-blog, selalu terbaca keluhan guru-guru lepasan UPSI. Mereka mengeluh dan kecewa kerana mereka masih tidak dipostingkan walaupun dah tamat pengajian sedangkan GSTT mendapat jaminan kerajaan untuk diserap sebagai guru tetap. Akupun masih tak faham situasi ini.


p/s – bersyukurlah kepada mana-mana yang dah ada kerja tetap tu. Tak kira kerja apa, janji halal dan berikan kepuasan pada diri. 

10 comments:

rumah kuning said...

syukur kita ada kerja walaupun tiap hari berperang dgn budak2. hehehe

Pocket said...

betul tu,
pocket xpaham sangat konflık
guru tetap, guru serap,
guru yg sedap duduk dlm ofıs
sampaı guru laın kena datang mengadap.
hehe jgn marah ngan seloka pocket ye.

tp yg dah ada jawatan tetap kena sedar.
kalau sekadar nak maın maın, ramaı lagı yg beratur nakkan post tu. pıkır pıkırkan lah.

zacky786 said...

mungkin cikgu da cukup kot kt sekolah. huhu

nyanyisunyi said...

bila sebut 'cikgu ida'..dulu masa jadi guru ganti..anak2 murid panggil cikgu ida gak..
sempatlah merasa 7 tahun jadi guru ganti ni..tp jodoh tk kekal dibidang tu...

Rashid said...

rumah kuning
cikgu .. seronok pe berperang dengan budak-budak. Dorang ni ada stail masing-masing kan ..

Rashid said...

pocket
Itulah pocket. Rasanya bukan konflik Cuma ada sikit rasa tak puas hati gara-gara lepasan guru sebenar lambat dapat kerja tetap. Tak boleh salahkan dorang kan .. 4 tahun study pe ..

pstttt duk ofis sbb bilik keje sana ... hehe

Betul tu pocket. Dah berjawatan tu kena bersyukur. Keje biar ikhlas untuk keberkatan.

Rashid said...

zacky
Entahle zacky .. rasanya masih tak cukup. Option yang sekolah nak tak ada .. tu yang susah ..

Rashid said...

nyanyisunyi
wah 7 tahun tu lama kak ida .. kalau tak sekarang ni kak ida dah jadi pengetua apa ..
Apapun pengalaman kak ida tu mahal harganya.

Kunang-Kunang said...

Semoga mereka semua terlepas dari kemelut ini.

Rashid said...

kunang-kunang
Moga-moganya kak .. kasihankan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search