Followers

23 November 2011

Pelakon kacak lakukan perkara tak senonoh


Jam 2.00 pm, hujan masih lagi turun. Makin lebat. Tak berhenti sejak semalam. Kalau berterusan 5 hari lagi hujan macam ini alamak banjirlah Kelantan.


Aku duk bersila depan laptop. Buka internet. Terbaca salah satu tajuk berita, “Ranbir Kapoor tidak senonoh”. Hati terus rasa nak tau, apa yang tak senonoh yang telah dilakukan si Ranbir Kapoor, pelakon baru yang menjadi buruan penerbit filem ini? Dia mencabulkah? Dia mabukkah? Tentu ada sesuatu yang dilakukannya sehingga dia dikatakan tidak senonoh.

Terus klik tajuk. Rupa-rupanya .. dia dikatakan melakukan perkara tak senonoh iaitu membuang air kecil di atas lebuh raya.

Mengikut sumber:

"Ranbir sedang dalam perjalanan pulang dari Karjat pada waktu siang hari. Namun, dia terpaksa menghentikan kereta di tengah-tengah lebuh raya yang kosong ketika itu kerana dia dah tak tahan mahu membuang air kecil.

"Ketika dia sedang kencing di atas lebuh raya itu, tanpa disedarinya perbuatannya itu telah menarik perhatian sebuah kereta peronda polis dan seorang pegawai polis telah turun dari kereta itu dan menegur perbuatan Ranbir yang memalukan itu."

Itulah bila jadi artis. Semuanya jadi isu. Aku sebagai lelaki rasanya faham akan rasa ketaktahanan itu. Takkan nak tahan 2 .. 3 jam. Nak singgah tak ada pula kedai apa ke. Tambahan lebuh raya itu kosong. Tak ada orang. Kembung perut dibuatnya kalau duk tahan lama. Itupun kalau boleh tahan. Boleh bawa penyakit lagi. Rasanya kalau orang biasa tak akan jadi masalah kot. Bukan sekadar buang air kecil, nak golek-golek atas jalan rayapun tak jadi masalah. Tapi si Rambir ini satu, yang kau pergi kencing di tengah-tengah lebuh raya tu buat apa? Pergile tepi lebuh raya .. cari kawasan terlindung sikit pe ..

p/s – lama tak tengok filem hindi. Apa khabar preity zinta buah hati berlesung pipit .. ? 

18 comments:

nurkaloi said...

erkkk tak kenal hehehe tak layan

makdara TERdiva said...

Assalamualaikum cikgu rashid..

tiap2 sabtu pasti dah tercongok depan tibi tunggu showtime hindi kul 2 ptg :D

ciK LyndaWawa said...

wah..minat pelakon hindustan rupanya...=]

Lady Windsor said...

Owhh minat preitty zinta ke kisahnya...hihi

Afida Anuar said...

Cikgu Rashid, saya pernah menetap di India selama 4 bulan pada tahun 2007. Apa yang saya perhatikan, orang India memang suka kencing merata2...err

Cikgu bayangkan, bukan setakat orang2 kampung, tapi pekerja yang pakai baju formal pun ada yang kencing kat tepi2 pagar. Awal2 tu kitaorang agak pelik diaorang buat apa la, rupa2nya... Ya Allah..... ...suasana kat sana amat kotor, dan agak berbau. Saya menetap di Mysore, selatan India.

Jadi tak heran la kalau setakat kencing tepi highway tu je..err

Kunang-Kunang said...

Tak senonohnya. Tak sempat atau sengaja suka2 mentang orang kenal dia.

Rashid said...

nurkaloi
iyake nur tak layan? .. tengok-tengok dah tercegat depan tv nak tgk citer hindi. hehe

Rashid said...

makdara TERdiva
was salam ..
owhhh makdara ni tentu romantis .. sbb orang kata siapa yang minat film hindi jiwanya agak romantis. ;)

Rashid said...

cik LyndaWawa
tak tak minat .. okey okeylah .. saya memang minat hindi sejak kecik lagi le cik lynda..

Rashid said...

Lady Windsor
Preity zinta .. suka lesung pipit dia je lady ..

Rashid said...

Afida Anuar
Iyake fida.. wah pengalaman fida tu sungguh bermakna sekali. Bukan senang nak pergi India. 4 bulan pula tu. Lama ..

Terang lagi bersuluh le kalau begitu budaya dorang. adoii .. pengotor rupanya ..

pstt nak tanya le, wat pe fida 4 bulan sana? belajar ke atau ada kaitan ngan kerja? ke pergi melancong? Tak jumpa preity zinta? ops!!

Rashid said...

Kunang-kunang
a’ahh .. kalau dorang sengaja tuu tak taulah pula kak ..

Ezad Skytech said...

hee..baru first time dengar nama ni...kurang minat..tu yang tak kenal....heee~

ohh..minat preity zinta ye...? hee~

yen(toka ziizokukuto) said...

tak kenal pun sume ni,,,minat hindi erk,,hehehe

Rashid said...

Ezad skytech
Pelakon baru .. ramai tak kenal ..
Tak minat cuma jatuh hati kat lesung pipit dia je. ahakss!! (gurau jer ezad)

Rashid said...

Yen
Yen, nak kata minat ermm betul le tu. Maklumle ada darah sikit sebelah atok kot. hehe

c'axoera said...

yg kacak tu tak salu kacak keseluruhannya ;]

Rashid said...

c'axoera
yup! kacak di luar, dalamnya belum tentu. opss!! maksud saya sifat dan sikap..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search