Followers

26 December 2011

3 hari aku terlibat dengan latihan menembak

3 hari aku terlibat dengan latihan tentera - latihan menembak. Antara senjata yang digunakan - pistol, SMG Silenced, LMG dan GPMG.

Berdesing juga telinga pada mulanya bila menembak menggunakan senjata GPMG. Maklumlah hampir setahun rasanya tak menembak menggunakan senjata ini. Tapi beberapa saat je .. kemudian okey. 

Sepanjang latihan menembak ini, aku lebih bertindak sebagai pegawai tapak tembak .. juga sebagai 'pengasuh'. Memberi arahan menembak .. mengawal dan memastikan keselamatan anggota semasa menembak ..


Beberapa orang pegawai dari sektor korporat turut diberi peluang menembak. Aku lihat bukan main suka dan seronok mereka menembak. Maklumlah itulah pertama kali mereka memegang senjata. Pertama kali juga mereka menembak menggunakan peluru hidup! Kalau terkena terus tak hidup lagi ..   aku tengok tangan salah seorangnya menggigil bila pegang senjata …


p/s  - sesiapa yang berada di Kelantan, sihat tubuh badan dan nak join askar wataniah - bolehlah pergi ke Markas Briged Pengkalan Chepa. Isi borang .. seronok pe ..  kalau ada peluang boleh jumpa lisa surihani. ahaks!! (tapi awas!! lisa dah nak kawen)


9 comments:

Lady Windsor said...

Rashid..whoaaa jelesnya tengok pic...lama dah tak pegang M16 ni..addict gila...dok kerja kat KL ni mana ada kaki..kalau saya balik cuti kat KB boleh try ka...hahaha...adoilaa dulu2 teringat kala nak shoot ada je kaki datang sepak suruh duduk betul2 la..ada yg sampai lebam bahu dan berdarah hidung..nostalgia!

Mardhia Yusof said...

cikgu pe kabar?sehat?
cikgu ada simpan senjata kat uma ke?
mcm best la join askar2 ni..tp x ckup fit..haiih..

Rashid said...

Lady Windsor
haha .. a’ahh kan. masa kadet dulu biasalah tuu kena tendang kaki .. sayapun pernah berdarah hidung ...
Pengalaman indahkan .. teringat kat kawan-kawan masa PALAPES dulu ..

Rashid said...

Mardhia Yusof
alhamdulillah sihat ..
senjata kat umah? ada mar .. tapi bukan M16 le. senjata lain .. parang panjang, pisau komando .. pisau hiris sayur.. haha!!

zati embong said...

kalau jat cnfirm gigil.ke x larat nk angkat xtahulah.haha

Rashid said...

Zati embong
jat kalau jat pegang senjata .. gigil .. saya akan gelak kuat tau .. ahhaa

Lady Windsor said...

Rashid buat latihan ambush kat hutan mana? Saya kena buat di N9, kena pulak musim hujan. Kapten kita orang masa tu Kapten Azmi Mohd Islam punyala kecut perut takut kadet demam sebab sepanjang malam hujan. Bila keluar pagi esoknya menonong semua sihat...dia heran macam mana kami ok jer..dia tak tahu kami punyalah keras nak mati sejuk dalam hutan..tapi sebab berhimpit-himpit sorang sikit dapat haba, semua ok..hahaha..jahat sikitlah sebab survive punya pasal..

Rashid said...

Lady Windsor
ermm .. rasanya kat bukit botak, negeri 9 juga. Punyalah botak bukit tu. Panas .. rasanya ada satu pokok je atas bukit tu.

lady .. berhimpit-himpit .. haha!! awas jangan berhimpit sebarang himpit tau ..

Lady Windsor said...

ya ya bukit botak...best bila ingat balik pengalaman tu..tak ada jual mana-mana pun..

hahaha masa tu main taram je himpit sebab sejuk, agas, nyamuk dan semua ada..bayangkan rokok sebatang sampai lima orang puff. Saya tidak merokok tapi sebab nak halau agas, member suruh sedut sekali..saya pun masa tu bengang dengan nyamuk dalam hutan..jadi le...sedut sekali!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search