Followers

04 December 2011

Bijakkah kita dalam berhutang? Duit duit lagi ..

Minggu ini adalah minggu aku bertugas di sekolah. Selama 5 hari aku mesti berada di sekolah menguruskan sebarang urusan sekolah, bertindak mewakili pengetua sepanjang ketiadaan beliau. Sambil duk buat kerja, sempat baca beberapa majalah ‘Ringgit: Rakan Kewangan Anda’ keluaran FOMCA dan Bank Negara Malaysia. Seronok juga aku bacanya.

Antara tajuk yang aku rasa menarik ialah
1.Tahun 2011 dan Celik Wang.
2. Persiapan untuk Persaraan
3. Program Pengurusan Wang Ringgit Anda!

Umumnya menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), dianggarkan sepanjang tahun lepas, daripada jumlah 50,361 yang menyertai program pengurusan hutang, 74.3% menghadapi masalah menyelesaikan hutang. Kaji selidik Bank Negara Malaysia pada tahun 2010, tahap celik wang rakyat Malaysia masih rendah! Begitu juga sikap pengurusan kewangan!


Bila kita tengok dan baca, ramai antara kita yang berhutang dan menghadapi kesukaran membayar balik hutang. Sebenarnya berhutang ada baik ada buruknya. Di sini aku ingin berkongsi sedikit berkenaan ‘hutang baik’ dari apa yang aku baca, fahami dan alaminya sendiri.

Menurut pakar pengurusan kewangan, ‘hutang baik’ ialah hutang untuk memperolehi satu aliran pendapatan yang menyumbang kepada pembayaran balik hutang. Hutang yang membolehkan beban kewangan dijelaskan sepenuhnya. Tapi adakah ‘hutang baik’ ini yang telah dan akan kita buat? Atau kita hanya pandai buat ‘hutang tidak baik’ je? Hutang yang membebankan diri kita?

Secara ringkas, ‘hutang baik’ yang dicatatkan dalam majalah tersebut termasuklah membeli rumah, pendidikan anak-anak, memajukan kemahiran kerjaya, memulakan perniagaan sendiri dan membeli lot kedai untuk disewa.

Dahi kukerutkan. Aku tertarik dengan contoh yang diberi. Antaranya membeli rumah (dah) .. membeli lot kedai (insyaAllah .. bukan beli tapi nak binanya sendiri).



Kepada teman-teman ..  sedikit perkongsian ..

Nak aku tambah satu lagi berkenaan contoh ‘hutang baik’, iaitu cuba beli kebun getah. Beli yang ada hasil getahnya. Pengalaman aku sendiri. Aku telah berhutang sebanyak RM50,000.00 kat bank untuk beli kebun getah. Keluasan getahnya 7 ekar dengan harga RM70,000.00. Aku belinya pada tahun 2007 (masa itu harga kebun murah lagi).

Aku berhutang selama 10 tahun dan perlu bayar kat bank lebih kurang RM600 sebulan.  Tapi alhamdulillah apa yang berlaku, hasil jualan susu getahnya telah mampu membayar balik pinjaman (hutang) bank pada setiap bulan. Bila aku semak buku, sudah 4 tahun lebih .. aku tak payah keluarkan duit gaji untuk membayar hutang tersebut! Malah ada lebihnya lagi setelah dibahagi 2 dengan upah ‘kuli’.  Cukuplah tu .. bukannya kita yang menorehkan ..

p/s – Berapa ramai antara kita yang merenungi masa depan? Merenungi masa bersara nanti (walaupun umur kita sekarang lambat lagi nak pencen. Masih muda. nak enjoy je ..) Berapa ramai kita telah menyimpan akaun simpanan persaraan? Akaun kecemasan? Menabung paling kurang 10% daripada gaji bulanan kita?

Bijak pandai menggunakan hutang sebagai alat untuk menjana kekayaan dan membesarkan pengurusan harta benda. Bagi yang kurang bijak pandai, mereka merasakan yang hutang adalah alat untuk mendapatkan sesuatu yang mereka tiada berupaya mendapatkan melalui tabungan atau kesabaran. Sama-sama kita renungkan. (alamak! macam farit Ismeth Emir, Berita Dunia pula ..)

26 comments:

Rumah Kuning said...

wahhh...tauke getah rupanya. hehehe

azahrohaizah said...

Rasa nak jadi ulat, sbb dalam batu pun dia boleh hidup...

Lady Windsor said...

Untungnya mengajar di halaman sendiri..ada peluang boleh beli hartanah, pelaburan yang cukup menguntungkan tu Rashid, tanah hari tu buat apa? Dah settle ke?

cik jue tomey said...

nak berhutang pn,biar pandai merancang..at least,bila dpt duit dr bank..kita dh rancang betul2 ape yg nk di buat dgn duit tu..jgn stkt nk bermewah mewahan jek..kdg2 cik jue pelikla org skrg...asyik overlap je wt loan..nk tutup loan dgn bank lainlah..nk byr kredit card la..kdg2 tk smpai sthun,dh pinjam lagi..nk wtpe ngn duit tu??yg sthun tkpe lg..ini bru je lps 2 bln disburse..nk pnjm lagi..mentg2 lah klu mati,hutang tu kira burn...so selagi hidup bolehlah berhutang sepuas-puasnya ye tak..janji hidup senang..ada umh bsr,keta besar..pki brg branded2..agaknya mcm tu kot persepsi diaorg..

c'axoera said...

berhutang pun biarlah berpada2 kan...


http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/rindu-yang-membunuh.html

eMMe said...

Hutang saya keliling pinggang, huhuhuh....tak payah pakai tali pinggang,hehehehehe..... Cikgu!!!

nazirah said...

info yg menarik ni untuk si penghutang termasuk saya.. ;)

ILA HonEyBuNNy said...

pening kalau banyak berhutang neh....

pernah tengok gelagat orang...life nampak senang..tapi malam2 memikir hutang..

nanti kalau ila dah kerja..kena rancang betul2 la...hehe

farmys said...

biasalah hutang sikit2.. tak kan nak beli rumah dgn kereta cash kot..

tak hutang tak de harta.. tapi kena berpada-pada..

Rashid said...

Rumah kuning
haha!! tauke kutip duit je .. menoreh tak pandai.

Rashid said...

azahrohaizah
jadi ulat? ishh .. Itulah sedangkan ulat boleh hidup dalam batu .. inikan pula kita manusia.
azah saya teringat masa kat Sabah .. dimintanya saya makan ulat pokok ..eeeeee geli tekak ..tapi dorang kata rasa ulat tu macam susu. Lembik ..

Rashid said...

Lady Windsor
alhamdulillah lady .. tanah hari tu sebenarnya area pasir mas. Tak jauh ngan sek kita dulu. Area spital ..
insyaAllah tanah tu duk rancang nak bina rumah kediaman b'kedai 2 tingkat. Pelan arkitek dah siap hantar. Tunggu kelulusan majlis daerah .. alaaa nak bagi sewa je bukannya nak duduk. Tkt atas nak bagi sewa kat nurse … bawah kedai ..

Rashid said...

cik jue tomey
Betul tu cik jue. Gali lubang tutup lubang dengan gali lubang utk tutup lubang. hehe. Kalau kena gayanya okey juga tapi kalau tak kena gaya .. makin terbeban ..
Takper cik jue, harap-harap kita semua masing-masing dapat merancang dengan baik.

kredit card? aduhai .. pernah bank bagi 3 kad free. Tapi terbatal ngan sendiri sebab saya tak pernah guna .. sebenarnya tak tau nak guna. ahakss!

Rashid said...

c’axoera
yup! berhutang ni memang aktiviti yang seronok. Meleleh air liur.
Cuma bab nak bayar hutang tu kalau tak kena gayanya meleleh pula air mata ..

Rashid said...

eMMe
hahaha!!! eMMe .. eMMe slim sangat .. itu sebab tak payah pakai tali pinggang ;)

Rashid said...

nazirah
nazirah, rasanya semua kita berhutang .. Cuma kena control sikit ..
;)

Rashid said...

Ila
Ila gelagat orang yang ila maksudkan itu saya juga pernah jumpa.
Memang umah besar, kete besar, ada gaya.. tapi hakikatnya emak diapun tak nak duduk tinggal bersama sebab ‘tak selesa’ ngan apa yang berlaku pada realitinya. Moga jadi iktibar.

Rashid said...

farmys
hmm hmm .. tepat sekali! berhutang ni memang kita yang bekerja puluh puluh tahunpun masih kena berhutang lagi nak beli tu sume.

Cuma kalau boleh biar ada sikit ‘hutang baik’ ..

Elie Lily said...

bahaya berhutang ni! elie kalau berhutang, mesti tak senang duduk! takut tak dapat byr hutang! hehe

Ct Aja said...

hutang tu boleh janji kena pada tempat, dan berhutang ikut kemampuan kan kan...hihiihi

nurkaloi said...

kaloi ada hutang kereta ngan pnjman yayasan

wuwuwuwu kena carik side income baru bleyh stlle cepat kann

Eri-chan said...

good artikel. kadang kesian tengok kawan muda2 lagi dah kena blacklist dengan bank sebab hutang kad kredit. nak beli rumah ni macam MALAS sangat nak menambah hutang sedia ada - ptptn & kereta.

Rashid said...

Elie Lily
elie .. kalau boleh sedaya upaya tak nak hutang .. tapi kalau terpaksa camana kan ..

Rashid said...

Ct Aja
yup! hutang biar kena tempat dan tujuannya .. yang penting mampu bayar balik hutang ..

Rashid said...

nurkaloi
hehe .. alaa biasalah tu pinjaman pelajaran .. kete pun biasa juga ..

Rashid said...

Eri chan
hutang kad kredit .. entahle saya tak minat sangat kad kredit ni .. adoii sempoile saya ni kan ..

ptptn & kete tuuu .. itu hutang semulajadi. Takper. Rasanya semua orang ambilnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search