Followers

17 December 2011

Gaji nak naik tapi CUEPACS pula bantah SBPA?


Kelmarin aku buka blog CUEPACS (klik link di sini)
                                                        
Blog CUEPACS adalah antara blog yang selalu aku buka. Sebagai salah seorang kakitangan dalam Perkhidmatan Awam, perlu rasanya untuk aku tahu perkembangan isu-isu terkini pada pandangan CUEPACS.



Cuma aku agak keliru …

Kelmarin, CUEPACS meminta supaya 1.4 juta kakitangan awam tidak tandatangan surat tawaran JPA. Ini ekoran beberapa opsyen SBPA yang masih keliru dan dibantah oleh CUEPACS. Presidennya, Datuk Omar Osman berkata keputusan membantah opsyen SBPA dibuat pada mesyuarat berdasarkan kepada pertimbangan wajar 125 perwakilan. Beliau meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatanganinya terlebih dulu sebelum rundingan antara CUEPACS dan Perdana Menteri diadakan pada 19 Disember ini.

Selain menuntut pembatalan Exit Policy dan penjelasan mengenai kedudukan pelarasan gaji, CUEPACS juga turut mendakwa tiada sebarang rundingan bersama diadakan antara kongres itu dan JPA yang dilihat memungkinkan wujudnya unsur berat sebelah.

Tadi aku buka lagi blog CUEPACS ini.

Agak terkejut apabila baca kenyataan yang dikeluarkan yang meminta semua kakitangan awam berhimpun bagi membantah SBPA.


Sebenarnya aku sendiripun masih keliru dan kurang jelas dengan Pekeliling Perkhidmatan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ini. Aku telahpun baca Pekeliling Perkhidmatan Bil 11/2011 (UMUM) dan juga Pekeliling Perkhidmatan Bil 13/2011 (GURU).  

p/s  – Ada sesetengah sekolah telah memanggil guru untuk hadir sekolah pada hari esok, 18.12.2011 (Ahad) ini untuk menandatangani borang SBPA. Camana ni? Ramai guru masih keliru!

Apapun, moga segalanya dapat diselesaikan dengan baik.

10 comments:

zati embong said...

jat rasa yg terbaik, sebelum apa2,biarlah semua org jelas dulu pasal sbpa. x dpt nk d kejar, so xperlu nk terburu2.

Anonymous said...

Moga-moga dapat diselesaikan dengan baik.

~Sal Ismail~ said...

sy baru nak beralih dari swasta ke gomen tahun depan (2012)..siyes x ley tangkap bila org dok kalut pasal ni~ hmm..

Rashid said...

zati embong
Itulah. tapi masalahnya sehari dua ni .. dah kena panggil untuk tandantangan ..

Rashid said...

Kunang-kunang
Yup moga semuanya dapat yang terbaik!! gaji naik beb siapa tak nak sign .. hehe

Rashid said...

Sal Ijou
owhh tahniah!

Sal, gaji akan naik bila sign SBPA ..
Nak tengak kekalutan dorang sila baca komen kat blog QUEPACS .. macam-macam ada. Sampaikan ada setengah tu buatkan saya ketawa je..

♥ sitifarhana ♥ said...

wahhh..tandatangan je..hee..

*bestny kalau dpt pluang keje gvnmet kan*

Rashid said...

acheeqa farhana
a'ahh saya dah ambil keputusan tandantanga je.

Jan ni dpt pelarasan 200 lebih. kenaikan tahunan bulan Julai diawalkan ke bulan Jan - tambah lagi 250 lebih .. RM550 lebih .. syukurlah. ;)

dwatyKNY said...

jabatan saya hari baru dengar taklimat sbpa... saya pun keliru + x paham sebenrnya..

Rashid said...

dwaty
Moga faham lepas ni .. alaaa sign je. tak payah takut! saya dengar orang yang kerja kat Putrajaya pun semua sign..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search