Followers

16 December 2011

Inikah pokok Melaka dalam Sejarah Melayu?

4 hari aku bercuti – menyambut kempen ‘cuti-cuti Malaysia’. Pergi jalan-jalan kat Negeri Sembilan dan Melaka. Rehatkan fikiran selepas ‘rumah’ kena serang dek virus beberapa hari lepas.

Inike Pokok Melaka? Buah Melaka? Biar betul .. 

Pertama kali aku sampai kat Melaka. Berpusing-pusing juga awalnya. Dengan plate kereta Kota Kinabalu Sabah, SAA _ _ _ _    aku terus berpusing-pusing meronda bandar. Kalau tersalah jalanpun aku buat dhekk je. Maklumlah pelancong dari luar!. hehe. Tak rasa bersalahpun.

Sebenarnya dah lama aku rancang nak pergi Melaka. Masa belajar kat UKM lagi. Tapi hajat tak sampai. Masa belajar jangan haraplah nak keluar ‘cuti-cuti Malaysia’. Sibuk sangat. Maklumlah dengan mana kena hadir kuliah, kelas tutorial, ke library, siapkan assignment yang berlambak-lambak tu. Masa cuti semester pula, sibuk dengan latihan kawat, ikuti kelas tentera, kem tahunan, latihan menembak, exam tentera  ..       mengurat lagi (ini saya tambah okey)

Habis je belajar kat UKM terus kena posting kat Sabah pula. Tertangguhle hajat ke Melaka.

Aku ingin benar ke Melaka kerana nak tengok tinggalan sejarahnya. Maklumlah aku kan pelajar major Sejarah kat UKM dulu. Apatah lagi sekarang ini aku dah jadi cikgu. Cikgu sejarah .. selalu juga bercerita kat pelajar tentang negeri Melaka. Tentang kesultanan Melayu Melaka. Tentang kehebatan Melaka. Tentang kegagahan pahlawannya. Tapi tak pernahpun aku sampai kat Melaka. Buat malu je .. tak real ..

 Menara Taming Sari. Aku tak naik .. gayat woii .. aku cuma naik beca je. (seronok naik beca. Pengayuh beca tu pasang lagu tamil. hehe)

Kubur Hang Tuah?

Masa kat Melaka, hati berbisik kecil. Cantik rupanya Melaka. Permandangannya cantik. Banyak bangunan mencakar langit dan monumen bersejarah yang telah dijaga dengan baik. Rasanya tak puas pergi sana  .. 

16 comments:

Lady Windsor said...

Laaa...kenapa tak singgah KL? Dah dekat sangat tu Rashid..err buah Melaka tu saya nampak macam buah cermai jer..ya ke?

Seronok kan masuk kem buat latihan...Rashid tauliah kat mana? Saya di USM dengan arwah Tuanku Jaafar...lepas habis tu saya tak sambung, setakat YO je...hihi...

~Sal Ismail~ said...

awek cantik jumpe x ;p
sy sekali je penah sampai melaka..kwn bwk ronda2,best~ ^^

zati embong said...

hihi,jat rasa kalau jat smpai melaka pun jat x naik menara 2.gayat gak.

cik jue tomey said...

erk...sebut melaka je..cikjue rasa cm tensen..tringat time blja kt sn..stress ooo...tp tk nafilah..memg best gile kt mlka..6thun kot cik jue kt sn..rashid tk g jln2 kt area ayer keroh ke??kt situ pn mcm2 ada...tmn bunga,rama2,tasik..planeterium pn ada kt mitc tu..

ILA HonEyBuNNy said...

salam cikgu...

ila pun suka pergi Melaka..banyak lagi tempat tak terjah...hehhe..

Ateh Nour said...

Sallam, bestnya jalan2 di Melaka

Rashid said...

Lady Windsor
alaa tak sempat le lady. Hanya lalu jalan kuantan je balik… Bentong – Kelantan.
Itulah tapi diorang kata buah Melaka .. Pokok Melaka .. sayapun tak tau.

.. sama kot kita .. sayapun tauliah kat USM.
ooo tak sambung kat unit. Ini tentu kes takut kena dera ni.

Rashid said...

SaL Ijou
Jumpa awek cina je .. tuan punya hotel tempat saya menginap. ;)

Rashid said...

zati embong
haha!!! apa le jat ni. Penakut sangat .. best pe .. (bila tengok orang lain naik. haha)

Rashid said...

cik jue tomey
6 thn? ermm lama tu cik jue.
alaaa tak pergi sana. saya area Bandar Melaka je ..

Rashid said...

Ila
was salam
Itulah ila. Kena tinggal sebulan kot sana baru habis tempat menarik boleh pergi.

Rashid said...

Lipislady
a’ahh memang best! sewa hotelpun tak le mahal sangat .. harga makanpun okey ..

azahrohaizah said...

malam tak naik sampan memudik muara Sg Melaka?. sgt cantik kerdipan neon dan pemandangan di kiri kanan.Bangunan dilukis tangan dgn sejarah kesultanan melaka dan legenda Hang Tuah.

Lady Windsor said...

Takut kena dera..hihi...betullah tu...kannya apa, bila cuti jer, baju terus x muat, lagi satu nak apply cuti untuk kawad susah nak dapat...

Tahun tauliah kat USM tu kami menang kawad kaki, masa tu rasa gempak gila...hahaha ... x pandang kadet U lain sebab konsentrate nak menang kawad...

Rashid said...

azahrohaizah
Itulah .. taksempat le pergi sana. Nantilah ada masa nak pergi Melaka lagi ..

Rashid said...

Lady Windsor
betul jugakan. ramai kawan sayapun gitu.. dah keluar baris! ada kata susah nak dapat lampu hijau dari majikan .. tambahan yang kerja swasta ..

ishh .. tak pandang U lain ek? tapi UKM tetap no.1 haha!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search