Followers

02 December 2011

Sejak bertemu kau dan aku

Terdengar satu lagu. Terdetik kat hati .. sedap juga lagu ni. Siapa penyanyinya?


Cuba search internet. Ady Putra yang nyanyikannya? Suara dia ke tu? uiss biar betul. Ady putra ni penyanyike? Aku ingatkan dia ni pelakon saja.

psstt jangan gelakkan aku okey! maklumlah aku ini jarang-jarang tengok drama. Kalau tengokpun jap jap je .

Kadang-kadang terkeluar juga lagu ini kat mulut terutama masa duk tengah drive .. tapi 4 ayat ini je le yang aku ingat.  4 ayat ni je yang aku duk ulang-ulang.

“Sejak bertemu kau dan aku
Menusuk jantung ku, mula jiwaku
Merelakanku menjadi milikmu
Itu yang ku mahu, itu yang ku mahu cintamu”

Bila nyanyi lagu ni rasa diri macho je. Macho macam Ady putra yang bercermin mata hitam tu. ahakss!!

p/s - aku bila drive memang selalu pakai spek hitam. Speknya sama sebijik macam ady putra pakai. ops!! ops!! ..

14 comments:

Ateh Nour said...

Sallam,

Memang best lagu ni,
tapi drama ni saya tengok
jarang2 je..

Lady Windsor said...

lazimnya macam tu lah, tak tahu keseluruhan lagu..ingat dua tiga baris je..kalau sedap didengar..ulang dan ulang...ni dah kira suka sangatlah dengan lagu ni ya...ok layan je rashid..eh bila nak turun KL jumpa gu SIS ni?

Aien Not Alien said...

hehehe... baru tahuuu.. sedapkan lagu ni...kena dengan cerita tentang dhia...

Mardhia Yusof said...

machoo nya adiputra..
mmg da lama dia penyanyi,tp sbb job berlakon byk..hehehe..mula2 dgr ingatkan yassin..rupa2nya adiputra sndiri..
sy pon terkejut..sedap gak la suara dia kan..
amboiii..feeling2 gak ye..ahaa..

kalo norkamadhia tak nak kawen dengan zikir,biar mardhia kawen dgn zikir laa..hihih
cerita dia best..plus nora danish sweet sgt pkai tudung..;)

azahrohaizah said...

Rasa nya cikgu lagi macho dari Ady putra tuh:)

Rashid said...

Lipislady
was salam
a’ahh. intro lagu tu memang best!

Rashid said...

Lady Windsor
lady .. layanzz gitu-gitu je. Masa motivasi tinggi .. gembira ..
Turun KL? adoii .. entahle lady. Minggu depan satu minggu bertugas kat sekolah.
Apapun kalau jumpa dorang tu .. kirim salam okey.

Rashid said...

Aien not alien
yup! best je. Ady putra nampak tenang je .. tenang dan damai .. begitulah lelaki sepatutnya. Gentleman .. sentiasa cool ..

Rashid said...

Mardhia Yusof
Mar .. kira okey lagu dia nyanyi tu. Saya ni jenis susah nak sedap bila dengar lagu .. hehe

hah!!! ada jeee mar ni.
Nora Danish memang sweet bila pakai tudung. kan saya dah kata .. bertudung tu bikin maniskan lagi yang dah manis .. tapi dia tu asyik nangissss je ..

Rashid said...

azahrohaizah
hahahaha!! .. hahhaha!! terima kasih terima kasih …

Azah buat saya gelak je ..

LadyBird said...

cikgu jiwang jugak ek :D..
hihihi

Rashid said...

ladybird
Mana ada jiwang .. sentimental value je ..

Cikgu Ma said...

oh, sungguh romantis..namun keromantisan itu tak dapat dirasakan kerana tak pernah tgk citer ni...hehehe

Rashid said...

Cikgu Ma
haha .. takyah tengok cikgu ma. tak best ..

rugi tak nengok ..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search