Followers

20 December 2011

Tak nak lah gaji tinggi-tinggi ..

 berat mata memandang ..

Pagi - semua guru diminta hadir ke sekolah. Hadir untuk mendengar taklimat SBPA (Saraan Baru Perkhidmatan Awam)  – Skim gaji baru. Hadir juga untuk buat pilihan opsyen pencen, sama ada nak sambung berkhidmat sehingga 60 tahun atau kekal pada umur 56 atau 58 tahun.

inike gaji baru guru nanti? wow!!

Selepas dengar taklimat daripada pengetua, terdengar suara-suara. Agak riuh juga. Tapi riuh penuh sopan santun. Guru katakan.

Aku rileks je. Aku tengok reaksi guru berbeza-beza. Ada yang faham. Ada yang masih kurang faham. Ada yang senyum. Ada yang ‘kurang senyum’. Ada yang termenung! Ada yang sibuk mengira. Mengira perubahan dan kenaikan gaji masing-masing. Ada yang naik gaji agak banyak. Ada yang naik sedikit dari yang naik banyak. Ada yang untung sedikit dan ada yang untung banyak!

Masa kira mengira, timbul persoalan di kalangan guru-guru, ada guru junior yang lewat setahun boleh sama level gaji dengan yang guru senior setahun? Mana perginya seniority? Hanya berbeza kenaikan gaji tahunan beberapa bulan je?

Apapun semua guru akur. Semua menandatangani borang - tanda setuju dan terima SBPA!! Tak ada seorangpun yang tidak tandatangan!

Kepada CUEPACS .. maaflah!! guru-guru ni tak mau demo demo ..

Aku selalu juga dengar ada suara-suara penganalisis yang kata CUEPACS lebih pentingkan kumpulan staf sokongan dan guru bukan ijazah. CUEPACS kurang beri perhatian kepada kumpulan pengurusan dan profesionalisme @ guru yang ada ijazah. Iyake? Kalau baca blog CUEPACS, aku selalu senyum je kerana kat komen sana ada berlaku ‘serang menyerang’ antara staf sokongan dengan guru berijazah .. aduhai!! Kenapa le jadi macam tu ..  dah dah le tu .. 

p/s - Semua orang nak naik gaji tinggi. Harap-harap bila dah naik gaji, kerjapun makin berkualiti.

16 comments:

Afida Anuar said...

Cikgu Rashid, mesti gaji cikgu naik banyak ni... cikgu plan tuk pencen bila?;)

LAici KAng Ais said...

wah!!!semua dah sign cikgu.hehe...kira cikgu setuju lah "exit policy" ni...guwa tggu cuepacs jumpa PM dulu

Eri-chan said...

tahniahla cikgu.

eMMe said...

gaji banyak, keje pun banyak, jgn ngulat/ngelat tau cikgu, heeeee~

Azwani Shaari said...

salam cikgu..nak tanya psl SBPA..
1- yg dah confirm jawatan pun kena melalui tempoh percubaan semula ke kalo sign sbpa?
2- kenaikan tahunan mengikut prestasi tu mmg semua level kena atau sstgh level je?
tq tq

LadyBird said...

smg org yg bergaji tinggi tu menjalankan tgjwb yg diamanahkan sebaik mungkin..

bg yg bergaji rendah.. cari keberkatan darinya.. pasti jauh lbh baik dr bergaji tinggi..

zati embong said...

skrg semuanya makin mahal,taraf hdup pun makin tnggi. kena ambil kira semua 2.

Rashid said...

Afida Anuar
Ada le sikit fida .. syukur ..
Pencen? 60 tahun .. entahle camana agaknya masa tu .. haha!!

Rashid said...

laici kang ais
Setuju je. Tak yah takut ngan exit policy tu. Mereka yang ‘tak bekerja, takde motivasi langsung, tak nak jalankan amanah, tak ikhlas bekerja, tak nak buat itu ini .. nak ponteng je manjang, nak zzz je kerjanya ..’ je akan kena exit policy tu!

Rashid said...

Eri chan
terima kasih eri-chan

Rashid said...

eMMe
ishhh ngelat tu bukan pegangan saya le eMMe .. kerja mesti biar dari hati. Ikhlas. hehe

Rashid said...

Azwani Shaari
1. takde. takyah lalui semula tempoh percubaan.
2. rasanya semua kena. Cuma ada yang naik banyak, ada yang sikit dari yang banyak.

Rashid said...

ladybird
Itulah yang sebaiknya. Tak kira gaji tinggi atau rendah .. kena ikhlas dalam bekerja.

Rashid said...

zati embong
Itulah yang kerajaan beri tu. Jaga kebajikan rakyat ..

Ain Atika Zailani said...

ye betul tu...jangan gaji naik kualiti kerja sama je, heheh. kenelah seimbang, hewhew.

Rashid said...

Ain Atika Zailani
Ain atika .. gaji naik pasti senyum je. Harap-harap kita juga senyum bila bekerja .. senyum penuh keikhlasan ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search