Followers

26 February 2011

Kaki bakal isteriku akan dipotong ...

Petikan kisah benar ...

“Saya mohon dipanjangkan jodoh dan dikuatkan semangat untuk terus menjaganya hingga ke akhir hayat ..”

“42 hari berada di hospital… saya setia di sisinya. Memakaikan baju, menyuap makan minum dan memberi sokongan moral padanya”.

“Memang ada suara dari kawan-kawan supaya saya berfikir 2 kali untuk menerimanya sebagai isteri ...”

Namun baginya cintanya sejak 2 tahun yang lalu itu begitu utuh. Tak terusik dengan dugaan. Tak terusik dengan kata-kata dan tanggapan. Hatinya tak berubahpun walaupun berita sedih diterima yang kaki bakal isterinya itu perlu dipotong sehingga ke paha akibat kemalangan.


Aku terkesima merenungi kisah ini …

Aku agak terharu dengan kesetiaan dan kasih sayang suci yang ada pada diri lelaki itu. Cinta yang dilayari selama 2 tahun terbukti bukan sekadar berhawa nafsu. Ia bukan sekadar tarikan fizikal dan paras rupa. Ia kisah cinta yang suci. Penuh keikhlasan. Penuh rasa tanggungjawab.

Terus teringat. Kisah ini sama dengan satu filem hindi, Maan. Filem yang pernah buatkan aku menitiskan airmata (bukan menangis okey.. menitis je tau.. )

Tapi ini bukan filem. Ini kisah kenyataan. Kisah yang terjadi di Malaysia. Kisah dari negeri Pantai Timur. Kisah kemalangan yang menimpa bakal isteri. Kisah kehilangan kaki bakal isteri yang perlu dipotong sehingga ke paha ..

Terdetik hati...  kemalangan itu menimpa bakal isteri .. belum menjadi isteri lagi .. namun kesetiaan dan cinta itu mengatasi segala-galanya.

Bukankah ini buktinya akan kesetiaan dalam cinta dan tanggungjawab bila bercinta itu masih ada tersemat dalam diri? Walaupun berita semasa kian dimomokkan dengan sifat ketidak perikemanusiaan lelaki / suami yang semakin menjadi-jadi namun sebenarnya sifat dan kasih sayang itu masih tetap ada ..

Moga sifat dan kasih sayang itu semakin mekar pada setiap diri orang lelaki / suami  …

22 February 2011

Merajuknya juga comel ...


Malam -  isi masa rehat kejap - tengok clip video  ..
 

Suka tengok budak dalam clip video ini ..  gelak dan senyum tawanya sungguh comel. Gaya menarinya juga comel.  Ceria je. 

Merajuknya juga comel.

Tak suka tengok kajol .. tak comel .. hehe

20 February 2011

Rumah ini ada anak dara .. sesiapa yang nak kahwin ..


 Kelmarin - aku dengar ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul …

Tertarik dengan salah satu kisah yang disampaikan oleh Ustaz .. 

Menurut beliau, pada zaman jahiliah dahulu, ada satu budaya yang diamalkan oleh masyarakatnya iaitu budaya kibarkan bendera (tak dibagitau pula warna dan jenisnya).

Bendera itu akan dikibarkan di luar rumah. Bendera yang dikibarkan itu adalah petanda “Rumah ini ada anak dara. Sesiapa yang nak kahwin bolehlah berjumpa tuan rumah ..”



Aku yang mendengarnya senyum-senyum je. Dalam hati, kalaulah budaya ini diamalkan pada zaman sekarang ini .. camana agaknya ya. Bayangkan satu kawasan perumahan, yang ramai ibu bapa ada anak dara. Maka berkibarlah bendera-bendera di luar rumah. Tentu meriah. Seolah-olah ada sambutan hari kebesaran pula…

Tentu mudah bagi orang lelaki bujang atau yang nak tambah isteri. Tengok je bendera kat luar rumah-rumah tertentu, itu petanda ada peluang. Boleh terus masuk merisik ke meminang ke ..

Kalau takde bendera yang dikibarkan, alamak maknanya tak payahlah buang masa pusing-pusing di sekitar rumah berkenaan … dari jauh dah dapat petandanya!!  haha!! 

18 February 2011

“Saya tengok syurga .. oowwhh sungguh cantik sekali .. ”

Kelmarin aku hadir satu ceramah. Ceramah kekeluargaan dan isu remaja masa kini. Aku tertarik dengan satu kisah benar yang disampaikan oleh Tn. Haji Muhammad bin Lib, penceramah motivasi.

Menurut Tn. Haji, beliau pernah berbual dengan seorang peguam yang satu masa itu  turut datang mendengar ceramahnya. Dalam berbual-bual itu, peguam tersebut sempat menunjukkan gambar-gambar…  gambar seorang nenek yang ditetak mati oleh cucunya sendiri. Gambar itu masih segar. Darah merah mengalir.

Peguam tersebut telah berjumpa dengan pemuda tersebut di penjara dan bertanyakan sebab sebenar beliau membunuh neneknya. Peguam memberi syarat, beliau akan dibantu jika bercakap benar ..


Pemuda tersebut akhirnya menceritakan:

“Saya ini seorang penagih pil kuda. Biasanya saya ambil sikit je. Tapi pada hari kejadian saya telan banyak… Selepas menelan pil kuda, saya merasakan diri saya terbang melayang-layang. Sungguh seronok sekali.”

“Dalam melayang-layang seronok itu tiba-tiba saya tengok… sungguh cantik sekali. Sukar nak bayangkan ...”

“Tengok apa?” soal peguam.

“Saya tengok syurga ... oowwhhh syurga itu sunguh cantik sekali. Ada burung-burung berterbangan … di bawahnya ada air sungai mengalir tenang .. indahnya..”

“Cuma ada satu pintu saja untuk masuk ke syurga tersebut. Masa saya nak memasuki pintu itu, datang seorang tua berjalan terhenyut-henyut juga nak memasuki pintu itu. Kami berebut-rebut… masa itulah ada suara-suara terngiang-ngiang kuat kat telinga saya … ‘Jangan biarkan orang tua itu masuk .. bunuh dia!! bunuh dia!!”

“Masa itulah saya terus bunuh orang tua itu. Selepas membunuhnya barulah saya tersedar .. rupa-rupanya bukan di syurga tapi di ruang tamu rumah. Orang tua yang saya bunuh itu juga rupa-rupanya nenek saya sendiri…”

15 February 2011

Otak wanita akan terangsang …

Baca satu dapatan kajian:

Menurut Dr John Marsden, pakar psikologi London, otak wanita akan terangsang dengan sempurna tatkala berbicara dengan individu yang disukai. Rangsangan tersebut mendorong jantung untuk berdegup tiga kali ganda lebih cepat berbanding keadaan biasa sekaligus menyihatkannya. Bukan itu saja, ia juga meningkatkan peredaran darah ke seluruh tubuh terutama di bahagian pipi dan organ seksual yang mewujudkan perasaan bahagia ke dalam diri wanita berkenaan.



Aku cuba mengamatinya. Rasanya agak setuju dengan kenyataan pakar psikologi itu. Bagi aku, otak sesiapapun biasanya akan segar bugar (terangsang?) dan aktif bila berbicara dengan seseorang yang disukainya. Bila berbual dengannya akan rasa gembira. Rasa bahagia. Pasti nak senyum .. dan ideapun datang je. Mengalir terus. Masa berbualpun tak terasa lamanya. Rasa sekejap je.

Kontrasnya bila berbicara dengan orang yang tak disukai (mungkin ada sebabnya tak berapa suka) tentu akan rasa tak selesa. Rasa resah gelisah. Bila berbicara rasa nak cepat je tamatkannya. Ada-ada je alasannya. Mukapun takde cerianya .. dan sudah tentu otakpun akan rasa kaku dan beku. Cepat mengantuk. hehe ..

Bagi aku, berbicara dengan orang yang kita suka tak semestinya berdepan muka. Tak semestinya perlu menatap mata …

Walau sekadar berbalas komen kat entripun kalau orang itu adalah orang yang kita sukai, ia akan berikan kita rasa ceria. Malah boleh buatkan kita senyum.  Seolah-olah sedang duduk berdepan dan dah kenal lama...

p/s – selalu juga senyum bila beri komen kat blog teman-teman …

13 February 2011

Sahabatku .. Ujian dariNya tanda kita disayangiNya

Jam 10.00 malam, aku selak helaian buku.

Seorang sejarawan dan sasterawan Mesir, Ahmad bin Yusuf dalam bukunya, Al-Mukafa’ah wa Husnul ‘Uqba pernah berkata:

“Manusia sebenarnya telah mengetahui bahawa lenyapnya kesedihan dan kesulitan adalah sesuatu hal yang pasti sebagaimana lenyapnya malam menandakan munculnya siang. Namun seringkali juga manusia mengiringi jiwa pada saat terjadinya bencana …”

Aku merenungi bait kata-kata tokoh di atas. Rasanya memang benar di saat kita berhadapan dengan masalah dan kesulitan, kita kadang-kadang terbawa dalam permasalahan dan ruang kesulitan itu sendiri. Kita diuji dengan pelbagai ujian, diusik dengan kata-kata yang kadang-kadang bisa buatkan hati kita terasa sakitnya. Terasa pedihnya. 


Dalam saat menghadapi kesulitan inilah jiwa kita sebenarnya harus diberi kekuatan. Jika tidak disuntik dengan kekuatan yang baru, jiwa akan terisi dengan rasa kesal, rasa marah dan mungkin juga rasa keputus asaan. Dunia akan dilihat seolah-olah lesu. Kosong. Tak ada warnanya. Cubaan dan ujian juga akan dilihat semakin besar. Rintangan dilihat seolah-olah tiada jalan penyelesaiannya.

Dalam saat menghadapi kesulitan ini, jika tidak ditangani dengan baik maka kerisauan akan semakin bertambah kuat. Perasaan juga akan bercampur baur antara kehendak dan detik hati, tanggungjawab dan rasa simpati.

Bagi aku, apa yang penting dalam menghadapi permasalahan dan kesulitan … hati perlu tabah. Semangat perlu kuat. Usaha perlu ada. Pada masa yang sama, siraminya dengan keikhlasan, nilai kasih sayang dan kemanusiaan.

“Sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan menguji diri kita kecuali bahawa ujian itu akan mendatangkan kebaikan dan hikmah …”

“Sesungguhnya juga Segala ujian dariNya itu tanda kita disayangiNya.”

11 February 2011

Nurse itu ... dari tadi duk perhati cikgu je ...

3 petang - pergi hospital. Melawat seorang pelajar yang kemalangan. Pelajar lelaki tingkatan 5.

Terus ke wad kecemasan…

Aku lihat pelajar itu cuba senyum bila melihat aku menghampirinya (aku juga mengajar kelasnya).

“Cikgu dah makan?” tegurnya. Soalan pertamanya. Terketar-ketar hulurkan tangan untuk bersalam dengan aku (tangannya luka-luka dan ada wayar pada tangannya).

“Dah ..” (walaupun aku belum makan tengahari). Aku terus pegang tangannya.

“Saya tak salahkan cikgu tu ..  saya yang cuai cikgu” katanya sayu.

Aku tau pelajar tersebut seorang pelajar yang baik. 

“Cikgu .. masa eksiden saya sempat tengok kaki kiri saya. Macam tercabut cikgu .. tumit saya jatuh ke bawah ...”
“Cikgu … sekarang kaki kiri saya tak rasa apa-apa …”
“Cikgu .. kalau macam ni saya tak dapat pergi sekolah cikgu. Tak dapat belajar …” (terus mengalir airmata)

“Zam … Jangan fikir bukan-bukan. InsyaAllah.. akan cepat sembuh …”

30 minit aku bersamanya. Berikan kata-kata semangat. Sempat mencuitnya ..

 “Zam… orang lelaki biasalah. Dulu cikgu juga pernah kemalangan. Masa tu kawan cikgu yang bawa motor. Cikgu di belakangnya. Bila eksiden, dua-dua terbang melayang ..  Zam nak tau. Kawan cikgu tu bila bangun dari tempat eksiden terus buka helmet. Terus raba-raba mukanya. Nak tau kenapa .. dia takut mukanya calar-calar.. katanya itu yang penting. Situ saham tinggi .. tempat lain luka takper katanya.”

“Cikgu niii ..” (senyum)

 sekadar hiasan je. takde kena mengena .. maaf kerna pinjam dari goggle ..

Sebelum meninggalkannya sempat aku bergurau ..

“Zam… nampak tak nurse yang comel berlesung pipit tu… dari tadi dia asyik duk perhati cikgu je. Cikgu risaule. Nanti dia tiba-tiba datang pegang tangan cikgu ..  tak nak lepaskan. Kan susah cikgu nanti.. “

Pelajar aku itu terus senyum walaupun badannya luka-luka. Kaki kiri berbalut bersimen. Kulit bahunya terkoyak selebar dan sepanjang 4 jari tangan.. lengannya dan jari-jemari tangannya juga luka.   

“Zam .. kuatkan semangat okey. Nanti cikgu datang lagi ..”

 “Terima kasih cikgu ..”

08 February 2011

Mata menjeling mencari teman blogger


Masuk A&W Restaurant kat tepi pantai. Niat di hati sekadar nak rehatkan diri - minum-minum sambil layari internet - buka blog. 

Jujurnya rasanya dah bertahun aku tak masuk A&W Restaurant.

Masuk je terus pergi kaunter ais krim. Terus tengok menu. Tengok gambar .. dalam hati nak order ais krim je bukannya nak makanpun.  Dah kenyang. Oleh kerana tak biasa dengan menunya .. untuk mudah ..  pakai tunjuk gambar je . "Ini satu.. Ini satu..”

Bila sampai je yang aku order - terkejut aku dibuatnya.
“Alamak!! banyak juga ..  mana nak habis ni? Menu yang sama pula ni .. ini waffle .. inipun waffle .. “




 Ini rupanya waffle .. hehe  .. (itulah asyik asyik pergi KFC & pizza hut restaurant je)

p/s – Masa masuk restaurant, mata menjeling mencari teman-teman blogger kat restaurant. Mana tau ada yang kenal tapi sorangpun takde .. kalau ada yang kenal nak ajak makan sama-sama .. hehe

05 February 2011

Rapatkan bahu dan samakan tumit kaki ..

Singgah solat asar kat  Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu ..

Terpegun bila lihat ada 2 pancaran LCD kat dinding depan  ..




Terlintas kat hati… Alangkah baiknya kalau semua masjid ada kemudahan sebegini. Sungguh menarik sekali jika turut diguna semasa penyampaian kuliah agama, khutbah dan sebagainya.



Habis solat, melangkah keluar dari pintu masjid. Ternampak akhbar kat kaunter…  Akhbar  New Straits Times.  PERCUMA untuk jemaah  .. 

Aku ingatkan 1 hari je percuma. Masuk hari ke-2 dan ke-3  .. ada lagi surat khabar percuma disediakan. Pada hari ke-3 bukan saja New Straits Times tapi juga Berita Harian juga diberi  secara percuma ..

Wah!! Kaya betul negeri Terengganu …


 
nota: Maaf kerna terambil kedua-dua akhbar. Bukan sengaja tapi lupa baca arahan 'sila ambil satu sahaja'. hehe ...

03 February 2011

Awas penangan Pengkid @ tomboy @ lesbian

Semalam ..

”Sejak 5 tahun lalu, hubungan kami seperti suami isteri”

“Saya dah belanja lebih RM500,000 kepada Pengkid  …”

 “Kami mendiami kondominium di kawasan elit. Sentiasa bersama, makan dan tidur bersama”

“Saya tidak berpeluang menjenguk suami dan anak kerana merasa ‘panas’ apabila berada di rumah sendiri …”

“Semua perkara perlu dirujuk kepada pengkid itu terlebih dahulu. Kalau tak dia akan pukul dan tendang saya ..”

“Saya pernah nak jauhkan diri dari pengkid tersebut tapi tak berjaya kerana berasa kasihan padanya ..”

Begitulah antara kata-kata Julia, seorang pengarah sebuah syarikat, berumur 30-an, seorang isteri dan dah mempunyai 3 orang anak yang masih kecil. Tersiar dalam akhbar tempatan.

 hoi dik ..  carile suami dik oi .. gilerr ..

Apa istimewanya golongan pengkid ini?

Pengkid atau lebih dikenali sebagai tomboy, lesbian. Segi gerak laku, segi berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki. Kalau takpun nak bagi nampak macam lelaki.

Rasanya isu ini dah lama. Pernah diperdebatkan. Banyak kali kaji selidik dan seminar diadakan oleh ilmuwan dan cendekiawan Islam. Namun isu ini seakan-akan tidak ada kesudahan. Malah aku tengok makin teruk pula, makin terbuka dan berani …

Masalahnya ramai pula wanita yang terjerat, tergoda. Naper ya? Apa yang aku tau .. senjata utama golongan ini ialah merayu.. mengoda .. pujuk rayu .. mainan kata .. mencabul .. rayu lagi.. buat muka kasihan .. goda lagi .. cabul lagi ..  rayu lagi .. buat muka kasihan lagi ..

Bagi aku, kalau golongan ini datang merayu ..goda ke..  apa ke..  tampar je. Habis cerita. Bagitau dia “Ambik kau!!”

01 February 2011

Kisah emak, anak dan pisang ...

Tadi pergi pasaraya. Beli apa yang patut. Kemudian singgah kat bahagian buah-buahan … rancang nak beli buah honeydew dan pisang .. 

Tengah aku menbelek-belek mencari pisang berangan yang masak dan segar itu, datang seorang budak kecil ditemani emaknya di hadapan aku. (Tapi mereka tak nampak aku kerana terlindung oleh raga buah dan longgokan buah-buahan).



Terdengar bualan anak kecil itu dengan emaknya.

Anak: “Mama .. nak pisang .. belilah pisang mama ..”
Emak: “ishhh .. tak payahlah. Beruk je yang makan pisang!!!” lalu ditarik tangan anaknya dari situ.

Aku yang mendengarnya sedikit terkejut. Terkejut mendengar ayat spontan emaknya. Kuat dan keras bunyi pula tu. Aku terkejut kerana pada masa tuuu .. akukan sedang duk belek-belek pisang juga. Aduhai. Nak ketawapun ada. ishhh ishhh …

Aku tau .. emaknya tak perasan aku ada sama kat situ … Kalau dia tau takkan dia nak cakap macam tu.

Dalam hati aku... kasihannya kat anak dia. Mungkin kata-kata emaknya itu akan diingatinya sampai bila-bila. Tentu anaknya tak nak makan pisang dah sebab hanya beruk je yang makan pisang!!

Bayangkanlah jika anaknya tengok siapa-siapa yang makan pisang … dan kalau dia tertengok emaknya juga makan pisang .. kan haru biru jadinya tuu…

Khasiat pisang …

Pisang kaya mineral seperti kalium, magnesium, fosfor, kalsium, dan besi. Kandungan vitamin B6 pisang cukup tinggi. Selain berfungsi sebagai koenzim untuk beberapa reaksi dalam metabolisme, vitamin B6 berperanan dalam sintetis dan metabolisme protein, khususnya serotonin. Serotonin diyakini berperan aktif sebagai neurotransmiter dalam kelancaran fungsi otak.
kan bagus makan pisang .. 

p/s – sebiji pisang berangan harganya 30 .. 40 sen … mahalkan ..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search