Followers

31 March 2011

Tarian poco-poco haram kerana ada unsur pemujaan roh?


 Macam ini ke tarian jamaica?

Petikan akhbar Metro kelmarin -  Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata:

“Tarian poco-poco telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24 hingga 26 Januari lalu. Ini kerana kajian mendapati tarian ini sering diamalkan di Jamaica dan mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh..”

Terkejut aku membacanya …

Terkejut kerana kalaulah benar ia menjadi Fatwa Kebangsaan nanti maka selama ini ramai antara kita semua telah tersilap!!!  Tersilap kerana ia menjadi tarian riadah yang sering dipersembahkan di mana-mana saja, baik di peringkat sekolah, agensi-agensi kerajaan dan NGO's. Ia selalu ada semasa aktiviti-aktiviti keraian dalam majlis-majlis tertentu.


 Tentera Nasional Indonesia sedang menari poco-poco

Begitu juga dalam tentera …

Tiba-tiba aku teringat dalam satu majlis Makan Beradat Pegawai Tentera Rejimen 507 di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Negeri Sabah pada tahun 2006..

Selepas selesai makan beradat yang diiringi pasukan muzik Tambo Tentera, semua pegawai diminta untuk bersama-sama menari poco-poco. Bayangkan dengan berpakaian Mess Kit  putih itu ramai pegawai keluar menari dengan spontannya.

 Google .. pakaian mess kit semasa Majlis Makan Beradat

Aku juga tidak terkecuali… Sebagai seorang pegawai yang dilatih untuk bersikap gentleman (walaupun secara jujurnya segan juga nak menari. Maklumlah badan agak keras) apalagi dengan tenangnya aku terus melangkah … (ops!! jangan bayangkan saya menari okey .. )

Berpeluh juga dibuatnya. Tapi dalam banyak-banyak langkah tu aku lebih sukakan langkah yang simple je ..  step yang awal-awal ..  pelan-pelan .. cam romantis saja ..

Dan sekarang baru aku terbaca akan fatwa ini. Fatwa negeri Perak bahawa tarian poco-poco adalah haram untuk diamalkan.

Sedang menunggu adakah fatwa negeri ini akan menjadi fatwa kebangsaan …

29 March 2011

Nasi lembik sikit je terus dibalingnya dengan kulit durian …


Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh JAKIM bagi tempoh 2005 hingga 2009, jumlah perceraian yang direkodkan semakin meningkat. Dikatakan kes cerai berlaku pada setiap 15 minit sekali ..

Menurut kajian, banyak punca yang menjadi penyebab kes perceraian ini berlaku malah masalah yang dianggap remeh atau tidak masuk akal juga ada kalanya menyumbang kepada peningkatan jumlah berkenaan.

Menurut Datuk Dr. Mashitah Ibrahim,

“Masalah tidak persefahaman dicatatkan menjadi punca utama perceraian berlaku.”

“Berdasarkan kajian JAKIM, golongan lelaki lebih ramai membuat ‘perangai’ sehingga mendorong isteri memfailkan perceraian. Bukanlah mahu menuding jari kepada golongan lelaki tetapi 5,345 daripada jumlah 8,241 punca perceraian adalah disebabkan kaum Adam …”

Aku amati statistik … baca lagi ..

Laman sosial seperti facebook dan twitter juga dikatakan menjadi faktor penyumbang kepada kes perceraian.



Pesanan akhir Dr. Mashitah,

“Mereka yang mahu melangsungkan perkahwinan seharusnya mengenali pasangan masing-masing dengan mendalam, aspek akhlak dan pergaulan sosial mereka perlu diambil tahu dan dikaji sepenuhnya.”

Bagi aku, pesanan ini sangat bagus sekali. Perlunya mengenali akhlak dan aktiviti sosial bakal pasangan. Mana le tau kan. Nampak segi luarnya smart macho dan cun menggoda, cair hati dibuatnya tapi tup tup .. kaki disco dan dangdut rupanya. Kalau setakat suka dengar lagu dangdut takperlah. Tapi dibuatnya selalu keluar masuk kelab pub berdangdut minum haram bagainya .. kan naya ..

Nampak akhlak luarnya sejuk je .. tup tup rupanya kaki panas baran. Nasi lembik sikit je terus dibalingnya dengan kulit durian. aduhai .. nasible badan kalau dapat cam tu ..

21 March 2011

Sejak menjak ini aku asyik mimpikan dia ...




Aku mendail no telefon yang tertera ..

“Hello.. Ini tuan punya rumah kedai kat depan Petronas ke tu?”
“Iya encik. Ini pekerjanya”

“Ni nak tanya sikit. Saya ada tengok papan notis kat rumah kedai tu. Ada terpampang ‘Untuk dijual’. Berapa harga nak jual?”
“Maaf encik. Pada mulanya kami nak jual. Tapi tak jadi pula. Ia untuk disewa saja. Papan tu kami masih belum turunkan lagi”

“Iyake. Saya ingatkan nak jual. Rumah kedai tu berapa sewanya?”
“Yang corner lot tu harga sewanya RM2,000.00 . Manakala yang tengah tu pula RM1,500.00 sebulan”

“Itu termasuk sekali yang tingkat atas ke?”
“Tak…  Lain. Tingkat atas sewanya RM600.00 je..”


Dalam hati aku..  wow!! mahalnya sewa rumah kedai.
Bila agaknya aku nak ada sebuah rumah kedai ni. Kalau tak guna sendiri, bagi sewapun jadilah ..

Sejak menjak ini bila aku drive .. aku asyik duk perhati rumah kedai je. Perhati reka bentuknya. 
uisss dah dah .. asyik mimpi je. hehe ..


15 March 2011

Bumi semakin marah dengan manusia ..

Malam tadi,  jam 10:20,  aku terima sms dari seorang kawan.

“A nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4:30 am today. If it rains tomorrow or later, don’t go outside. If you are outside, be sure that you have rain protectors. It’s acid rain. Don’t let it touch you. You may burn your skin, lose your hair or have cancer. Please pass, stay safe and remind everyone you know.”

Mula-mula baca sms sedikit terkejut. Begitu sekali kesannya ..  dan bila difikir ia tidak mustahil sebenarnya kerana jarak ruang udara sebenarnya tidaklah sejauh mana ..

Apapun kita tak payah panik. Bila baca berita dan blog kat internet .. penafian telah dikeluarkan berhubung dengan sms tersebut.
 


Terus terang memang aku terkesima dengan situasi yang berlaku di Jepun. Gempa bumi, tsunami dan kebakaran yang telah mengorbankan beribu-ribu nyawa dan memusnahkan harta benda itu menandakan satu petaka dunia sedang melanda manusia.

Kerisauan semakin menerjah bila ditambah lagi dengan siri letupan reaktor nuklear di Japan …

Tadi, hampir 1 jam setengah aku layari berita gempabumi dan tsunami di Japan kat internet .. pelbagai saluran berita aku buka. Berita tempatan, berita Jepun, Berita al-jazeera, dan bagai lagi. Sekadar nak tau situasi.

Buka laman web Guardian.co.uk tengok video tsunami yang sungguh dramatik yang sempat dirakam oleh jurukamera amateur.

Tengok juga ..


Sukar nak bayangkan situasi …  Kita perlu merenunginya…

Nampaknya bumi sekarang semakin marah dengan manusia. Kita perlu memanjat doa moga dunia kembali aman dan damai …

Takziah kepada mangsa …

09 March 2011

RM40,000.00 hanya beberapa minit je ..



Kat kantin, tengah sarapan pagi – sempat mendengar isu semasa dan terkini dari rakan sekerja, Ustaz Wan Mat Isa. Kisah yang baru berlaku pada seorang pakcik kat kampungnya.

“Pakcik .. boleh tumpang tanya .. pakcik tau tak mana rumah cikgu Hasrinah?” tanya seorang wanita dari dalam sebuah kereta.

“Pakcik tak tau ..” jawab pakcik.

>>>>>>>>

Wanita tersebut terus berbual dengan Pakcik. Lama juga kami berbual. Kemudian pakcik terus balik rumah ambil buku bank. Terus naik kereta wanita tersebut. Sampainya di bank, pakcik ke kaunter. Pakcik keluarkan wang simpanan pakcik sebanyak RM40,000.00.

Duit itu kemudiannya terus pakcik serahkan kepada wanita tersebut yang sedang menunggu dari dalam kereta.

Sebaik saja dapatkan wang, wanita tersebut yang ditemani 2 orang lelaki terus tinggalkan pakcik.

Kemudian pakcik baru tersedar …

“Entahlah macamana pakcik nak bagitau makcik … tentu dia marah ..”

Begitulah kisah seorang pakcik yang dipercayai telah dipukau. Wang perniagaan kecil-kecilannya yang disimpan sejak sekian lama terus lesap hanya beberapa minit je ..


p/s –  Pernah baca akhbar, hanya berjabat tangan terus serahkan wang dan barangan kemas. Pernah juga baca majalah, kerana sebiji epal, terus tinggalkan keluarga ikut lelaki Lombok ..

05 March 2011

Bila hati resah ...

abaikan butang baju tu.. abaikan jambang tak 'shaved' ..


Malam tadi – hati resah. Terus keluar rumah. Pandu kereta … terus pusing bandar ..

Singgah satu restoran ..
Duduk baru fikir nak order apa .. (sebenarnya perut masih kenyang)

Nasi ayam ..
Nasi ikan siakap 3 rasa ..
Nasi paprik ..
Nasi tomyam .. sup ayam .. sup ekor ..
Nasi goreng kampung ..
Nasi goreng cina ..
Mee goreng ..
Mee goreng basah ..
Mee goreng mamak ..
Kuey teow ladna ..

Tapi semuanya takde selera ..

Terfikir nak pergi KFC ..

Takde mood ..

“Abang nak minum apa?” sapa adik pelayan .. lembut ..
“ermm ..  fresh oren ..”
“Makan?”
Aku sekadar menggeleng kepala ..

Habis minum fresh oren .. order lagi ..

“Adik ..bagi teh ais satu ..”


Balik rumah. Sambil baring-baring atas sofa buka laptop. Terus klik klik .. tengok clip video ..  6 dalam 1 skrin  .. 



Dalam hati.. begini rupanya bila hati resah. Tak tenang … adoii ..

02 March 2011

Kisah anak kecil bernama Bar’ah ..

Malam tadi -  beli majalah Al-Islam, keluaran Mac 2011.

Terlihat gambar comel anak kecil ..



Siapa anak kecil ini? Apa yang menariknya si anak kecil ini? Wajahnya tenang.. mendamaikan sekali ..


Izinkan saya berkongsi kisahnya di sini. Kisahnya begitu terkesan di hati saya …

Bar’ah namanya. Gadis kecil berusia 10 tahun. Seusia mentah, tapi anak kecil ini cukup matang dan tenang berhadapan peristiwa tragis dalam hidupnya. Seusia 10 tahun, beliau telah berjaya menghafaz al-Quran. Membaca al-Quran adalah ‘sajian’ utamanya. Pesanan ibunya sentiasa dalam ingatannya…

“Anakku Bar’ah, aku akan pergi ke syurga di depan kamu. Tapi aku ingin kamu selalu membaca al-Quran dan menghafalkannya setiap hari kerana ia akan menjadi pelindungmu kelak …”

Ujian bagi Bar’ah bermula apabila doktor mengesahkan ibunya mengidap kanser yang berada pada tahap akhir. Tiada apa yang boleh dilakukan melainkan saat menanti kematian. Pada menanti saat itulah, Bar’ah menggunakannya untuk membaca al-Quran setiap kali dia pulang dari sekolah dan menziarahi ibunya yang terlantar sakit di hospital.

Ujian terus menimpa Bar’ah apabila suatu hari apabila kebiasaan dia dan bapanya melawat ibunya, ketika melintas jalan, bapanya dilanggar sebuah kereta lalu menghembuskan nafas terakhir di situ. Bayangkan tangisan si anak kecil yang meratapi kematian si ayahnya di depan mata. Berita kematian ayahnya tidak diberitahu kepada ibunya kerana khuatir ia akan menjejaskan kesihatan si ibu.

Lima hari berlalu dan waktu sampai ajal si ibu, si ibu masih tidak mengetahui si suami terlebih dahulu meninggalkannya. Begitulah cekalnya Bar’ah dan tenangnya dia berhadapan situasi tersebut.

Bar’ah diuji lagi. Setelah kematian kedua-dua orang tuanya, Bar’ah melalui ibu bapa kawan-kawan di sekolahnya berusaha mencari warisnya di Mesir. Tidak berapa lama tinggal di Mesir, Bar’ah juga dikesan mengidap kanser. (kanser mula tersebar kat otaknya…) Namun berita tersebut sedikitpun tidak menakutkannya. Sebaliknya dia berkata tenang:

“Alhamdulillah, sekarang saya akan bertemu dengan kedua-dua orang tua saya ..”



nota: Salah satu saluran TV Islam (Al Hafiz – The pelindung) berjaya berhubung dengan gadis kecil ini dan memintanya untuk membaca Quran … dan ini adalah suara yang indah yang di lantunkan oleh bar’ah …


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search