Followers

30 April 2011

Taubat Maksiat .. Ingat mati, ingat sakit

Drive kereta agak laju  .. 
Tiba-tiba DJ Radio siarkan lagu “Ingat Mati!”
Kereta yang dipandu laju .. terus jadi perlahan ..


Kuamati lirik lagu ..
ermm .. bagus lagu ini. Liriknya bagus. Iramanyapun bagus. Sedap didengar. Ia simple tapi penuh bermakna. Lagu sebegini sepatutnya selalu didengari, direnungi dan difikirkan dengan hati yang tenang dan hidup .. bukan hati yang mati. 

Moga kita semua miliki hati yang sentiasa tenang dan damai ..  

Ohya kepada rakan-rakan blogger semua .. 
Selamat berehat di hujung minggu ..  
Selamat bercuti sempena Hari Pekerja ..


28 April 2011

Berani tampar anak dara orang .. depan orang ramai pula tu ..


Jam 5.00  petang tadi singgah satu restoran kat Dataran Peladang. Tiba-tiba disapa oleh 2 orang pelajar perempuan … pelajar tingkatan 5  2010.

“cikguuuuu …” terus diorang mendekati aku. Senyum ..
“oooo Fiqah .. Amy ..”

“Cikgu baru nak makan ke?
“a’ahhhh terasa nak makan sup gearbox. Ni Fiqah ..Amy kerja sinike?”

“Iya cikgu .. tunggu panggilan. Sambil tu kami kerja dulu. Boringle kat umah ..”
“Baguslah tu .. cari pengalaman ..”

“Cikgu nak makan apa cikgu?. Kasihan cikgu ..  baru nak makan ..”
“ermm buatkan cikgu sup gearbox .. nasi sekali. Air laici kang ..”
“Okey cikgu ..”

 sekadar hiasan

Sebaik makanan dihidang, terus kedua-duanya duduk di hadapan aku.  Berbual .. Kemudian Amy beredar ke dapur.

“Cikgu .. cikgu tau tak. Cikgu masih ingat Faiz .. kelas 5 Dahlia.. “ Fiqah bercerita.
“Iya. Kenapa dia?”

“Cikgu taukan .. Faiz tu couple dengan Amy. Ada satu hari itukan. Faiz datang kat restoran ni. Dia marah-marah kat amy. Ditamparnya Amy... Ramai orang tengok. Terkejut ...”

“iyake. Kenapa Faiz gitu? Kat kelas dia tu kan pendiam je ..”
“Itulah cikgu. Sebenarnya Faiz tu cemburu kat Amy. Amy kan comel. Kerja kat restoran ni biasalah cikgu. Kena layan pelanggan. Tanya nak makan apa ..”

“hmm hmm .. habis mak ayah amy camana. Dia tau ke kes ini? “
“Amy tak nak bagitau. Tauke kedai nak buat laporan polis tapi Amy tak nak .. Begitulah cikgu bila dah suka…”

Aku kerutkan dahi. Ingati Faiz .. keputusan  SPM nya baru-baru ini banyak gagal. Amy pula lulus dengan baik.

“Bagitau Amy. Nasihati dia baik-baik. Biar dia renungi situasi yang berlaku. Cikgu bimbang .. Faiz tuu belum apa-apa dah berani tampar anak orang. Depan orang ramai pula tu. Nanti bila dah bertunang .. dah kahwin .. tapak kaki naik atas muka pula ..”

“iya cikgu. Faiz tu sebenarnya panas baran ..”

Selepas makan .. aku terus keluarkan RM50.00 ..

“Cikgu .. tak payah cikgu. Saya belanja cikgu ..” ujar Fiqah
“ishh janganlah. Nah ambil duit ni.”
“Cikgu .. ikhlas ni. Saya nak belanja cikgu. Bila lagi nak belanja cikgu ..”
“Jangan fiqah. Kalau nak belanja cikgu.. belanja lain kali. Nah ambil duit ni ..”
“ala cikguuuuu . Cikgu jangan risaule.. saya belanja .. ikhlas cikgu..”
“ishh fiqah ni ..”

27 April 2011

Sakit tapi ada nikmatnya …

Tadi baca majalah Al Islam keluaran Mei 2011, tertarik dengan satu artikel, “Nikmatnya rasa sakit”.

Rasanya semua orang tau, bagaimanakah rasa kaki apabila tertusuk duri? Bagaimanakah rasa tangan bila terkena api atau air panas? Bagaimanakah keadaan diri bila berada di kawasan antartika? Selembut manakah kain sutera bila disentuh?

Sakit! Panasnya! Sejuknya! ermm lembutnya!! Demikianlah reaksi spontan kita.

Namun bila kita amati, ramai juga di kalangan kita bila sakit je pasti akan mengeluh. Keluhan seolah-olah kita tidak tertahan dan redha dengan kesakitan itu. Malah bagi sesetengah orang mungkin ada suara hati yang marah dengan kesakitan yang dialami.

Sebenarnya rasa sakit juga satu anugerah yang tidak terhingga kepada kita. Ia satu nikmat daripada Allah s.w.t. Ia satu nikmat di mana badan kita berupaya mengesan rasa sakit. Cuba bayangkanlah bagaimana agaknya jika kita tidak rasa sakit. Bayangkanlah jika Allah s.w.t mematikan semua deria rasa pada badan kita? Bayangkanlah kita tak rasa sakit apapun walaupun mengalami kecederaan …

Jom kita cuba bayangkan …

Bayangkahlah jika kemalangan. Tanpa rasa sakit mungkin kita tak sedar kita cedera kat bahagian-bahagian tertentu. Patah ke terseliuh ke .. terkoyak ke apa ke ..  tengok tengok tergolek sebelah kaki .. (sukar dan tak nak aku bayangkan!!)

Bayangkan kita tak rasa sakit bila tangan terkena pisau .. tengok-tengok darah dah berlumuran. Bayangkanlah kita tak rasa sikitpun sakit dada .. tengok-tengok dah rebah akibat kegagalan jantung berfungsi tanpa sempat diberikan bantuan. Bayangkanlah perempuan yang melahirkan bayi .. jika tak rasa sakit … (suka ke atau macamana ek?) 

Sesungguhnya bila direnungi ternyata amat besar sekali nikmat Allah s.w.t berikan kepada kita semua. Ia tak terhitung. Di sebalik kesakitan itupun tersembunyi penuh nikmat dariNya.

Itu bab sakit .. bila aku fikir-fikir ia belum masuk lagi bab keindahan bila mata memandang, akan kelembutan sentuhan, kemerduan telinga, kesedapan rasa ..  di sana juga tersembunyi akan nikmat dariNya.

Bayangkanlah jika makan tak rasa apa-apa ..
Bayangkanlah bila mata memandang .. kosong ..

Bayangkanlah bila bergambar .. hitam putihje .. takde warna-warnanya ..

 Snap jap. Lama tak bergambar .. 


25 April 2011

Sejuk pipi dan dahinya bila kukucup

“Dah dah .. pergi study. PMR dah dekat ni. Lepas PMR mainlah puas-puas ..” (aku pernah dinasihatinya semasa aku berumur 15 tahun. Masa di tingkatan 3 itu aku asyik duk bermain ping-pong je. Kurang ulangkaji)

“Ni .. kenal ni. Abang syid. Jangan tak kenal pula. Sepupu ..  “ (diperkenalkan aku dengan anak-anaknya lebih kurang 2 bulan yang lalu. Anak-anaknya dah besar. Dah bekerjapun…)

Kini .. malam tadi … dia pergi selama-lamanya. Dia seorang pakcik yang sangat baik. Pakcik yang sangat mengambil berat tentang persaudaraan.  

Semasa mudanya aku perhatikan pakcik aku ini agak smart orangnya. Gagah badannya. Pernah diminati oleh seorang artis tanah air masa itu ..



Kini semuanya telah tiada. Badan yang gagah itu telah tiada lagi.

Malam tadi, badan yang gagah itu terbujur kaku. Sepi. Sejuk pipi dan dahinya bila kukucup untuk kali yang terakhir.

Namun nasihat yang pernah diberinya itu telah dan akan sentiasa menjadi ingatan pada aku. Dengan teguran dan nasihatnya itulah aku telah sedar .. terus mengulangkaji dan akhirnya berjaya dalam peperiksaan PMR dan seterusnya aku sebagaimana hari ini ..

Moga roh Pakcik Din bersama golongan orang-orang yang beriman ..

19 April 2011

Bangkai makhluk asing terbaru ditemui .. cam tak percaya je ..

Akhbar kosmo hari ini ..

Satu klip video yang bocor di Internet menunjukkan satu bangkai mahkluk asing ditemui di wilayah Siberia, Rusia, lapor laman Allnewsweb.com kelmarin.



Bangkai berkenaan ditemui di kawasan bersalji selepas satu objek besar dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) bercahaya merah jambu dan biru menjunam ke Bumi sebelum terhempas di wilayah Irkutsk lebih sebulan lalu.

Kejadian itu disaksikan ratusan penduduk setempat …

Benarkah semua ini? Soalan ini dah lama. Ia tak ada sudahnya. Ini kerana banyak momokan banyak tipu dari benarnya akan kisah sebegini. Tambahan lagi sekarang ini dunia teknologi semakin canggih. Susah nak percaya akan sahihnya walaupun ada bukti bergambar dan ada video bergeraknya ..

Tapi bila tengok video ini .. rasa cam nak percayapun ada ..   tapi rasa tak percaya lagi banyak dari nak percaya ..  dan kalau boleh tak ingin percayapun .. 

Kalau bab bab makhluk asing ni ..  aku lebih suka tengok makhluk asing yang bernama jadoo dalam film ..   tambahan lagi ada preity .. tenang je bila tengok ..



17 April 2011

Dengan tenang mata kupejam rapat ...

6.45 pagi tadi - dengan berpakaian loreng tentera aku bertolak ke Pusat Kokurikulum Negeri Kelantan.

Mengajar kawad asas kepada bakal-bakal jurulatih pusat kokurikulum negeri ..

Gelihati aku melihat gelagat dan cara berkawad peserta. Apapun aku tabik dengan semangat berkawad yang ditunjukkan. Mereka sedia berpanas berpeluh.  Bagi aku bukan semua yang sanggup berkawad apatah lagi di bawah panas terik matahari. Kena pula perempuan anak manja atau yang suka manja manja ..  yang suka berhias make-up bagai .. hehe

2.00 petang - Terus ke Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kota Bharu. Bukan nak bayar cukai tapi nak bertemu dengan orang yang belum pernah aku temui, kakak Aiton Hamzah .. nak bincang pasal tanah .. nak bincang pasal perancangan nak bina rumah kedai .. harap-harap semuanya okey.

4.00 petang – singgah KB Mall – beli seluar jeans, kasut sukan & cool pad ..

Habis shopping terus drive - pulang rumah ..


Malam – hujan turun dengan lebatnya. Selepas solat isyak, terus rebahkan badan – dengan tenang mata kupejam rapat ..  sedang hati terus berkata-kata ..

“Tengoklah bila malam hadir .. sepi menjengah diri ...”
“Lihatlah bila esok menjelang pagi .. kesibukan mendatangi diri lagi ...”

16 April 2011

"iya cikgu .. rogol .. budak perempuan tu masih belajar .. "


Situasi yang pertama

Baru-baru ini, semasa result SPM keluar, terima ucapan dari beberapa orang pelajar, melalui sms .. facebook ..

“hye cikgu .. terima kasih .. dapat juga saya A+ Sejarah”
“Cikgu terima kasih ..  atas tunjuk ajar cikgu ..”
“Cikgu .. saya tak sangka. Saya dapat A sejarah cikgu .. terima kasih cikgu ..”

Situasi yang kedua

Baru-baru ini juga, aku terima panggilan dari seorang bekas pelajar SPM beberapa tahun yang lalu ..

“Cikgu .. apa khabar?”
“Cikgu baik .. Z pula camana sekarang? Ada apa-apa ke telefon cikgu ni?”
“Saya baik.. takde apa-apa cikgu. Saja tanya khabar cikgu… Lama tak borak ngan cikgu”

Kami terus berbual. Bukan main banyak pula cerita bekas pelajar aku ni ..
Dikisahkan teman sekelasnya yang lain-lain yang kebanyakannya juga telah berjaya sambung belajar ..  kat Universiti .. kat kolej ..  



“Cikgu .. cikgu masih ingat tak Fazli?”
“Fazli?.. lupa le muka dia. Tapi nama tu cikgu masih ingat .. Naper?”
“Cikgu .. fazli kena tangkap baru-baru ini. Kena penjara ..”

“ishh naper dia .. ada buat salah ke?”
“iya cikgu .. dia kena tangkap. Kes rogol. Sekarang kat penjara. Dengar-dengar 2 tahun kena penjara“

“Rogol? .. uiss .. rogol sape?”
“Iya cikgu.. budak perempuan. Budak tu masih belajar ..  suka sama suka...”

Tiba-tiba aku teringat. Memang dalam kelas itu pelajar lelakinya agak nakal sikit. Suka ponteng dan malas belajar. Selalu juga aku selitkan nasihat .. “Cikgu berharap kamu semua akan jadi pelajar yang baik. Jadi Manusia yang berperikemanusiaan. Sentiasa  jaga diri. Jaga kelakuan .. tidak terlibat dengan perkara-perkara yang salah  ..”

Dan kini ..  situasi yang kedua itu buatkan aku teringat kata-kata seorang ustazah ..
“Nabi Muhammad s.a.w sendiri tak mampu memberi hidayah. Baginda hanya mampu menyeru ke arah kebaikan. Sesungguhnya hidayah itu bukan hak kita .. ia hak dan kepunyaan Allah s.w.t .


13 April 2011

3 jam bercakap dengan operator TM Net pun takper …


Satu minggu lebih aku alami gangguan internet. Taliannya kejap okey kejap putus. Banyak putus dari okeynya. Bila putus lama pula tu. Bencinya.

Setelah seminggu asyik terputus-putus je, petang tadi call no pangilan 100 – talian khidmat pelanggan. Mengadu masalah. Disambut oleh operator perempuan..

“Cuba en. rashid tekan start .. kemudian tekan run .. taip cmd .. kemudian bla bla ..”
Aku menklik seperti yang diminta. Langkah demi langkah.

“Camana sekarang. Dah okey ke en. rashid?”
“Tak dapat lagi le ..”

“Okey sekarang en. rashid .. (minta aku masukkan IP address .. gateway .. bla bla)”
“Tak dapat jugale ..”

“Okey sekarang cuba en. rashid tengok lampu kat modem. Tengok kat ADSL. Menyala tak?”
“ermm .. menyala. Berkelip-kelip  ..”
“Berkelip-kelip?”
“iya .. macam mata. Pejam celik pejam celik. Itu temponya ..”

“Camana ek. En. rashid .. Lama tak masa ia berkelip tu atau cepat?”
“Tak lama .. macam bintang. Nyala .. kerdipannya macam bintang. Cantik je. Beza dengan tadi. Tadi masa talian putus, ADSL ada  juga menyala Tapi nyalanya lama sikit .. padamnyapun lama sikit.  (nak tergelak pula aku .. bila aku cuba mudahkan ayat tapi rasa macam tunggang langgang je ayat aku. Tersebut bintangle ..  kerdipanle .. aku dengar operator itupun nak tergelak juga)



“Begini en. rashid .. cuba en. rashid tekan start .. tekan Control Panel .. tekan network Connection .. kat sana ada tulis enable ke atau uplugged?”
“erm okey.. Takde tulis apa-apapun...”

“Camana ek.. kat sini saya tengok internet en. rashid dahpun ada connection .. dah 3 minit dah ..”
“Jap .. saya cuba buka internet.”
“okey en. rashid  cuba buka ..”
“a’ahh dah okey. Laju pula tu ..”

“En. rashid .. saya tak dapat nak buat laporan kerna internet en. rashid dah okey. Saya check .. modem okey. Semua okey .. saya check port pun okey .. tapi kalau putus-putus lagi en rashid bagi je no report  ini ya  ..  “

“Okey encik Rashid .. itu saja. Terima kasih kerna berhubungan dengan TM .. “
“Okey. Terima kasih juga.”

P/S – Aku tengok jam. Aduhai hampir 45 minit aku bercakap dengan operator TM. Dimintanya aku klik sana klik sini. Nasib baik yang bercakap tu suaranya lembut dan mesra je. Aku agak-agak operator perempuan itu sekitar umur 20-an gitu. Lembut je aku dengarnya. Kalaulah begitu nada suaranya. Kalaulah begitu layanannya … bercakap 3 jam pun takper. hehe.


08 April 2011

Ada hantu ‘tolak orang’ dari bangunan?


Kes ‘jatuh bangunan’ Ahmad Sarbini, Penolong Pengarah Kastam Selangor agak mengemparkan negara. Sana sini kedengaran suara membicarakannya. Suara seakan-akan hairan dan tertanya-tanya bagaimanakah boleh berlaku kejadian ‘jatuh bangunan’ itu? Makin tertanya-tanya kerana ia berlaku  di Pejabat SPRM. Pejabat yang sepatutnya penuh dengan ciri-ciri keselamatan untuk ‘tetamu’ yang datang. Datang dengan undangan atau  sebaliknya.


Masyarakat Malaysia sudah matang. Mereka suka berfikir. Mereka suka menimbulkan persoalan. Mereka suka membuat pelbagai andaian. Mereka inginkan jawapan kepada setiap persoalan dan andaian.  Mereka begitu ingin tau apakah sebenarnya ‘kisah benar’ di sebalik kejadian yang berlaku. Mereka sudah tidak dapat terima berita-berita penafian yang begitu saja. Berita tanpa soal-siasat yang terperinci.

Maaf, aku juga tertanya-tanya sebenarnya. Tertanya-tanya tentang suasana pejabat SPRM. Tertanya-tanya tentang ciri-ciri keselamatan bangunan, terutama bahagian beranda dan tingkap di pejabat SPRM. Tertanya-tanya tentang layanan akan kehadiran ‘tetamu’ di pejabat SPRM. Bagi aku, sepatutnya ‘tetamu’ yang datang perlu disapa, dilayan dan ditemani bukan membiarkannya bersendirian dan ‘keseorangan’ sehingga berlakunya kejadian ‘jatuh bangunan’ …

 Bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Cochrane dari arah belakang

PM Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dipetik berkata:

“Dalam masa SPRM memanggil 10 pegawai penyiasat kes (kes rasuah dan penyelewengan Kastam yang bernilai 108 bilion) … sekelip mata saja kejadian itu berlaku (Ahmad Sarbani ditemui mati di atas gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM).”

Maaf, aku masih lagi tertanya-tanya dengan pelbagai persoalan ..

Dr Mohd Asri dalam bicaranya turut timbulkan persoalan yang sama ..

“Apakah kerana bangunan itu terlalu licin, atau tiada penghadang? Jika begitu bagaimana ia boleh diluluskan? Atau ada hantu ‘tolak orang’ dari bangunan spesis ‘pontianak sundal rasuah?’ Peliknya, entah berapa ribu bangunan lain puluhan tingkat dalam negara ini, tidak pula sering kita dengar orang tergelincir. Mengapa asyik tergelincir di bangunan SPRM saja? Tambahan lagi yang tergelincir itu ada pula kaitan dengan saksi kes-kes penyelewengan dan rasuah yang besar-besar …”

Apakah ada Mafia yang sedang beroperasi dalam negara kita?

Moga kes ini akan selesai dengan baiknya dan memberi keadilan kepada semua pihak.

p/s- Kita kena serahkan kepercayaan kepada polis untuk menyiasat kes ini …

02 April 2011

Gadis bakal doktor diugut akan dibogelkan


Seorang gadis, pelajar Fakulti Perubatan, USM, Kubang Kerian Kelantan kini tension kerana asyik terima ugutan daripada seorang pengodam internet yang mahu menyebarkan gambar lucah menerusi teknik superimpose dirinya.

Dia menerima ugutan selepas mengesahkan permintaan lelaki untuk menjadi rakannya di Facebook ..

Menurutnya lagi, lelaki berkenaan telah mengambil gambarnya yang ada dalam album facebook serta menukar alamat laman carian Yahoo! miliknya hingga membolehkan dia mengakses dan menukar maklumat peribadinya sesuka hati …



ishh makin ramai manusia gila sekarang ini ..

Aku cuba renungi situasi ...

Facebook salah satu laman sosial yang hebat. Dikatakan penggunanya dah melebihi 600 juta orang pada penghujung tahun 2010 lalu.

Bagi aku, facebook sememangnya baik jika ruangnya digunakan secara baik. Ia laman  penjalin silaturrahim jika digunakan sebaiknya. Sebaliknya jika disalahgunakan ia boleh menjadi satu ruangan maya yang boleh menjarakkan dan memutuskan hubungan. Ia boleh memporak perandakan segalanya. Jika ruangnya diambil peluang untuk melukai dan menganiayai seseorang maka segalanya akan menjadi semakin buruk. Parah dibuatnya.

Kes bakal doktor di atas adalah satu kes terkini yang seharusnya buatkan kita semua sedar. Sedar bahawa manusia tidak sama. Punya hati tapi hati itu ada yang hidup tapi ada juga hati yang telah mati. Ada yang sememangnya baik. Tak salah jika berkenalan dengan orang yang seperti ini. Masalahnya ada juga manusia yang punyai hati busuk. Jika kehendak dan nafsunya tidak dipuaskan maka orang seperti ini akan sanggup lakukan apa saja. Matlamat menghalalkan caranya. Tidak ada istilah takut akan hukum dan balasan akan lakunya.

Oleh itu, marilah kita semua renungi bersama. Tapisi rakan kenalan dan album kat facebook. Pastikan gambarnya yang dikongsi kat sana tidak terlalu peribadi. Jika peribadi, simpanlah elok-elok. Bagi passwordnya. Jika nak kongsi, berkongsilah dengan seseorang yang boleh dipercayai untuk melihatnya. Tidak usah berbangga punya ramai kenalan kat facebook jika kita tak pasti kenalan itu baik atau sebaliknya …

Moga kita semua selamat. Terhindar dari sebarang panahan fitnah  …  




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search