Followers

28 May 2011

Best ke menjadi seorang cikgu?

Ada orang tanya, seronokke menjadi seorang guru? Apa yang seronoknya asyik duk mengajar je? Hari-hari masuk kelas. Rutin. Tak mencabar …

Nah! sedikit perkongsian …  

Bagi aku, menjadi seorang guru boleh berikan kedua-dua perasaan. Perasaan seronok dan perasaan tak seronok. Suka dan boring. Ia terpulang kepada seseorang guru untuk melihat dan merasainya. Secara peribadinya, pada aku kerja sebagai seorang guru ini memang seronok.  Seronok kerana seorang guru berdepan dengan manusia yang bakal menjadi ‘apa-apa’ pada suatu hari nanti. Dalam kelas, memang guru mengajar. Hari-hari mengajar. Cuma dalam kelas, seorang guru jangan  hanya mengajar saja tapi perlu juga mendidik. Tegur tingkahlakunya. Ajar sifat baiknya. Latih cara dan gayanya serta etika sosialnya.

Jangan biarkan perasaan rutin dalam diri seorang guru. Untuk seronok, pastikan dalam kelas kaitkan pengajaran dengan dunia semasa. Kaitkan dengan kehidupan. Terlalu banyak kisah dan ceritanya. Suka duka. Manis dan pahitnya. Menjadi guru jangan biarkan diri sepanjang masa berada di dalam kelas. Libatkan diri dengan aktiviti di luar kelas. Bersukanlah dengannya. Berkhemahlah dengannya. Bawa melawat dan melancong. Bawa masyarakat dan alam dengannya.

Baru-baru ini terlibat dengan program perkhemahan pelajar. Macam biasa .. aku dilantik sebagai penyelaras program lagi. Seronoknya bab-bab menyelaras program ini. Rasa tak nak bersara. hehe.

Pelajar tingkatan 6 .. anda semua urusetia cikgu yang terbaik

 uiss pelajar ni ..  tu baru je sikit bagi ilmu ular ..

Tengok jejaka bertopi tuu .. sentiasa cool je  ..

Bagi aku, apa yang penting seorang guru jangan melihat keletihan dan keboringan bila bersama dan berdepan dengan pelajar. Jangan jadikan ia kaku dan lesu. Terpenjara sepanjang masa. Jangan jadikan diri bak seorang warden penjara yang terpenjara. 

Percayalah .. ia akan seronok apabila hati seorang guru gembira bila bersama pelajar. Kita serius dengannya. Kita marah dengannya. Kita bergurau dengannya. Kita tersenyum dengannya. Kita gelak ketawa dengannya.

26 May 2011

Orang yang kita sayang berpimpinan tangan dengan orang lain

Bagaimana ya kalau tengok orang yang kita sayang berpimpinan tangan dengan orang lain? Kalau orang lain itu perempuan, orang itu semacam je manja dan gediksnya. comel pula tu. Kalau orang itu lelaki, nampak gagah perkasa dan smart je.


Tentu saja perasaan menjadi resah. Tak menentu. Marah mungkin. Rasa kecewa yang teramat. Kalau yang panas baran, rasanya terus dihampirinya. Dimarah, ditengking, dipukul mungkin. Kalau orang itu perempuan, tentunya terus ditarik-tarik rambut (itu kalau diorang free hair). Atau dicabutnya selipar .. (sila bayangkan apa akan berlaku seterusnya)

Jika anda seorang perempuan ..

Bolehkah anda cool .. rileks je?. Rileks seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku. Atau anda terus putuskan hubungan yang terjalin. Atau anda terus cari pasangan yang baru. Maklumlah anda bukan tak glamor. Saja je anda tak mau glamour. Hakikatnya anda miliki rupa paras yang cantik. Seiras Kajol atau seiras Preity Zinta mungkin. Sekali petik jari terus berebut-rebut si jejaka macho mengangkat tangan. Berlari-lari mendekati anda.

Jika anda seorang lelaki ..

Anda juga tak berasa kisah. Anda tak kisah kerana anda tau anda juga seorang jejaka yang macho. Segak macam Aaron Aziz. Sekali petik jari, ramai anak gadis hysteria. Lompat-lompat memanggil nama anda ..

Atau anda terus balik rumah. Menangis sepuas mungkin ...

23 May 2011

Mencari calon yang sesuai tapi tak jumpa ..

Hari ini, terpapar di dada akhbar ..

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memandang serius isu semasa lagi terkini di mana berlakunya trend melewat-lewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi. 

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr Anjli Doshi Gandhi berkata fenomena itu boleh membawa implikasi kepada institusi perkahwinan. Data terkini menunjukkan 30 peratus wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin. Kebanyakannya memberi alasan bahawa mereka tidak ada calon yang sesuai.


Tidak ada calon yang sesuai? ermm .. jap nak fikir jap ..

Persoalan berikut timbul dalam fikiran aku .. 

1.      Benarkah  faktor tak ada  calon yang sesuai menyebabkan ramai wanita tidak berkahwin?
2.      Mungkinkah mereka terlalu memilih pasangan? Tak nak yang berpendidikan rendah daripada mereka?
3.      Mungkinkah wujudnya perasaan gementar .. risau dalam membuat keputusan untuk berkahwin?
4.      Sebenarnya orang lelaki sekarang tak gentleman. Ramai yang takut nak masuk meminang?
5.      Wanita kini mementingkan kerjaya. Orang lelaki bukanlah keutamaan mereka?
6.      Orang lelaki kini tak boleh diharap. Ramai yang tidak bertanggungjawab.
7.      Tak nak berkahwin .. kerana masih belum puas hidup single.
8.      Isu semasa melalui media menunjukkan ramai kaum wanita menjadi mangsa kedurjanaan lelaki. Ini menyebabkan wanita takut berkahwin.
9.      Terlalu sibuk bekerja hingga tak ada masa nak cari pasangan?
10.  Nak cari pasangan yang smart dan macho seiras John Abraham, Hritik Rosham, Bae Yong-joon, Kim Bum, Joo Ji Hoon, Brad Pitt .. tapi masih belum jumpa?
11.  Takut ..  takut terjumpa lelaki asid?
12.  ermm apa lagi ya?

22 May 2011

Dr. Fadzilah Kamsah .. bersunat umur 72 tahun ..



Jam 7.10 pagi - dalam perjalanan ke tempat kerja, sempat dengar Celoteh Dr. Fadzilah Kamsah kat Radio Gegar THR.

Celoteh Dr Fadzilah Kamsah kat radio buatkan aku tersenyum. Nak gelakpun ada. Rasa ceria je sepanjang bawa kereta.

Dengan selamba dan gurauan .. Dr Fadzilah Kamsah mengisahkan bagaimana kerja Tok Mudim yang kena sunatkan seorang pakcik yang berumur 72  tahun. Bayangkan betapa liatnya. Betapa mungkin kena guna gergaji .. hehe ..

Bayangkan ..

uiss ada ke suruh bayangkan. Aku tak dapat bayangkan. Tak mau bayangkan. Nak gelak je. Nak gelak bila bayangkan muka tok mudim.

Terima kasih kat Dr Fadzilah Kamsah kerna ceriakan hati pagi-pagi ..

19 May 2011

Pelajar perempuan hari ini lebih berani dan terbuka dengan cikgunya

Pagi, habis je mengajar kelas 5 Damai, sebelum melangkah keluar, aku dihampiri oleh salah seorang pelajar perempuan. Dihulurkannya hadiah.
“Untuk cikgu .. maaf cikgu lewat bagi ..”
“oooo terima kasih.. ishh selalu kena rotan oleh cikgupun bagi hadiah kat cikgu juga” Aku usiknya ..
“Cikgu .. cikgu tetap kesayangan dia ..” sampuk kawannya.


Secara jujurnya, bagi aku pelajar perempuan hari ini dalam tingkatan 4 dan 5 gitu .. agak berani berbanding dengan zaman persekolahan dulu-dulu. Mereka lebih berani berdepan dengan guru. Berani bertanyakan soalan. Agak terbuka dalam berbual. Suka bertanya apa saja. Mereka suka berbual dan menyentuh pelbagai isu. Isu semasa, isu keluarga, isu  sosial bla bla bla. Isu poligami misalnya, mereka siap beri pandangan. Ada yang pro dan ada yang kontranya.

Aku je .. sampai tak terlayan ..  dan cepat-cepat aku potong .. kaitkan dengan subjek ..

Berbanding pelajar lelaki, pelajar perempuan lebih suka bertanya. Cuma kadang tu soalan cepu emas yang ditanyanya. Saja je..

Pelajar: “cikgu .. cikgu smart le hari ini ..” direnunginya aku ..
Aku: “hah!! mandai je .. nak kawen le tuu”. Semua pelajar gelak. Pelajar yang aku usik itu buat cool je. Senyum .. malah berani lagi dia usik ..
Pelajar: “betul cikgu. Hari ni cikgu nampak smart je …”
Aku: “Dah dah .. terima kasih .. terima kasih. ..eeeee ‘gelenyar’ nya dia ” (pelajar lain terus gelak .. ada yang senyum-senyum)

Nah!! tengok .. kan berani tu. Berani usik cikgunya..  dan akupun balasnya dengan usikan juga.

Bagi aku, pendekatan mesra pelajar ini sebenarnya ada baiknya juga. Ia dapat jauhkan rasa takut .. rasa segan pelajar untuk rapat dengan gurunya.  Mereka akan lebih terbuka dan tak segan lagi nak bincang dengan gurunya kalau ada masalah baik menyentuh pelajaran mahupun ‘peribadi’. Masalah keluarga, masalah hubungan, masalah diri ‘dilamun cinta’ pun turut dikongsinya, diceritakannya pada aku ..  so di sinilah aku sebagai gurunya harus bijak memberi nasihat. Nasihat yang terbaik untuk mereka. Bagi aku, mereka masih tetap seorang pelajar .. masih perlukan nasihat dalam melalui itu semua .. juga dalam membuat keputusan yang terbaik demi masa depan .. dan demi harapan keluarga ..

Aku selalu berfikir .. betapa besarnya tanggungjawab dan amanah yang terletak pada bahu seorang guru ..

16 May 2011

“Selamat Hari Guru.. Cikgu”




Dari Hati ..

Tiada kata secantik bahasa …
Tiada gambar secantik lukisan …
Untuk kuberikan padamu ..

Hanya ucapan.. “Terima kasih cikgu .. “

14 May 2011

Awas!! bila pintu rumah anda diketuk ..

Pintu rumah anda diketuk bertalu-talu dan salam diberi oleh seseorang.  Apa biasanya tindakan anda?


Rasanya secara spontan kita semua akan jawab salam yang diberi dan pintu rumahpun kita buka (Kalau tak seluasnya pintu dibuka .. mungkin separuh pasti kita buka). Sebaik saja pintu rumah dibuka, tiba-tiba muka dan badan anda disimbah cecair .. dan cecair itu rupa-rupanya asid!!

MasyaAllah .. itulah kejadian terkini yang telah menimpa Muhammad Hanif, 25 tahun. Muka, tangan, kaki dan badannya melecur teruk akibat kejadian itu dan kini masih tidak sedarkan diri.

Apa sebenarnya punca kejadian itu? Puncanya mungkin gara-gara cemburu atau dendam berikutan mangsa dikatakan pernah menjalin hubungan cinta dengan seorang wanita berusia 29 tahun.

Ya Allah ..

Aku terkesima. Natijah perasaan cemburu lagi. Sebelum ini aku selalu juga berbicara mengenai perasaan cemburu. Bagi aku cemburu ada baiknya jika ia bertempat dan ditangani dengan baik. Ia juga tanda kita sayangkan akan ikatan yang sedia terjalin. Sebaliknya bagi aku, cemburu akan menjadi racun yang sangat berbisa jika ia hadir dengan perasaan amarah dan fikiran yang bersimpang siur. Tidak tenang.  Berserabut dengan tindanan pelbagai masalah yang melingkari diri.


Natijah cemburu sebegini pasti akan buatkan cara berfikir dan cara bertindak seseorang itu diluar perikemanusiaan. Di luar batas norma keinsanan. Malah akan buatkan seorang itu lebih kejam lagi dari tindakan seekor haiwan liar yang ganas ..

Aku juga terfikir. Jika keadaan ini menimpa diri .. Sesungguhnya kehidupan yang indah pasti berubah. Tiada lagi warna-warna indahnya. Semuanya pasti dirasai kosong. Tidak ada lagi cerianya. Tidak ada lagi bahagianya. Kalaulah sebelum ini kita selalu ceria bahagia, sekali sekala gediks comel manja-manja, huwa-huwa, make-up ala artis gitu, berpakaian fesyen terkini, tawa dan gurauan lompat lompat  … tapi kalaulah situasi ini berlaku pada diri. Adakah segala aktiviti harian yang kita lalui selama ini akan sama lagi? Adakah keceriaan dan kegembiraan itu akan berulang lagi? Adakah teman-teman yang selalu bersama kita akan sedia bersama kita lagi? Sudikah mereka itu untuk terus bergurau, ketawa dan usik-mengusik .. 

Aku merenungi diri ..

Di sinilah perlunya kita bersederhana. Tidak miliki perasaan riak, sombong dan terlalu bermegah-megah dengan apa kurniaan sementara ini. Di sinilah perlunya kita bersikap baik dengan sesiapa saja. Dalam masa yang sama berhati-hati kerana dunia sekarang ini sesungguhnya ‘sukar diramal’. Seorang kawan baik boleh berubah menjadi musuh. Begitulah sebaliknya. Apapun tak salah untuk kita miliki hati yang baik ..  terus berbaik sangka ..

p/s - Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata:
“Setakat ini polis sudah menerima 22 laporan berhubung kes simbah asid, termasuk yang terbaru di Wangsa Maju pagi semalam.”

10 May 2011

Cuba teka milik siapakah basikal ini?

Cuba teka milik siapakah basikal di bawah ini? Siapa dapat teka saya belanja makan pizza ..  selepas makan pizza saya belanja makan kat KFC pula .. selepas itu makan kat restoran ... makan ..  makan lagi .. makan lagi ..  kemudian belanja shopping .. hehe



?????????????

??????????????????


Saya confirm tak ada siapapun yang dapat menekanya dengan tepat!! kan kan ..

Oleh kerana tak ada siapa dapat beri jawapan yang tepat, untuk tiada siapapun membuang masa mencari jawapannya .. biarlah saya bagi jawapannya.

Basikal ini milik seorang tawkeh Cina merangkap Tuan punya Hotel Seaview Hotel - kat tepi pantai Kuala Terengganu. Saya terserempaknya semasa beliau menaiki dan meletakkan basikalnya di hadapan hotelnya ..



Tentu ramai tak percayakan seorang pemilik hotel naik basikal dengan kain lusuh dan plastic bergantungan kat pemegang dan raga basikal. Tapi inilah realitinya bagi sesetengah tawkey cina. Mereka masih kekal stail begitu ..

Saya terlintas terfikir .. bagaimana pula dengan usahawan Melayu ya? Bagaimanakah agaknya stail mereka ..

06 May 2011

Jadikanlah aku perwira tangkas ..

Pagi tadi, dengan berpakaian no.3 aku bertolak ke Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Hadir peperiksaan bertulis. Jika lulus .. akan hadir kursus Ketua Kompeni pada bulan Jun nanti. Kursus wajib untuk kenaikan pangkat ke Mejar ..

Bila berpakaian no. 3 ..  melangkah rasa gagah sihat semacam je ..



Ya Allah …
Jadikanlah aku seorang insan yang soleh dan taat padaMu.
Jadikanlah aku insan soleh yang siangnya bagaikan perwira tangkas.
Namun malamnya seorang hamba yang khusyuk penuh sendu padaMu.
Yang kesunyian malamnya tangis merintih dan merayu padaMu.

Ya Allah …
Jadikanlah aku seorang hamba yang berprinsip keranaMu.
Tindakan dan bicaraku …

Ya Allah …
Berikanlah sakinahMu.
Tambahkanlah rasa cintaku, tunduk dan khusyukku.
Takut dan harapku hanya padaMu ...

04 May 2011

Aku, UKM dan memori Hutan Lipur Ulu Bendul

Berita terkini ..

KUALA PILAH - Tiga beradik lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi-manda di kawasan perkelahan Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini semalam.

Hutan Lipur Ulu Bendul? Nama itu..  tiba-tiba je aku digamit memori..

Beberapa tahun yang lalu, semasa mengambil Kursus Diploma Pendidikan UKM, aku dan rakan-rakan sekursus telah mengikuti aktiviti perkhemahan. Lokasinya: Tapak perkelahan Hutan Lipur Ulu Bendul.

3 buah bas UKM telah bertolak …

Pada sebelah petang, kami terlibat dengan aktiviti jalan lasak. Kami berjalan secara berkumpulan. Berjalan di trek hutan yang agak sempit .. di kelilingi pokok-pokok hutan besar ..

Aku masih ingat .. semasa berjalan itu, aku dapat rasakan tidak begitu sedap hati. Tak sedap hati kerana aku melihat langit yang begitu cerah terus bertukar mendung secara tiba-tiba je. Seakan-akan awan gelap ditolak memayungi kami semua. Hutan turut  terasa begitu sepi sekali.




Rupa-rupanya ada sesuatu yang akan berlaku…

Tak sampai 20 minit kami berjalan tiba-tiba terdengar satu dentuman yang sangat kuat … dan juga suara laungan yang kuat meminta kami semua berhenti. Kami berpandangan antara satu sama lain. Tidak faham situasi yang sedang dan telah berlaku.

Dalam menanti itu, kumpulan kami didatangi seorang urusetia yang kelihatan tercungap-cungap keletihan berlari. Abang urusetia itu  terus bagitau kami agar balik semula ke tapak perkhemahan. Aktiviti jalan lasak telah dibatalkan.  

Sampai je di tapak perkhemahan, kami semua diminta berkumpul. Berkumpul, berkemas dan menunggu bas untuk terus pulang ke kampus UKM. Kami masih tertanya-tanya, mengapa?..

Rupa-rupanya salah seorang peserta kem kami, seorang perempuan .. telah terkorban kerana dihempap sebatang kayu hutan tepat pada leher… terus rebah .. berdarah .. dan meninggal di situ juga. Kejadian berlaku begitu pantas. Saat awan tiba-tiba mendung tadi.

Pulang je di kampus, di kamsis Dato’ Onn 1 & Dato’ Onn 2, UKM .. kami terus bercerita ..
Siswi yang terkorban itu rupa-rupanya seorang siswi bertelekung labuh. Baru saja mendirikan rumahtangga. Tak sampai seminggu ..

Suaminya bila ditanyai akan menyaman UKM atau tak .. dengan tenang menjawab ..

“Buat apa nak panjangkan. Sudah ketentuanNya .. Isteri saya lebih disayangiNya. Memang pada mulanya isteri saya berat nak ikuti perkhemahan tapi kerana ia satu daripada keperluan kursus .. dan saya pula telah berikan keizinan padanya ..  ”

02 May 2011

osama bin laden terbunuh

WASHINGTON 2 Mei – Pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden terbunuh dalam satu pertempuran dengan tentera Amerika Syarikat (AS) di Pakistan. Presiden Amerika Syarikat, Obama dalam satu pengumuman rasmi berhubung perkara itu di White House hari ini berkata, Osama terbunuh dalam satu operasi diketuai AS di Islamabad. – Reuters

>>>>>>>> 

Osama bin Laden, seorang keturunan dari salah sebuah keluarga Arab Saudi terkaya. Dikatakan pada umur mudanya pernah menghabiskan masa di rumah mewah penuh dengan lampu kristal  … namun akhirnya menghabiskan usia tinggal di kem-kem terpencil, di gua-gua pergunungan di Sudan, Afghanistan dan Pakistan. Keberadaannya tiada siapa yang tau .. hidup tersembunyi ..   

Namun akhirnya Osama bin Laden ditemui terbunuh dalam satu pertempuran dengan tentera Amerika di bandar Pakistan Abbottabad, sekitar 150 km utara Islamabad.



Mengapakah Osama bin Laden dibenci begitu sekali .. diburu hingga ke titisan darah terakhir oleh Amerika Syarikat?

Osama bin Laden pernah berkata selepas tragedi 11 September 2001:

"… dan untuk mendapatkan kebebasan bagi negara kami. Seperti kalian meremehkan keamanan kita, kita meremehkan keamanan kalian."

“Kami percaya bahawa pencuri yang terbesar di dunia dan para pengganas adalah Amerika”


Osama bin Laden dikatakan telah menghantar pasukan jihad yang terdiri 19 orang anak muda Arab yang kemudiannya telah berjaya merampas pesawat, seterusnya memusnahkan bangunan Word Trade Centre dalam peristiwa 11 September 2001.

Osama bin Laden dikatakan terlibat dalam pengeboman Oktober 2000 kapal pembinasa AS Cole di Yaman yang mengorbankan 17 orang kelasi.

Osama bin Laden dikatakan terlibat dalam pengeboman kedutaan besar Amerika Syarikat di Kenya dan Tanzania yang mengorbankan 224 orang, termasuk 12 orang warga Amerika Syarikat dan mencederakan 15,000 orang pada 7 Ogos 1998.

Osama bin Laden dikatakan telah mengumumkan penubuhan Barisan Islam Antarabangsa untuk Jihad Melawan Yahudi dan Tentera Salib pada 1998.

Osama bin Laden dikatakan pernah bersuara tegas: “Membunuh orang Amerika dan sekutu mereka, baik  awam dan tentera adalah kewajipan setiap individu Muslim yang mampu di negara manapun jika ia mungkin berpeluang”

p/s: Aku tertanya-tanya .. Mengapakah mayat Osama bin Laden disemadikan di laut? Dengan kematian Osama bin Laden, berakhirkah perjuangan Al-Qaeda? Atau sesuatu yang pasti lebih teruk lagi akan berlaku yang akhirnya mengorbankan ribuan nyawa manusia lagi?  Nampaknya dunia semakin panas .. semakin memberontak dan marah ..


01 May 2011

Apabila diri ke tali gantung ..

“Airmata bagaikan sudah kering, jeritan bagaikan tidak mampu lagi untuk dilaungkan ..”

Begitulah keluhan Azrul. Pemuda banduan akhir. Banduan yang menanti saat untuk ke tali gantung.  Jiwanya resah. Keluhannya sudah tiada lagi bererti. Airmata peneman setianya juga kian tiada. Kering ..

Suaranya hanya pada dinding batu .. tangisan dan esakannya hanya pada kesunyian siang dan malam.

Bila ditanyai ..

“Saya telah dianiayai rakan baik sendiri. Rakan baik saya itu bertindak meletakkan ganja ke dalam kereta tanpa pengetahuan saya. Dia menyembunyikan ganja di balik timbunan baju terpakai (bundle) saya ..”

Sukar untuk aku bayangkan situasi diri ...

Banduan akhir .. banduan yang bakal ke tali gantung. Banduan yang menanti penuh debaran. Debaran pada hari jumaat antara pukul 5 hingga 7 pagi. Saat itulah mereka akan dibawa oleh tukang gantung dengan tangan bergari di belakang. Saat itulah muka banduan itu akan disarungkan dengan kain hitam sebelum dibawa keluar ke bilik gantung. Semasa melangkah ..  kaki mula longlai .. tidak bermaya.. lemah seluruh badan mulai terasa .. 



Di bilik gantung, banduan itu akan diminta untuk berdiri di atas sebuah platform. Debaran hati semakin kuat. Jika tanpa iman, fikiran akan mula menerawang, bersimpang-siul ke sana sini. Bayangan kisah silam akan segala dosa, akan kerakusan, ketamakan, kegilaan akan kuasa dan wang mulai menerjah fikiran.

Titik-titik dosa kecil dan besar akan mula membayangi diri dan fikiran. Di saat kecelaruan minda itu, tanpa disedari si tukang gantung sudahpun menerima isyarat daripada pegawai atasan.  ‘Gear’ mulai ditarik pantas. Platform di mana berdirinya banduan itu mula terbuka dengan kuatnya. Bunyinya yang kuat itu memecah kesunyian suasana penjara. Banduan itu terus jatuh ke bawah .. tulang leher terus patah .. ajalpun tiba ..

Kepada rakan-rakan semua. Sempena Hari Pekerja, bekerjalah elok-elok.. jangan biarkan diri terperangkap dan terjerumus .. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search