Followers

31 July 2011

Pemuda cina yang romantis ..

Kelmarin masuk dan sewa hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu.

Pagi – bersarapan kat hotel. Dalam duk asyik makan tu terpandang seorang pemuda Cina. Duduknya betul-betul di hadapan meja aku. Pemuda Cina tu juga tengah makan. Aku perhatikan dirinya. Rasa macam pernah tengok dirinya sebelum ini. Bila difikir-fikir baru aku ingat. Pemuda Cina itu pernah aku tengoknya tahun lepas di hotel yang sama. Juga semasa bersarapan pagi.

 Ini gambar hiasan je..  tak sampai hati nak snap

Aku perhatikan dirinya. Pemuda cina itu sedang bercakap seorang diri. Seolah-olah ada seseorang di depannya. Sekali-sekala pemuda cina itu senyum. Senyum dan ketawa seorang diri. Matanya juga asyik merenung kat ‘seseorang’ di depannya. Seseorang yang mungkin ada dan hadir di matanya tapi hakikatnya tiada di mata orang yang normal. Matanya dan gayanya penuh sopan sekali. Agak romantis.

Aku cuba perhatikan kat telinganya. Mana tau ada ‘earphone’. Namun tidak ada ‘earphone’ pun.  

Aku semakin ingin tau. Di depan aku itu seorang pemuda Cina yang agak ‘istimewa’.

Terdetik hati  ..

1. Mungkinkah pemuda Cina itu telah kehilangan seseorang yang dicintainya. Seseorang yang dicintai itu seolah-olah masih ada dan bersarapan bersamanya.  
2. Jika benar telahan aku .. betul-betul aku tak sangka masih ada kasih dan cinta setia sepertinya lagi pada hari ini. Cinta yang tiada akhirnya.  
3. Pemuda Cina itu seorang yang berkerjaya kerana bersarapan kat hotel. Mungkinkah pemuda Cina itu anak taukeh hotel tersebut? Mana taukan ..

Kemudian aku lihat pemuda Cina itu beredar menuju ke pintu masuk utama hotel.  Merenung ‘seseorang’ di sebalik pintu cermin hotel. Pemuda Cina itu masih kelihatan bercakap seorang diri. Kemudian senyum ... Ketawa lagi. Senyum dan ketawa lagi ..   senyum dan ketawa seorang diri.

Kepada teman-teman semua, Selamat menyambut bulan ramadhan, selamat berpuasa dan selamat beramal. Moga kita semua beroleh keberkatan .. 

    25 July 2011

    owhh suka bertenggek atas bumbung rumah



    Semalam semasa drive kereta - dengar bicara seorang ustaz dalam radio Kelantan. Ustaz bercerita tentang kelakuan Jin.

    Antara kata ustaz:

    “Jin suka terbang dan bertengek atas bumbung rumah. Jadi tak hairan jika kita selalu dengar ada orang nampak ‘sesuatu’ kat atas bumbung rumah.”

    “Kalau kita masuk rumah tiba-tiba terbau amat busuk atau asyik panas je .. itu mungkin satu petanda rumah itu ada jin. Ini kerana jin itu baunya sangat busuk. Busuk kerana jin tak pernah mandi beribu tahun lamanya. Rumah itu asyik panas kerana jin itu dibuat daripada api .. ”

    “Kalau kereta selalu jadi tempat maksiat maka tak hairanlah kereta itu juga akan jadi tempat kesukaan jin”

    “Ada Jin yang suka dengar ceramah agama dan bacaan al-Quran. Malah ada satu kisah di mana jin marah kepada jin lain yang suka bersembang semasa ceramah agama disampaikan. Selepas dengar ceramah maka jin tadi akan pulang rumah untuk sebarkan isi ceramah agama tadi kepada jin-jin yang lain pula “

    “Jangan takut jangan risau jika kita mengaji al-Quran atau solat tiba-tiba terasa ada ‘sesuatu’ yang turut bersama kita. Itu mungkin juga jin ..  Jin juga ada yang suka solat dan dengar bacaan al-Quran.”

    p/s – biasanya bila duk sorang-sorang .. malam-malam pula .. kadang tu ada juga terasa ‘ada teman’. hehe


    23 July 2011

    Terfikir mau bunuh ayah ..


    Tadi terbaca satu kisah berupa luahan hati  ..

    Saya ingin pandangan dan nasihat untuk menghadapi ujian yang cukup berat ini. Sebenarnya ketika ini saya amat tertekan dengan sikap bapa yang panas baran dan ego. Sejak saya kecil lagi memang saya tahu dia seorang yang tegas dan garang. Namun sejak akhir-akhir ini, perangainya bertambah teruk. Pantang ada kesilapan walaupun kecil pasti maki-hamun keluar dari mulutnya.

    Orang yang sering menjadi mangsa ialah ibu saya. Kadangkala hanya masalah remeh-temeh seperti gurauan, sembang-sembang mengenai politik bertukar menjadi perang dingin. Walaupun bapa yang bersalah, namun dia akan mengamuk jika ibu tidak meminta maaf. Sudah banyak kali air mata saya mengalir mengenangkan nasib ibu.

    Ibu saya puas bersabar namun sesekali dia melawan juga. Tetapi jika dilawan, keadaan menjadi bertambah teruk. Apabila saya dan adik-adik cuba pertahankan ibu atau menegur perangainya, bapa mengamuk. Sampai satu tahap, bapa mahu membunuh adik saya dengan kerusi. Puas saya bersabar dengan perangainya yang mengalahkan orang gila.



    Saya sering mendoakan bapa cepat mati. Sering juga saya ucapkan ‘takkan pedulikan dia apabila dia sakit terlantar’. Saya tahu saya menjadi anak derhaka dan berdosa besar. Neraka adalah tempat untuk anak derhaka seperti saya. Tapi kadangkala perasaan menguasai akal.

    Pernah satu malam sewaktu saya melintasi tempat tidurnya, terngiang-ngiang di telinga bisikan menyuruh saya menekup mukanya dengan bantal hingga lemas. Pernah juga saya nekad mahu mencurah air panas di mukanya. Namun saya beristigfar. Apabila kewarasan datang semula, saya terfikir alangkah bodohnya saya jika membunuhnya.

    Bacanya buatkan aku terfikir. Terfikir akan adanya lagi kisah seperti ini ..

    Bila berdepan dengan kisah-kisah seperti ini buatkan aku termenung sekejap. Rasa sedih akan kehilangan ... Bersyukurlah pada mereka yang masih ada ayah.  Kadang tu dipukulnya diri. Dipukulnya itu tanda sayang. Ia bisa dan hanya difahami bila tiba waktunya ..  oleh itu usah biarkan perasaan marah dan sakit itu terus kekal dalam hati. Ia bisa dan boleh buatkan seseorang itu hilang rasa dan nilai kemanusiaannya.

    19 July 2011

    Jangan pergi tempat gelap. Sana ada hantu ..

    Baca satu laman …

    Kata-kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin buatkan aku berfikir. Aku merenunginya dan mencari kebenaran kata-kata. Ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh beliau.



    "Dalam pemerintah sekarang semua orang nak tunjuk kononnya dia setia (kepada pemerintah) walaupun kenyataan yang dikeluarkan adalah bodoh tapi dia rasa tidak mengapa yang penting Perdana Menteri tahu.”

    “Saya menggambarkan kerajaan sebagai seorang bapa kepada seorang anak yang menakutkan anaknya agar jangan pergi ke tempat gelap kerana ada hantu, pada waktu kecil anak akan terima tapi bila anak sudah besar dan belajar di universiti ia sudah tidak berguna.”

    “Kerajaan dan pemimpin sudah terlupa bahawa sekarang bukan lagi zaman 70-an kerana kerajaan sudah tidak lagi boleh menghalang maklumat ...”

    Menurut beliau lagi, budaya bodek membodek pemimpin ini perlu dikikis demi kelangsungan kuasa kerajaan ..

    Aku .. ada benarnya kata-kata Dr. Asri ini. Ia perlu direnungi sedalamnya walaupun agak pahit dan pedas. Bagi aku, sesuatu yang pahit dan pedas itu ada sedapnya jika kena cara dan jalannya. Apa yang penting, pihak berkenaan perlu belajar menerima hakikat seterusnya berusaha untuk memperbaikinya sebelum terlambat. Jangan sampai dah nak tenggelam baru nak belajar berenang ..  sesungguhnya selagi ada masa, ruang untuk memperbaikinya tetap masih ada.

    Kadang tu kita tak tau dan sedar betapa lajunya kita berlari sehingga kita keletihan ..

    15 July 2011

    Aku dan lisa surihani sama-sama ikut latihan kem ..

    Kelmarin - terima sms dari Sarjan Azman.

     “Tuan .. 15 – 24 Julai ni ada latihan berterusan. Harap tuan dapat hadir.”

    Alaaa ingatkan esok - Jumaat dan Sabtu nak berehat. Tapi nampaknya tak dapat le.

    10 hari? Lama juga tu.

    Tak pergi tak sedap hati pula. OC Batalion katakan ..

    “uiss kenapa tiba-tiba tak ada semangat pula nak ikut latihan kem ini? Camana nak bagi semangat ni..”




    Dalam hati .. Kalau lisa bersama-sama ikut latihan kem ..  Tentu diri terus bersemangat. Tak sabar nak bangun pagi nak pergi kem. hehe ..  opss!!

    Tak sabar menanti heliza join sama dalam askar wataniah .. tentu best!!

    12 July 2011

    Cikgu pakai le Honda Civic ke .. Toyota Camry ke ..



    Masa pulang sekolah – berjalan menuju ke garaj parking kereta. Disapa oleh seorang pelajar perempuan. Aisah ..

    Pelajar: Cikgu .. bila lagi nak pakai kereta besar cikgu? Guru kanan lain saya tengok semua pakai kereta besar-besar cikgu.

    Rashid: Kereta besar? buat apa pakai kereta besar-besar. Kereta cikgu masih okey lagi tu. Masih kuat dan gagah perkasa. Handsome apa ..

    Pelajar: hehe. Cikgu .. Cikgu pakaile Honda Civic ke .. Toyota camry ke ..  Mercedez macam cikgu Sani ituke .. CRV macam cikgu … Vios macam cikgu …

    Rashid: alaaa cikgu kan simple je. Bersyukur mana yang ada. Cuba tengok ..  kan masih ramai lagi yang duk berjalan kaki ..  yang duk pakai motorsikal anak kecik duk tersepit di tengah-tengah.

    Pelajar: Cikgu ni. Cikgu bukannya tak ada duit. Saja je cikgu ni.

    Rashid: (aku senyum) Apa ..  ingat kereta tu harga dua tiga puluh ringgit ke. Senang je nak tukar-tukar.

    -------------------

    Semasa makan di kantin.

    Cikgu Faisur: Syid .. macamana dengan projek rumah kedai?

    Rashid: InsyaAllah. Kalau tak ada aral melintang. Dah jumpa arkitek .. buat pelan.  

    Cikgu Faisur: Demo okey syid. PTK dah 2 kali 4-4. Gaji naik. Kebun getah pun ada. Boleh cover ..

    Rashid: alaa sikit-sikit je Sur. Tuhan bagi rezeki ..

    Cikgu Faisur: Kalau kawe jadi demo kawe beli Vios macam guru kanan Cikgu Asiah tu .. sebab demo kategori mampu ..

    Rashid: hehe ..

    Cikgu Faisur: Tapi kawe tau demo tak macam tu. Demo ni suka beli tanah .. kebun ..

    Rashid: Entahlah Sur. Jiwa kawe gitu kot. Jiwa sentimental ..

    Cikgu Faisur: Tapi cara demo .. perancangan demo bagus syid. Asyik beli tanah .. kebun getah. Sekarang ni nak buat rumah kedai pula.

    Aku hanya senyum ..

    09 July 2011

    BERSIH 2.0, Anwar Ibrahim cedera & A. Samad Said keletihan

    Aku sedang ikuti kisah negara. Kisah terkini lagi semasa .. kisah BERSIH 2.0 ..

    Beberapa laman web menjadi pilihan untuk aku ikuti kisah ini. Buka satu laman web. Baca kemudian refresh .. refresh lagi. Buka satu laman web lain .. refresh lagi ..  buka laman web lain lagi. Refresh lagi ..  begitulah untuk aku ikuti kisah BERSIH 2.0 ini.

    Polis dan FRU mula bertindak!! Tembakan meriam air dan gas pemedih mata.

    Susah tentunya aku sedang perhatikan siapakah pemimpin yang ditangkap. 

    12.40 tengahari: Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub dilaporkan ditahan di KL Sentral. Kedua mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang.

    12.50 tengahari:  Polis menahan pergerakan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah di KL Sentral. Turut bersamanya,ahli MPP, Latheefah Koya.

    1.05 tengahari: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali ditahan dan dibawa ke Pulapol, Jalan Semarak.

    1.05 tengahari: Menurut catatan twitter Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Khalid Jaafar, beliau ditangkap dan berada dalam trak polis bersama 17 yang lain.

    2.38 petang: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar dilaporkan cedera di KL Sentral. Manakala pengawal peribadi beliau dikasari dan turut dipukul. Anwar kini dikatakan kembali semula ke Hotel Hilton.

    2.50 petang: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyatakan Datuk Seri Anwar cedera dan berdarah di kepala, lutut.

    2.55 petang: Pengerusi Bersih 2.0, S. Ambiga dan anak DS Anwar, Nurul Izzah dan Nurul Hana ditangkap polis.

    2.57 petang: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua ditangkap dan kini berada dalam trak polis.


    2.57 petang: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ditangkap ketika sedang membersihkan matanya ketika gas pemedih mata dilepaskan, di sebuah pondok yang terletak kira-kira 100 meter dari benteng FRU.

    3.05 petang: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut ditangkap polis di Pasar Seni.

    3.36 petang: Ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan Ngeh Koo Ham, turut ditangkap polis.

    3.40 petang: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawal peribadinya yang cedera dihantar ke Pantai Medical Centre.

    4.00 petang: Istana Negara - Delegasi BERSIH 2.0 seramai kira-kira 20 orang yang diketuai oleh A Samad Said dihalang oleh polis kira-kira 200 meter dari pintu pagar istana.

    Rundingan dengan pihak polis gagal dan kumpulan itu bersetuju untuk bersurai. Bagaimanapun, Samad berkata beliau perlu berehat dan kumpulan itu meninggalkan beliau di situ.


    4.01pm: Facebook PDRM - Antara pemimpin teratas yang ditahan ialah:
    Mahfuz Omar - KL Sentral
    Salahuddin Ayub - KL Sentral
    Mohamad Sabu - Jalan Mahameru
    Fauziah Salleh - KL Sentral
    Tian Chua - KL Sentral
    S Ambiga - KL Sentral
    Datuk Seri Abdul Hadi Awang - KL Sentral
    Azeez Rahim - Jalan Bukit Bintang

    4.10 petang: Pas memberi tempoh 24 jam supaya polis membebaskan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau himpunan kedua dilakukan. Jawatankuasa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad, berkata, jika Hadi tidak dibebas, sejuta ahli Pas akan berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

    Apakah kesudahan kisah BERSIH 2.0 ini? Apakah juga kesudahan pemimpin-peminpin utama yang ditangkap polis ini? Berjayakah rombongan BERSIH 2.0 ini untuk berarak menuju ke Stadium Merdeka seterusnya menyerahkan memorandum kepada YDPA? Adakah sekatan polis akhirnya berjaya dilepasi oleh mereka? Bersediakan pihak polis untuk membiarkan rombongan ini membolosi segala sekatan yang diadakan?

    Apa yang pasti saluran tv dunia dan wartawan mereka sedang memerhati kisah BERSIH 2.0 ini.

    Apa yang aku pasti juga, pihak Angkatan Tentera Malaysia turut sedang memerhati kisah BERSIH 2.0 ini.

    Moga segalanya berakhir dengan baik …

    08 July 2011

    Dr. Mahathir berkongsi rahsia kejayaan dalam perniagaan


    Berpengalaman selama 22 tahun mentadbir negara, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bukan mudah untuk memastikan kejayaan sesuatu perniagaan.

    Berikut rahsia kejayaannya mengurus kedai roti premium, The Loaf.

    “Antara kunci utama untuk berjaya dalam bidang perniagaan, pemimpin (bos) sesebuah syarikat perlu lebih kerap keluar dari bilik mereka yang berhawa dingin. Mereka perlu selalu keluar meninjau keadaan tempat kerja serta menjamin kualiti produk yang dihasilkan oleh pekerja  sentiasa terjaga”

    “Apabila pekerja melihat kehadiran bos mereka di tempat kerja, mereka akan lebih teliti dalam menghasilkan sesuatu produk”

    Dr. Mahathir juga menasihati individu yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan supaya menyediakan wang melebihi jumlah modal yang diperlukan. Ini kerana individu itu perlu berbelanja untuk perniagaan dari semasa ke semasa.

    “Jika modal perniagaan itu berjumlah RM1 juta, ini bermakna anda perlu menyediakan wang sebanyak RM3 juta”

    “Ahli perniagaan yang mendapat pembiayaan daripada bank juga perlu menguruskan kewangan mereka dengan baik dan memastikan hutang tersebut dapat dibayar balik”.



    Aku amat tertarik dengan rahsia  kejayaan Tun Dr. Mahathir.

    Rahsianya boleh diikuti. Modal perniagaannya agak sukar. hehe. Beliaukan bekas Perdana Menteri. Modalnya juta-juta ..

    Tapi itulah hakikatnya petua kejayaan dalam perniagaan. Tiba-tiba aku teringat akan seorang kawan yang baru berniaga beberapa tahun yang lalu. Peringkat awalnya, perniagaannya berjalan baik. Ini kerana beliau selalu berada di dalam kedainya. Menjual bersama 3 orang pekerjanya. Kebanyakan pekerjanya adalah ahli saudaranya juga. Semasa beliau di kedai, perniagaannya okey je. Untung yang agak lumayan. Beribu-ribu sebulan. 

    Kemudian kekerapan beliau ke kedai semakin kurang. Beliau sering pulang ke rumah mengurus anak-anak. Beliau telah beri amanah kepada anak sepupunya untuk menjaga kedai dan mengurus bahagian kaunter bayaran.

    Bulan berganti bulan. Tiga tahun kemudian, mula dirasai keuntungannya agak menurun.

    Bila diselidiki ..  akhirnya kedapatan. Anak sepupunya mula memakai kereta baru. Rahsia terbongkar jua ..

    04 July 2011

    Bila ibu diugut bunuh dan dicurah asid

    Tiga empat hari yang lalu, terbaca berita anak bergaduh dengan bapanya di sebuah kedai makan berhampiran Mahkamah Syariah. Pada mula baca tu ingatkan kes yang berulang. Anak itu mungkin seorang penagih. Dengan kata lainnya, faktor kesalahan anak.

    Tapi bila dibaca seterusnya. Rasa tersentuh pula hati.
    “Anak hanya melindungi saya,” kata si ibu.

    Aku agak tersentuh dengan kes. Rupanya si bapa yang menjadi faktornya. Si bapa (bekas suami) dikatakan sering mengugut si ibu. Si ibu pernah diugut bunuh dan dicurah asid di hadapan anak-anak. Kata si ibu, sikap penyayang seorang bapa sudah lama pupus kerana sering memanggil anak dengan panggilan celaka.

    Menurut si ibu, suaminya bersetuju untuk segerakan proses perceraian tapi seringkali menafikannya apabila berada di Mahkamah.


    Maafkan aku ..

    Maaf, jika kisah ini benar, si bapa itu sebetulnya seorang yang amat tidak bertanggungjawab. Maaf, si bapa itu selayaknya diperlakukan sebegitu oleh si anak. Maaf, si bapa itu perlu disedarkan dan diberi sedikit ‘ubat’ untuk bersikap sebagai seorang bapa sekaligus sebagai seorang suami. Maaf, aku sekali-kali tidak menyalahkan si anak walaupun kelakuan itu jika dipandang umum agak melampau. Melampau dan bersikap kurang ajar. Maaf, kerana aku berpendirian sebegitu. Maaf, seandainya pendirian aku ini juga agak melampau dan sama dengan pendirian si anak dalam kes ini.

    Maaf, jika kisah ini benar, jika aku berada di tempat si anak rasanya aku juga akan bertindak sedemikian. Maaf, aku betul-betul tidak dapat menerima hakikat si suami sebegitu yang enggan melepaskan isterinya secara baik. Maaf, si suami yang sanggup mengugut dan  ‘mendera’ isteri sebegitu jelas terserlah seorang suami yang tidak layak bergelar suami apatah lagi menjadi seorang bapa!!!    Maaf, suami itu mungkin seorang yang lebih teruk daripada …



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Search