Terfikir sekejap bila melihat iklan kat TV – seorang pemuda Cina yang kemalangan berkata, “Selepas kemalangan, barulah kita tau siapa sebenarnya kawan kita ...”
Benar rasanya kata-kata pemuda Cina itu. Dia alami kemalangan dan cacat kakinya. Baginya, setelah kemalangan barulah dia sedar, siapa kawannya yang sebenarnya. Kawan yang sudi datang menjengahnya. Kawan yang tetap mengambil berat tentang dirinya. Kawan yang sudi luangkan sedikit masa bertanyakan khabar dirinya. Sekurang-kurangnya ada buat panggilan @ sms.
Dah tabiat manusia, sukakan sesuatu yang hanya menggembirakan hati. Suka suasana happy. Tak suka sedih-sedih. Tak suka orang yang berikan kesedihan. Apatah lagi kawan yang dah tak ada kepentingan baginya. Kawan yang tak boleh lagi diajak bersiar-siar. Kawan yang boleh berkongsi gelak tawa. Kawan yang boleh bersama ke sana-sini. Gedik sana gedik sini. Lompat sana lompat sini. Guling-guling. opss!!
Susah sebenarnya untuk menilai kawan yang sanggup bersama ketika senang dah susah. Kawan yang setia bersama seperti sebelum ini. Mesra dan mengambil berat antara satu sama lain.
Apa yang biasanya, ketika sihat dan sempurna fizikalnya apatah lagi cantik dan manis orangnya, glamour orangnya (misalnya kalau ada blog .. followerpun beribu-ribu ..) maka ramailah yang sudi berkawan. Namun ketika sakit atau mengalami kemalangan yang membawa ‘cacat’ anggota, maka segalanya tak lagi sama. Tak ada lagi suasana seperti sebelumnya.
Cuba tanya pada diri .. sejauh manakah kita punyai kawan yang akan setia bersama seandainya kita alami nasib seperti pemuda Cina itu? Adakah kawan-kawan yang selalu bersama sebelum ini akan tetap datang menjengah kita .. gurau-gurau .. usik-usik .. terjah-terjah .. atau mungkinkah ada kawan yang ‘dah takde mood’ nak berkawan dengan kita lagi ..
p/s – suka pejamkan mata perlahan-lahan.. rasa tenang dan damai ..